in ,

Antara Pembalakan Dan Ceramah 24 Jam

Apa yang MB Kelantan cakap sebenarnya ada betulnya. Memang ekonomi akan terjejas jika hentikan pembalakan. Selain menekankan konsep pembalakan lestari, cara menguruskan hasil jugak penting untuk kurangkan eksploitasi alam. Dalam negeri yang kurang idea, kurang produksi dan tidak mampu mewujudkan peluang ekonomi yang tinggi ini, mereka terpaksa bergantung harap kepada sumber-sumber asli/mentah untuk mendapatkan pendapatan. Namun kelemahan kerajaan Kelantan adalah mereka masih tidak mampu memaksimumkan hasil negeri, dalam keadaan yang memuaskan.

Misalnya balak. Mereka banyak balak, kayu balak mereka berkualiti tinggi, tapi mereka suka eksport balak mentah-mentah, tak mahu memaksimumkan industri hiliran supaya rakyat Kelantan dapat manfaat daripadanya. Maksud industri hiliran di sini, tahan dulu kayu balak ini dalam Kelantan (daripada terus eksport) dan proseslah ia sehingga ke produk akhir.

Wujudkanlah banyak syarikat anak negeri dan kilang-kilang pemprosesan kayu. Cabangkan lagi produksi daripada perkayuan. Di hilirnya, wujudkan banyak lagi industri seperti perabot, pembuatan dinding akustik, gelanggang, buat kontrak pembekalan dengan pengeluar kereta, kilang playwood, kraftangan seni dan bermacam-macam lagi. Daripada sini saja, kau boleh gandakan sehingga 10 kali keuntungan daripada pembalakan biasa yang ada sekarang. Daripada terus eksport kayu mentah-mentah ke negara luar, orang luar pula yang nikmati hasil hilirannya.

Bila kau tak mampu berbuat begini, setiap kali hasil daripada pembalakan, kau hanya dapat keuntungan minima, dan ini takkan pernah cukup, lalu membuatkan kau akan terus tebang dan tebang lagi sampailah habis untuk memenuhi kantung ekonomi negeri yang tak pernah cukup. Sebab tu perlu ada pakar ekonomi dalam negeri Kelantan yang ada halatuju jelas macam mana nak cipta inovasi untuk ekonomi negeri. Sampai bila nak salahkan UMNO sahaja sebab tak mahu beri royalti?

Lagi satu, kerajaan negeri kena tegas dengan syarikat-syarikat konsesi ini. Undang-undang dan polisi baru perlu dibuat supaya kalau satu konsesi balak tu ada hasil lain (selain balak) seperti emas, tanah dan galian lain, kerajaan harus ambil. Bukannya bagi semua kepada syarikat, dan hasilnya dinikmati oleh individu sahaja. Dalam Islam sumber hasil adalah hak milik negara, bukan hak milik swasta/individu. Ia wajib untuk diberikan kepada sekalian rakyat, supaya semua menikmati pemberian Tuhan . Sama macam kes Khalifah Umar r.a membeli telaga air daripada seorang Yahudi dengan harga yang mahal untuk memberikan bekalan air percuma kepada rakyat yang lain.

Negeri Kelantan adalah satu negeri yang amat kaya, dengan sumber eko pelancongan, emas, perairan, pertanian dan macam-macam lagi. Perlu ada pemikir yang bijaksana untuk memikirkan bagaimana nak menguruskan hasil dengan mampan. Kalau nak menegakkan Islam dengan banyak ceramah 24 jam saja, benda tak akan selesai.

Hafizudin Nasarudin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Dari Bolzano Ke Kampung Kandek

Filem-filem Mengenai Korupsi Yang Mungkin Kau Sendiri Tak Pernah Tonton