in ,

Anak Muda Bangkit Dari Abu

Gambar : FB Khairul Hakimin Muhammad

Dari Abu Dhabi semalam, aku duduk bersebelahan dengan seorang anak muda ini. Beliau ini dikenali di mana-mana media sosial. Sama ada di Facebook, Instagram atau Twitter, beliau punya puluh ribu dan ratus ribu pengikut.

Baru berumur 20 tahun, pendapatannya jutaan ringgit.

Awalnya masa kami bersembang, beliau banyak bertanya tentang menaikkan kredibiliti di media sosial. Aku pun cerita sahaja mana yang aku tahu.

Beberapa bulan lalu, kisah saudara ini pernah gempar di media tentang penangkapan produk dan beliau sendiri diminta mengadap kementerian tersebut. Oleh sebab itu beliau sudah hentikan operasi jualan serta-merta.

Masuk tv, surat khabar, kena bash di Insta, Twitter dan macam-macam lagi. Sehingga hari ini kesan kehancuran dari media itu masih beliau terima.

Ada yang bertepuk tangan, ada juga yang bersimpati.

Aku dapat beberapa benda yang aku sendiri boleh belajar dari beliau dari hal tersebut.

1. Beliau memulakan perniagaan dengan niat untuk bantu orang lain. Ada banyak perniagaan yang sama seperti beliau, namun tidak diendahkan pihak berkuasa kerana tidak ada laporan. Namun dalam kes beliau ini saya yakin report itu datang dari pesaingnya.

Sejak beliau mencapai jualan jutaan ringgit, beliau kerap dijemput oleh pihak universiti untuk memberi talk tentang dunia perniagaan online.

Dan dari situ, beratus anak muda berjaya keluar dari kepompong universiti = kerja.

Namun, ada yang memandang usaha serius beliau itu hanya sebuah angan-angan. Buktinya beliau berjaya menaikkan ramai apprentice yang menjana jualan lebih RM1juta dalam setahun.

Ini memang jiwa usahawan. Ingat kawan, dalam dunia bisnes, usahawan adalah mereka yang bantu usahawan lain maju.

2. Beliau sangat positif dan cekal orangnya. Apabila beliau dikehendaki Tuhan untuk menerima ujian begitu, maka aku sendiri nampak yang memang beliau sesuai dengan ujian tersebut.

Rezeki dalam bentuk ujian ini adalah sebuah latihan terus dari Tuhan dan ya, Tuhan hanya berikan cabaran kepada mereka yang sesuai dengan lorong hidup orang itu sahaja.

Ya beliau down. Namun tidak lama. Beliau bangkit dengan produk sendiri yang menjana jualan berganda-ganda dari bisnes sebelumnya.

Ya kawan, nak dapat orang yang positif dalam menerima ujian bukan selalu kita jumpa.

3. Networking Networking Networking. Ini yang beliau buat selama berkecimpung dalam dunia bisnes. Beliau tidak sekadar membuat aktiviti jualan, dapat duit, jadi kaya.

Namun beliau membina hubungan baik dengan para usahawan lain, guru-guru bisnes serta taikun-taikun pengeluar produk yang lain.

Oleh sebab itulah beliau sentiasa menerima aura baik dan hebat walau dilanda badai.

Hari ini, saudara yang popular dikenali sebagai King Afiq ini kembali teguh di media sosial.

Dari satu tangga ke tapak tangga yang lain, beliau terus sahaja mendaki dan mendaki sampai ke puncak.

Walau ramai duk canang apalah budak umur 20 tahun nak sembang tentang dunia bisnes, aku akan bantah dan lawan kerana dunia usahawan hari ini sudah tidak ada limit.

Sekiranya kalian buat dengan betul, baik, berstrategi dan bersistem, jual apa sahaja melalui media sosial, kau akan kaya dan berjaya.

Gunakan Page untuk FBads dan gunakan Akaun Profile untuk naikkan kredibiliti. Juga gunakan segala kelebihan diri untuk ‘menjual’ supaya pendapatan itu datang dalam bentuk hormat, respek serta wang ringgit.

Kagum weh.

Tahniah saudara Ameerul Afiq. Kau merupakan anak muda yang cukup tinggi karismanya. Tabahnya mendepani ujian dan kuatnya kau untuk bangkit dan berlari kembali.

Ujian dahulu adalah kisah dulu. Walau terpampang di mana-mana ceritanya, kekal kool dan tenang, teruskan dengan bisnes hari ini dan pastinya terus maju untuk masa depan!

Betullah orang kata, kenali dahulu sebelum mahu sembang kencang. Sudah tahu dan kenal hati budi, barulah kita boleh ambil pedoman dan belajar dari sebuah perkenalan.

Aku enjoy. Dan bersyukur sangat mengenai beliau dalam trip Dubai kali ini.

Alhamdulillah.

Khairul Hakimin Muhammad
Fall 7 Time, Stand up 8.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Beza Lengkuas, Halia, Kunyit Dan Kau

Jawab 5 Soalan Ini Sebelum Kau Tekad Terjun Ke Dunia Bisnes