, ,

Anak Malaysia Menawan Zurich

FIFA Puskas Award adalah anugerah yang ditubuhkan pada 20 Oktober 2009 oleh Fédération Internationale de Football Association FIFA atau dalam Englishnya International Federation of Association Football.

Anugerah ini adalah cetusan idea bekas presiden Sepp Blatter bertujuan mengiktiraf pemain bola yang menjaringkan gol paling unik dan cantik pada tahun tersebut. Anugerah ini adalah sebagai penghormatan kepada Ferenc Puskas, penyerang Real Madrid pada 1950-an dan 1960-an yang juga merupakan tulang belakang pasukan Hungary pada era yang sama.

Puskas diangkat sebagai orang yang paling prolifik yang pernah dilahirkan di peringkat Eropah. Beliau telah mencipta rekod dunia dengan menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa. Beliau juga merupakan penjaring terbanyak pada abad ke-20 dengan rekod 512 gol dalam 528 perlawanan.

 

 

Sepp Blatter menyatakan dalam ucapan perasmian Anugerah Puskas yang pertama bahawa setiap jaringan yang hebat perlulah diberi penghargaan dan penghormatan dalam sejarah kita.

Ferenc Puskas bukan sahaja pemain berbakat besar yang memenangi banyak anugerah, tetapi juga seorang yang luar biasa. Oleh itu, FIFA mendedikasikan anugerah ini sebagai penghargaan kepadanya dengan menamakan anugerah ini sempena nama Ferenc Puskas.

Antara kriteria yang digariskan oleh FIFA untuk dinobatkan sebagai pemenang anugerah Puskas adalah:

• Gol semestinya cantik dan unik

• Penganugerahan dilakukan tanpa mengira jenis kejohanan, jantina dan kewarganegaraan

• Ia bukan hasil daripada nasib, kesilapan, pesongan oleh pemain lain atau pemain dalam kedudukan offside

• Ia harus dijaringkan oleh pemain yang tidak berkelakuan buruk dalam permainan atau didakwa dengan tuduhan mengambil bahan terlarang.

Pemain yang pernah memenangi Anugerah Puskas ni:

2009 – Cristiano Ronaldo (Portugal)
2010 – Hamit Altintop (Turki)
2011 – Neymar (Brazil)
2012 – Miroslav Stoch (Slovakia)
2013 – Zlatan Ibrahimovic (Sweden)
2014 – James Rodriguez (Colombia)
2015 – Wendell Lira (Brazil)
2016 – Mohd. Faiz Subri (Malaysia)

Tahniah Faiz Subri kerana menjadi anak Malaysia dan anak Asia pertama memenangi Anugerah Puskas seterusnya memecah dominasi pemain Eropah dan Amerika Selatan dalam Anugerah ni.

Haria Penang Haria!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Dari Johor Bahru Ke Lembah Bilut

Kopi Lu, Nasi Lemak Gua, Dan Rezeki Dia