in ,

Ahli Akademik Ternama Dan Politik Malaysia

Ahli Akademik dan Politikus

Seingat aku (yang tak teringat, tolong tambah), ada beberapa ahli akademik ternama yang menyertai bidang politik. Ternama ni maksud aku yang ada jawatan (Dekan, TNC ke atas) dan sekurang-kurang bergelar Profesor.

Bekas NC yang jadi politikus antaranya ialah Tan Sri Musa Mohamad (Menteri Pendidikan 1999 – 2004), tapi beliau tidak pernah bertanding pilihanraya, hanya sekadar memegang jawatan senator ketika menjadi Menteri. Beliau sendiri pun menteri ‘terpijak’ yang aku kira tidak berangan-angan untuk pergi jauh di dalam politik. Jadi ahli Majlis Tertinggi UMNO sekadar satu penggal.

Rektor KUTKM (kini UTEM), Prof. Datuk Dr Mohd Ruddin Abd Ghani sempat menjadi ahli parlimen Bukit Katil selama sepenggal (2004 – 2008) dan menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Rektor INSANIAH, Prof. Datuk Dr Othman Ishak bertanding dua penggal di Dun Jitra dan menjadi Exco Agama.

Dr P. Ramasamy, bekas Profesor UKM sudah dua penggal jadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Bekas MB Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman ialah bekas Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran, Universiti Malaya.

Tan Sri Dr Yusof Noor
Tan Sri Dr Abdullah Md Zin
Dr Ismail Daut

Bekas TNC yang jadi politikus antaranya Tan Sri Dr Yusof Noor (UKM), Tan Sri Dr Abdullah Md Zin (KUIM) dan Dr Ismail Daut (UNIMAP).

Profesor Emeritus, rasanya semua orang tahu mengenai Allahyarham Dato’ Shahnon Ahmad.

Kemudian, Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah bekas NC UiTM dilantik sebagai senator, sudah masuk penggal kedua. Entah kenapa melekat sebagai senator sahaja dan tidak dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.

Dr Che Musa Che
Dr Abdul Aziz Bari

Beberapa percubaan Profesor yang gagal menjadi wakil rakyat, antaranya Dr Che Musa Che Omar yang tewas di Kuala Krai pada PRU 2008 dan Dr Abdul Aziz Bari di Sabak Bernam pada PRU 2013.

Secara umumnya, ahli akademik paling berjaya sebagai politikus bagi aku ialah Tan Sri Dr Yusof Noor. 5 penggal sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO, bungkusnya UMNO di Terengganu pada PRU 1999 menandakan bungkusnya karier politik beliau.

Kemudian Tun Dr Mahathir Mohamad lantik beliau sebagai pengerusi Felda selama sedekad. Tapi percubaannya kembali untuk acah-acah akademik semula dengan universiti Islamnya di Cyberjaya bagi aku menemui jalan kegagalan. Aku kira, beliau ‘selamat’ sebagai ahli politik kerana selaku orang ‘agama’, beliau terselamat daripada budaya berpuak-puak dan label-melabel. Orang agama semua orang sokong.

Ahli akademik sebagai politikus memanglah nampak canggung kerana dikatakan terpaksa gadai prinsip dan sebagainya tapi setidak-tidaknya dia “walk the talk” dan bukan hanya pandai mengulas dan bercakap. Kebanyakan masanya ahli akademik terperangkap, kalau menyokong dasar kerajaan nanti dilihat membodek dan mengampu. Kalau kritis pula dikatakan pembangkang. Jadi akhirnya yang senyap sajalah yang ‘selamat’. Yang jenis mengampu ni pun aku kesian juga dengan pensyarah kangkung sebegini. Bodek, bodek, bodek, akhirnya tak dapat jadi apa pun, jadi calon pilihanraya pun tak dapat, setakat kupang tembaga.

Mohamed Hadi AH

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Pusat Konvensyen Dan Hotel Movenpick Kemudahan Baharu Untuk Jemaah Haji Tahun Ini

Masih Relevenkah Peribahasa Jangan Jaga Tepi Kain Orang?