in ,

Aku Sebagai Ex-Proton, Sedih

Image: mstar.com.my

Aku kerja dalam Proton dan industri automotif tak lama. 6 tahun. Tapi, dalam tempoh 6 tahun tu, terlalu banyak pelajaran yang aku perolehi. Lebih-lebih lagi aku dalam department yang tak ramai orang berpeluang untuk terlibat. Engine manufacturing.

Dari proses casting menghasilkan raw cast, sampailah machining untuk dapatkan size ikut drawing yang mana tolerance control dia, micron… 1/1000mm.

Kau boleh bergaduh dgn QC sebab tolerance tak masuk 5micron. Kau tak nampak pun besar mana 5 micron tu. Saiz rambut dlm 200micron, tau?

Kalau dalam documentary National Geographic contohnya, dia akan tunjuk kat kau proses stamping, welding, painting, assembly kereta sampailah qc inspection. Tapi, amat-amat jarang dia tunjuk macam mana proses enjin tu dibuat. Dimesin, dipasang sampai jadi sebiji enjin complete.

Tak semua negara ada pengetahuan ni. Dalam satu dunia, ada belas-belas negara je ada engine manufacturing facility. Malaysia salah satunya. Satu benda berbeza dengan syarikat automotif lain dalam Malaysia, kau boleh question design yang ada tapi, kau nak challenge untuk tukar benda yang kau question tu susah. Kau mungkin takde access untuk prove idea yang kau challenge.

Tapi, kat Proton, engine design is ours. Kau boleh challenge spec yang RnD dikeluarkan. Kau boleh fight dengan designer. You have the space to voice your opinion.

Bila bab manufacturing, kau akan terima part design dari RnD. Cylinder Block. Cylinder Head. Camshaft. Crankshaft. Kau kena perhatikan drawing tu betul-betul. Macam mana kau nak start mesin part tu, part tu dari material apa, bila nak mesin guna material apa, nak drill macam mana, nak grind macam mana, mesin jenis apa. Kau kena fikir dan explore.

Dalam pemesinan (machining), semua ilmu engineering digunapakai. Sebab jenis mesin buat enjin ni, high precision. Fine machining. Segala ilmu engineering macam material engineering, vibration, dynamic, thermodynamics, chemical engineering, electronic, electrical dipakai. Bidang kejuruteraan berkembang dari sini. Inilah essence of engineering. Sebab apa Jepun dan Korea power engineering? Sebab dia buat sendiri produk berasaskan engineering dia. Knowledge engineering diorang tu, highly confidential. Unfortunately, institusi, universiti di Malaysia tak belajar pun dari industri yang ada ni.

Universiti kat Malaysia, belajar benda-benda engineering gila babi. Tapi, tak nampak pun kita buat mesin yang sama. Benda ni selalu main dalam kepala otak aku. Why?

Engagement dengan industri, LOW. Kalau hantar budak-budak degree masuk kilang pun cuma untuk tunjuk macam mana kilang beroperasi. Supaya kalau grad nanti, budak-budak tak terkejut bila masuk kilang.

Sekarang, aku tak tahu, apa akan jadi dengan hala tuju Proton. Silap-silap engine manufacturing, core engineering field dalam Malaysia, akan dihantar ke China. Ruang ilmu yang paling teras dalam industri automotif Malaysia akan dipindahkan. Kat mana peluang untuk orang Malaysia belajar?

Aku sebagai ex-Proton, sedih.

Ahmad Zahiruddin Saruji

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%

One Comment

Leave a Reply
  1. Malaysia tidak merai kepakaran.
    *****

    Sebagai salah seorang yang bekerja dalam bidang automotif, yang gua perasan laluan kehidupan seorang jurutera hanya di awal pekerjaan.

    Kemudian jurutera dikehendaki melakukan tugas pengurusan supaya mereka naik pangkat sebagai penolong pengurus.

    Di mana pada waktu ini, kebanyakan kerja kejuruteraan sudah tidak dilakukan. Hanya kerja menguruskan bajet, pengurusan pekerja dan menyediakan laporan eksekutif. Ilmu kejuruteraan yang dipelajari di awal pekerjaan hanyalah sebagai asas untuk menyokong, menentang dan membantu jurutera baru yang mana ilmu itu akan reset semula ke kosong.

    Berbeza dengan negara luar, gua ambil Jerman kerana gua bekerja bersama orang Jerman. Mereka mempunyai pakar sesuatu proses sehinggakan ke level Dr. Bayangkan, mereka melakukan PhD untuk proses kerja mereka sahaja. Mereka ini diberi mandat untuk meluluskan sesuatu proses, walaupun kadang-kadang nampak mudah sahaja.

    Untuk bidang pengurusan mereka latih dari keluar universiti, dan tugas mereka hanya terlibat dalam bidang pengurusan sahaja.

Leave a Reply

Syaitan Di Bulan Ramadan

Beginilah Masjid Nabawi Dibersihkan Setiap Kali Selepas Berbuka Puasa