in ,

Agen Cari Kerja Di Ladang? Mengarut!

Gambar : www.npr.org

Akhir-akhir ini heboh tentang kerja ladang di luar negara terutamanya Australia. Selaku seorang yang membesar, belajar dan bekerja di Melbourne, memang aku agak setuju bahawa gaji bekerja di ladang terutamanya ladang cherry agak lumayan. Itu pun kerja sampai hampir hilang nyawa dari awal pagi sampai lewat malam. Aku pernah kerja petik cherry di Lilydale untuk beberapa tahun ketika musim panas (summer). Ya, memang panas terik umpama dalam ketuhar oven.

Hanya gaji tahun pertama saja agak lumayan iaitu hampir mencecah $ 4,000 (~RM12,680). Itu pun bukan hanya petik cherry saja sebab kalau petik cherry memang tak sampai banyak itu. Gaji yang aku dapat itu termasuk lipat kotak (box folding) pada waktu malam, dari pukul 7 hingga 11 pm dan apple thinning. Tahun berikutnya susah untuk dapat $3,000 AUD (~RM9,510) pun sebab tak ada kerja lipat kotak. Biasanya kemuncak cherry untuk dikutip hanya sekitar 2-3 minggu saja, tak sampai sebulan pun. Biasanya semua cherry akan habis dipetik semasa Christmas. Selepas Christmas hanya ada sedikit saja, itu pun tengok nasib lah!

Kerja di ladang cherry dan epal ini kerja buruh. Kena mula awal pagi sampai petang. Rehat pun hanya 30 minit. Itulah masa untuk makan dan solat. Kalau kau orang jenis manja dan mengada (tipikal rakyat malaysia la kan), jangan expect untuk dapat gaji sampai 5 angka. Silap-silap majikan akan maki dan tendang kau orang keluar ladang.

Cherry ini buah yang sangat sensitif. Kalau hujan, buah rosak dan pecah/berlubang, maka tak perlu kutip dan tak boleh jual. Kemudian, perlu ada skill untuk petik cherry. Kalau petik tanpan tangkal, kau tak akan dibayar gaji sebab buah cherry tanpa tangkal tak boleh dijual. Silap-silap, kau orang kena bayar pada majikan pula sebab rosakkan buah. Jangan expect gaji banyak sangat.

Aku dan kawan-kawan tinggal di ladang secara percuma pun atas ihsan Richard. Sebab dia charge (tolak daripada gaji) untuk penginapan pada orang lain tetapi tidak pada aku dan kawan-kawan kerana kami sudah lama kenal Richard. Masuk Australia dengan visa pelancong (visitor’s visa) dan kerja secara haram (illegal) adalah perkara bodoh dan jahat.

Australia tak perlukan orang bodoh dan jahat kerana Australia adalah negara yang bertamadun. Itu belum masuk hal lari dari tax dan kemalangan di tempat kerja. Dan aku nasihatkan orang Malaysia jangan busukkan nama Malaysia dengan bekerja secara haram di Australia. Nanti kalau kerajaan Australia haramkan orang Malaysia masuk ke Australia seperti mana yang Trump buat pada negara Muslim lain, susah untuk aku pulang ke kampung halaman aku di Melbourne. Aku sayang Australia seperti nyawa aku sendiri.

Jadi, kau orang tolong jangan buat masalah di Australia. Dan tolong jangan percaya pada agen cari kerja di Australia. Sebab biasanya majikan di sana akan ambil pekerja yang mereka sudah kenal dan ada pengalaman seperti pelajar-pelajar yang biasa kerja dengan mereka. Banyak je kawan-kawan aku yang tak dapat kerja petik cherry di sana walau ada visa kerja (working visa). Agen cari kerja di ladang? Mengarut semua itu.

Mat Kuantum

Salam sayang dari Jeju,

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

FELDA : Bukan Tugas Sukar, Tetapi Menyakitkan Hati!

Fasa-Fasa Pembangunan Diri Di Media Sosial