in ,

Apa Beza Panadol Dan Paracetamol?

Di kaunter farmasi.

“Ini paracetamol, ubat demam dan tahan sakit. Makan apabila perlu sahaja ya, jika tak demam, tak perlu.”

“Ok, terima kasih. Panadol macam mana? Doktor tidak tulis?”

“Oh, ubat ini kandungannya sama dengan Panadol. Panadol tu jenama bagi paracetamol”

Saya dapat lihat pesakit berkerut-kerut cuba memahami.

Begini Tuan Puan, setiap ubat ada nama generiknya. Nama inilah yang digunakan petugas kesihatan seluruh dunia.

Manakala, jenama pula ialah nama yang diberikan oleh pengeluar kepada produknya. Nama ini pasti berbeza di antara pengilang. Walaupun mempunyai kandungan yang sama.

Izinkan saya memberi contoh susu.

Nama generik : SUSU TEPUNG
Jenama : Nespray, Fernleaf, Dutchlady, Enfalac

Walaupun berbeza jenama, ia tetap mempunyai kandungan yang sama. Iaitu susu tepung.

Begitu juga dengan kereta.

Nama generik : KERETA
Jenama : Mercedes, Kancil, Axia, Vios

Walaupun berbeza jenama, ia tetap sebuah kereta. Anda tetap sampai ke destinasi walaupun menggunakan Kancil mahupun Mercedes.

Ubat juga begitu.

Nama generik : PARACETAMOL
Jenama : Panadol, Paracil, Axel, Paramax

Ia tetap dapat menurunkan suhu badan ketika anda demam, walau apapun jenamanya.

Iya, begitulah

Maafkan saya, memetik beberapa jenama. Ia adalah untuk memudahkan pemahaman. Tiada tujuan lain 😊

Dzyan Azlina Azman

Lots of Love,
Your Pharmacist 🌷

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ini Kisah Black Panther Party Yang Kau Perlu Tahu

Segeralah Jumpa Doktor Kalau Mata Anak Anda Jadi Putih