,

Anak Muda Melawan Kejatuhan Ekonomi

Tiga bulan lepas semasa di Pesta Buku Sogo (ya Sogo ada pesta buku, terkejut ke?) aku berjalan di kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, ternampak adik ini menjual buku Boboiboy.

Ini kali kedua aku jumpa dia, kali kedua ini aku tanya dia duduk di mana sambil beli tisu yang dia jual.

Duduk sini ja bang, belakang ni sahaja dia jawab. Sama ada dia tipu tak percaya dengan aku ni ingat orang jahat atau memang betul dia duduk situ. Dahlah dia panggil aku abang emmmmmmm. Di lokasi adik ini menjual adalah kawasan tempat homeless selalu tidur dan berkumpul di waktu malam.

Ada yang menunggu orang buat amal beri makanan dan ada juga yang menolak, mungkin mereka tidak mahu terhutang budi. Tentang homeless ni aku tidak layak nak sentuh, amal tak cukup cuma aku nak cakap tentang adik ini.

Umur kecil macam ni dah jadi hardcore survivor, berfikir seperti orang matang bagaimana nak keluar dari masalah kewangan. Tiada bantuan dana besar, tiada sifu fb ads, tiada keperluan, dan tiada segala-galanya. Semata pengalaman dan berani mencuba.

Jangan tanya mana ibu bapa dia dan kenapa suruh dia kerja, kita tak tahu apa latar belakang keluarga dia. Pada umur kecil ini dia sudah boleh berfikir jauh. Pergi ke pesta buku berhampiran beli dengan harga diskaun kemudian jual semula dengan harga sama dengan kedai buku lain jual supaya pembeli tidak merasa mahal. Lokasi amat strategik, depan kedai makan yang popular. Ramai orang beratur bawa keluarga untuk makan. Hari bercuti pula tu, hari minggu.

Di masa kita lihat anak kecil ini bersusah payah, bagaimana pula dengan kita. Apabila besar nanti adik ini sudah ada pengalaman yang amat tinggi bagaimana untuk berniaga dan pastinya keluar daripada masalah kewangan. Di masa ekonomi sedang bermasalah, barang mahal, ada syarikat terpaksa buang kerja, masih ada yang bersenang-lenang dan sudah sedap berada di zon senang.

Wahai orang muda, ambillah peluang ini untuk merasa menjadi survivor ambil pengalaman semasa ekonomi sedang jatuh. Kita tak boleh lagi terbiasa dengan kerja waktu pejabat 9.00 – 5.00 Isnin hingga Jumaat, bekerja tanpa target, tiada KPI untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan atau keperluan kerja yang dilakukan kita itu. Kita di peringkat permulaan untuk jatuh, dah jatuh seperti negara Greece apabila kau buka akaun simpanan tengok hilang habis duit kena rampas.

Sedang orang lain bekerja lebih masa, waktu untuk anak-anak dipendekkan, bekerja di luar kawasan dari pejabat demi untuk keluar daripada masalah kewangan. Ada yang tidak mahu berubah kerana sudah terbiasa dengan cara kerja pentingkan diri sendiri. Yang ada syarikat sendiri pula seperti sabotaj pendapatan pekerja. Tokey pendapatan tetap sama, anak buah sama ada gaji bakal terjejas atau kena buang.

Bayangkan jika suatu hari nanti kita berada di satu tahap yang paling teruk, ekonomi lagi teruk seteruknya. Sudahlah tak ada pengalaman menjadi survivor semasa ekonomi baru nak jatuh, ini pula nak hidup semasa sudah jatuh. Sudah terlambat waktu itu. Pengalaman yang dimaksudkan mungkin kita sudah berani untuk melakukan perubahan. Mengkaji dan mencuba pelbagai cara untuk menaikkan pendapatan, walau sudah jatuh sekurang-kurangnya kita mencuba. Bukan tunggu masa hilang pendapatan terus.

Di surat khabar dan televisyen kita mendengar ‘ada orang’ berkata ekonomi tak jatuh, tengok gaji pun tak terjejas lagi. Part yang ini kita tanyalah diri sendiri, sudah berpuas hati dengan pendapatan yang kita ada, sudah bersedia di waktu hujan nanti? Anak muda ini sebagai inpirasi aku, di waktu kecil umur begini mungkin aku tengah seronok bermain baling batu ke rumah jiran, tapi dia sudah matang dan bersedia menghadapi waktu dewasa akan datang.

 

Izzat Amir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Mencari Calon Isteri? Ini 10 Rahsianya

Perkara Penting Kau Kena Tahu Sebelum Kahwin Dengan Orang Jawa