in ,

Anak Warga Asing Disusukan, Anak Kita Mati Kelaparan

Baru je hari tu aku dok sembang dengan seorang guru yang mengajar kat sekitar Kuala Lumpur pasal hal-hal pendatang asing ni.

Hari tu aku berceramah kat satu sekolah. Selepas ceramah, cikgu yang bertugas bawa kami ke meja makan. Tengah makan-makan tu, cikgu tersebut buat satu luahan.

“Sedih, Encik Farid. Dalam sekolah ni 60% je orang Malaysia. Yang 40% lagi orang asing.”

Tersedak aku bila mendengarnya. Pelik betul, sebab masa aku ceramah tadi, elok je semua Melayu dan dua tiga orang Cina dan India.

“Yang Encik Farid bagi ceramah tadi, bukan semua Melayu tu. Separuh daripada mereka orang seberang.

Mak ayah kerja sini awal-awal tahun 2000-an dulu. Lepas tu berkahwin, dapatlah mereka anak. Anak diorang ni semua jadilah warganegara Malaysia, walaupun mak ayah warganegara sana.

Di rumah, ada yang cakap Jawa,ada yang cakap bahasa Mendaling, ada cakap Minang, dan entah apa lagi bahasanya. Jadi, bila diorang ni masuk sekolah, diorang tak faham Bahasa Melayu.

Sudahlah Bahasa Melayu tak faham, belajar pula kebanyakannya tak pandai. Kita sebut ini hari ni, esok dia lupa lagi. Markah periksa failed memanjang. Cikgu-cikgu pula yang stress. Ada yang bagus tu, baguslah, tapi yang tak bagus tu memang buat sakit hati.

Setiap kali Raya Aidilfitri, diorang ni confirm balik ke negara asal dan cuti sampai 2,3 bulan. Guru Besar siap arahkan mana-mana murid negara seberang yang nak balik rumah diorang kat sana, terus berhenti sekolah. Dan bila balik semula ke sini, daftar semula jadi pelajar baru.

Jati diri diorang ni pula, lebih tertumpu pada negara diorang berbanding negara kita. Lagu Negaraku diorang tak nak hafal. Ada sekali tu, ada satu parents datang sekolah dan tanya kenapa tak bagi anak dia sambut hari kemerdekaan mereka kat sekolah. Amboii.. Banyak cantik!

Kalau tengok bola, Malaysia lawan negara diorang, fuhhh… Diorang punyalah bersemangat sokong negara diorang siap bersorak-sorak lagu Garuda diorang tu dalam kelas.

Diorang ni dah ada geng. Diorang tak main dengan budak-budak kita dah. Tu yang kalau buat nakal, satu geng tu yang buat nakal.

Lagi satu, tentang kewangan dan bantuan.

Diorang ni disebabkan warganegara, jadi mereka dapat bantuan sama macam anak-anak kita. Buku teks free, makanan pun free sebab diorang join Rancangan Makanan Tambahan, dan diorang dapat juga RM100 bantuan 1 Malaysia untok pelajar.

Baru haritu masa sampaikan bantuan, ada parents datang jumpa kami. Dia marah-marah cakap, kenapa diorang dapat RM100 je. Diorang nak baiki rumah, nak baiki kereta, dan bayar hutang, dan mereka kata RM100 tu langsung tak membantu.

Masa tu GPK dah naik angin. GPK kata, bantuan tu untok pendidikan anak, bukannya nak sara rumah tangga kau. Tapi parents still bising dan mengatakan kerajaan tak prihatin. Geram betul saya mendengarnya.

Tu belum cerita lagi mereka ni yang tipu slip gaji. Diorang bukak kedai makan, gaji RM8000-10,0000 sebulan, tapi dalam tu tulis RM1500 je. Macam lah kami tak tahu. Tapi kami tak boleh buat apa sebab bukti bertulis dah ada.

Lastnya diorang ni dapat bantuan sama macam pelajar susah yang lain. Kasihan rakyat kita yang gaji RM3500, anak ramai, tapi tak dapat bantuan sebab tak layak dapat dengan gaji tu.

Itulah Encik Farid. Tak semua yang macam tu, tapi ramai. Saya kasihan tengok macam bangsa pulak yang menumpang padahal ni negara kita.

Memang lah kita kasihan pada diorang. Diorang sama ras dengan kita. Diorang ni orang Islam. Diorang ni manusia.

Tapi tak kasihan ke pada orang Malaysia sendiri yang kerja separuh mati, bayar cukai pada kerjaaan dengan harapan cukai tu dapat menjamin hak-hak keselamatan dan hak-hak istimewa sebagai warganegara,

Tapi akhirnya wang itu disalurkan pada orang yang hanya ambil kesempatan atas kelebihan yang kerajaan bagi?

Dan Encik Farid, bayangkan, penat-penat kita jaga rumah kita, tapi pengurus rumah kita dengan selamba masih berikan orang luar masuk ke rumah kita dan dapat hak sama macam kita? Padahal atuk dan nenek kita mati mempertahankan rumah ni daripada diambil orang lain. Kita bayar sewa rumah ni. Kita cintakan rumah ni. Kita ingin hidup dan mati bersama insan tercinta di dalam rumah ni.

Tapi akhirnya, orang lain yang takda rasa sayang pada rumah kita, dapat sama macam kita, malah dia buat onar sesuka hati pula. Ye lah, bukan rumah dia kan? Jadi dia sendiri pun tak hargai apa yang ada dalam rumah kita ni.

Encik Farid rasa macam mana? Ada apa-apa pendapat?”

Celoteh panjang tu buat aku terdiam sambil menghirup air sirap ais yang dah terasa makin hilang sejuknya.

Mufarwa Farid

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%

Leave a Reply

Video 3 Minit Ini Menceritakan Bagaimana Kiswah Kaabah Ditukar Ganti

Diari Jemaah Haji 2017 – Bahagian Kedua