Ada Bakat Tapi Tidak Tahu Cara Nak Kembangkannya?

Mr. James Altucher in his hotel suite at the Waldorf Astoria Hotel in Midtown Manhattan, Thursday, Feb 21, 2013.

James Altucher

Seseorang menyonglap 90 juta dari sebuah syarikat yang saya terlibat. Saya bukan seorang penilai manusia yang baik. Syarikat tersebut lingkup. Ada sesetengah benda yang saya tak boleh belajar. Saya ada kecenderungan untuk jadi terlalu menyukai manusia. Kesannya, adalah sukar untuk menjadi penilai manusia yang baik, tidak kira betapa kuat saya mencuba.

Maka saya mencari orang lain yang berkebolehan untuk menilai manusia lain dan saya pinta pertolongan mereka untuk membantu saya. Jangan paksa diri kita untuk belajar sesuatu jika kita tidak mahu atau jika ia bukan bakat semulajadi kita. Berapa besarkah peranan bakat? Sangat kecil. Tapi kita perlu bermula dengan bakat. Bakat adalah benih yang menumbuhkan kemahiran.

Bagaimana kita mahu tahu samada kita berbakat? Kita sukakannya ketika kita berusia 10 tahun. Kita termimpi mimpi akan perkara itu. Kita suka membaca tentangnya. Baca artikel ini seterusnya dan anda akan tahu di mana bakat anda. Percayalah bila saya kata: semua orang berbakat dalam banyak perkara.Kisah ini diambil dari laman web James Altucher. Beliau membenarkan saya mengambilnya selepas kami meminta dengan baik.

Selama 20 tahun kebelakangan, saya sentiasa mahu belajar untuk melakukan sesetengah perkara dengan baik. Menulis, mengaturcara komputer, kemahiran berbisnes (kepimpinan, jualan, berunding, membuat keputusan), komedi, permainan.

Justeru saya membangunkan 10 langkah teknik untuk belajar.

1. Cinta

Jika anda tidak boleh bermula dengan ‘cinta’, maka semua orang lain yang ‘cinta’ akan menewaskan orang orang lain yang hanya sekadar ‘suka’ atau benci. Ini  resam dunia. Manusia pertama yang menyeberangi arktik tundra dari Siberia ke Alaska pada suhu -60 darjah perlu menyintainya. Yang lain kekal tinggal di Savannah Afrika Timur.

Ketika kali pertama saya menulis program komputer “Hello, world”, saya bermimpi tentang komputer. Saya bangun pukul 4 pagi untuk ke makmal komputer dan menyelesaikan masalah aturcara yang lebih besar. Ketika kali pertama saya mula menulis setiap hari, saya menulis *sepanjang* hari. Saya tidak boleh berhenti. Saya hanya mahu bercakap dengan manusia manusia hanya sekiranya mereka adalah penulis.

Ketika saya 10 tahun, saya menulis kolumn gosip tentang rakan rakan darjah 5 saya. Saya membaca semua buku Judy Blume. Saya membaca semua yang saya boleh. Saya sangat sangat suka membaca. Kebanyakan rakan saya merasa bosan dengan saya dan tidak berapa lama kemudian, saya kesunyian dan bersendiri. Kecuali ketika saya menulis.

 

2. Membaca

Bobby Fischer pada asalnya bukan pemain catur yang baik. Beliau ada bakat, tapi orang lain tidak meletakkan harapan tinggi pada beliau. Pada usia 12-13 tahun, beliau menghilang selama setahun. Beliau menghilangkan diri sekali lagi ketika usia beliau 20-an. Ketika berumur 13 tahun, apabila beliau kembali, secara tiba tiba beliau menjadi pemain catur terbaik di Amerika Syarikat, memenangi kejuaraan AS, dan mendapat gelaran grandmaster (GM) termuda dunia.

Bagaimana beliau melakukannya? Sepanjang tempoh pertapaan beliau selama setahun, beliau langsung tidak melibatkan diri dalam mana mana pertandingan catur. Sebaliknya beliau melakukan dua perkara:

1.a) Beliau mengkaji setiap permainan yang berlangsung pada abad sebelumnya iaitu abad 1800.

Bila beliau kembali ke arena catur, beliau dikhabarkan menggunakan semua pembukaan permainan (openings) antik. Tidak cukup sekadar itu, beliau juga telah menambahbaik setiap satu pembukaan tersebut. Tiada siapa yang dapat mencari jalan untuk menewaskan penambahbaikan beliau itu. Pada perlawanan akhir Kejuaraan Dunia beberapa tahun kemudian, pada 1972 sewaktu beliau berdepan Spassky, beliau menggunakan senjata antik tersebut untuk menjadi juara dunia. Spassky terdesak untuk menang supaya pertandingan boleh diteruskan. Fischer hanya memerlukan seri untuk memenangi gelaran juara.

Spassky bermula dengan permainan pembukaan yang moden (The Sicilian) tetapi pada gerakan ke 13, semua pemerhati perlawanan tersebut terkejut. Fischer tanpa disedari telah mengubah pembukaan menjadi strategi yang sukar dikalahkan dipanggil “The Scotch Game”. Spassky tidak berpeluang langsung selepas itu.

1.b) Beliau mempelajari Bahasa Rusia untuk membaca majalah catur Rusia. Pada ketika itu, 20 pemain teratas dunia kesemuanya dari Rusia. Orang Amerika pada ketika itu langsung tidak berpeluang.

Maka Fischer mengkaji permainan Rusia pada ketika rata rata pemain Amerika waktu itu menggunakan pembukaan dan stail yang sudah lama berada dalam poket pemain Rusia. Seterusnya, apabila Fischer melengkapkan Kejuaraan US pada awal 1960-an, beliau menyapu bersih dengan semua kemenangan dan tiada seri.

Mengkaji sejarah, mengkaji pihak lawan yang terbaik, adalah kunci untuk menjadi yang terbaik. Walaupun kita bermula dengan bakat yang biasa biasa.

3. Cuba. Tapi jangan keterlaluan.

Jika anda mahu menjadi penulis, atau ahli perniagaan, atau pengaturcara komputer, anda perlu banyak menulis, banyak berbisnes, dan mengaturcara banyak program komputer. Anda akan menemui kegagalan. Sebab itulah kuantiti adalah lebih penting berbanding kuantiti pada peringkat permulaan. Kelak pembelajaran yang kita lalui bukanlah dibina dengan pencapaian, tetapi ia dibina dengan kuantiit.

Jika anda melihat sesuatu 1000 kali, anda melihat lebih dari orang yang melihat perkara yang sama hanya 10 kali. Jangan lupa petua penting: rahsia kegembiraan bukanlah dengan menjadi ‘hebat’ – rahsianya adalah ‘pertumbuhan’. Jika anda hanya mencuba, anda akan sampai ke satu tahap yang natural untuk anda. Tetapi ‘pertumbuhan’ akan terbantut dan anda tidak akan gembira.

4. Berguru (dan Peraturan 10X)

Jika saya cuba untuk belajar Bahasa Sepanyol bersendirian, saya tidak akan ke mana mana. Tetapi bila saya keluar dating (dan sekarang sudah berkahwin) dengan seseorang dari Argentina, saya akan belajar lebih banyak Bahasa Sepanyol.

Dalam catur, penulisan, pengaturcaraan, perniagaan, saya sentiasa berjumpa dengan seseorang yang lebih baik dari saya. Saya akan meluangkan masa setiap minggu untuk bertanyakan mereka banyak soalan, meminta mereka membetulkan kesilapan saya dan memberitahu saya di mana saya salah.

Bagi setiap yang anda cinta, carilah guru dan itu akan membantu anda belajar 10X lebih pantas. Jika anda melakukan setiap perkara dalam senarai ini, anda akan belajar berganda ganda lebih pantas dari orang lain. For everything you love, find a teacher and that makes you learn 10x faster.

Itulah caranya untuk menjadi orang hebat.

5.Kaji Masa Lepas, Kaji Masa Kini

Jika anda mahu belajar untuk menjadi pengaturcara yang hebat (bukan sekadar cukup baik, tapi hebat) pelajari bahasa mesin. Kaji dunia binari 1 dan 0. Kaji sejarah komputer. Belajar membina sistem pengoperasian kita sendiri. Belajar Fortran, Cobol, Pascal, Lisp, C, C++, sehinggalah ke bahasa moden seperti Python dan sebagainya.

Jika mahu menulis dengan lebih baik, baca buku buku terulung dari era 1800. Telaah buku Hemingway dan Virginia Woolf dan The Beats, dan karya karya agung yang masih malar hijau hingga hari ini. Ada sebab kenapa adikarya tersebut berjaya bertahan, walaupun dicabar oleh berjuta juta buku lain. Mereka adalah yang terbaik.

Kemudiannya, kaji kritikan semasa terhadap buku tersebut untuk melihat apa yang mungkin anda tidak perasan. Perkara ini adalah sama penting seperti pembacaan awal anda. Jika anda mahu mengkaji perniagaan, baca biografi Rockefeller, Carnegie, pasaran pertukaran pertama di Amsterdam, kejatuhan bond sampah, kajian era 90-an dan keruntuhan sistem kewangan. Setiap perniagaan yang berkembang ketika zaman kemelesetan.

Baca “Zero To One” oleh Peter Thiel. Tonton “The Profit” di CNBC. Baca tentang Steve Jobs. Baca tentang kejatuhan Kodak. Jangan baca buku buku self-help dalam perniagaaan. Mereka tiada nilai. Anda akan memasuki satu bidang yang hebat. Bidang inovasi yang menciptakan masyarakat moden. Jangan baca buku biasa biasa yang baru keluar tahun lepas. Keluar dari zon selesa anda dan baca tentang individu atau penciptaan yang mengubah dunia pada hari ini. Baca bagaimana Henry Ford memulakan 3 syarikat kereta sebelum berjaya dan kenapa ‘tiga’ adalah angka yang penting bagi beliau.

Baca tentang bagaimana teknik Ray Kroc dalam francais menciptakan syarikat restoran francais terbesar dunia. Baca bagaimana Coca Cola menjadi syarikat minuman terbesar dunia walaupun tanpa sebarang inovasi yang signifikan.

Catatkan setiap perkara yang anda belajar dari setiap pembacaan.

6. Buat Projek Mudah Dahulu

Kisah ini saya dapat dari Tony Robbins ketika beliau sedang cuak pada seminar pertama beliau.

Beliau terpaksa mengajar sekumpulan tentera laut tentang bagaimana untuk memperbaiki kaedah tembakan tepat mereka. “Saya tak pernah menembak seumur hidup saya”, katanya. Beliau melakukan kajian mendalam dari profesional tetapi kemudiannya beliau berjaya menemui teknik yang menghasilkan skor terbaik dalam semua kelas tembakan tepat.

Mahu tahu apakah teknik itu? Dekatkan sasaran. Beliau letakkan sasaran 5 kaki dari penembak. Semua orang berjaya menembak dengan tepat. Kemudian mereka jauhkan dari penembak sedikit demi sedikit sehinggalah mencapai jarak standard. Kesemua penembak masih berjaya menembak pada bulatan tengah.

Richard Branson memulakan penerbitan majalah sebelum memulakan syarikat penerbangan. Bill Gates mengaturcara BASIC sebelum pasukannya menghasilkan Microsoft Windows. E.L. James menulis fiksyen peminat Twilight sebelum beliau menghasilkan “50 Shades of Grey”. Ernest Hemmingway tidak pernah terfikir bahawa dia mampu menulis sebuah novel. Maka beliau memulakan dengan menulis berdozen dozen cerpen.

Pengaturcara komputer menulis program “Hello, world” sebelum mereka menghasilkan enjin carian mereka sendiri.Kebanyakan GM catur mencadangkan anda mengkaji penamat permainan dalam catur (bila tinggal hanya beberapa ) sebelum anda mengkaji bahagian lain. Kaedah ini memberikan anda keyakinan, mengajar anda tentang nuansa dalam sesuatu bidang, memberikan perasaan positif tentang ‘pertumbuhan’ dan penambahbaikan — semua ini adalah langkah langkah ke arah kejayaan.

7. Kaji Apa Yang Anda Sudah Lakukan

Beberapa hari lepas saya menghumbankan kesemuanya. Semua. Saya membuang (baca: derma) buku saya. Saya menghumban kesemua pakaian saya. Saya membuang komputer lama saya. Saya membuang pinggan mangkuk yang tidak pernah saya gunakan. Saya buang cadar yang jarang digunakan. Saya buat perabot saya (empat rak buku), televisyen, surat khabar lama. Pendek kata, segala galanya.

 

Saya mahu menghilangkan segala galanya. Dan itulah yang saya lakukan. Saya temui novel yang saya tulis pada 1991. 24 tahun lalu. Novel itu amat teruk. Buat kali pertama dalam masa 24 tahun, saya membacanya semula. Saya mengkaji kesilapan saya. Watak watak yang tidak berkaitan. Plot cerita yang terlalu ketara. Keajaiban merata rata. Seseorang bercerita pada saya tentang Amy Schumer, salah seorang pelakon komedi kegemaran saya. Beliau merakam *semua* lakonan beliau.

Kemudian beliau akan balik ke bilik dan mengkaji lakonan beliau. Detik demi detik. “Saya sepatutnya berhenti seketika untuk beberapa detik di sini”, kata beliau. Beliau mahu menjadi pelawak yang terbaik. Beliau meneliti setiap satu lakonan beliau. Bila saya bermain catur, seandainya saya tewas, saya akan memasukkan data permainan itu ke dalam komputer. Saya akan memerhatikan setiap pergerakan, apa yang komputer cadangkan sebagai langkah yang lebih baik, saya cuba mengingat kembali tentang apa yang saya fikir sewaktu saya mengambil langkah yang silap, dan sebagainya.

Satu perniagaan yang saya laburkan baru baru ini mengalami kerugian. Itu satu pengalaman menyakitkan buat saya. Tetapi saya perlu melihat kembali pada pengalaman itu dan meneliti apa yang silap. Di mana saya buat salah? Pada setiap peringkat saya mengimbas kembali dan mencatatkan apa yang berlaku dan di mana saya boleh menjadikannya lebih baik, dan apa yang mungkin saya terlepas pandang. Jika anda tidak obses dengan kesilapan anda, bererti anda tidak cukup ‘cinta’ bidang tersebut dan sukar untuk anda menjadi lebih baik.

Anda bertanyakan soalan yang salah, “kenapa saya tidak bagus?” walhal sepatutnya anda bertanya “apa salah saya dan bagaimana saya boleh menambahbaik?”. Bila anda konsisten bertanyakan soalan yang betul tentang kerja anda, anda menjadi lebih baik berbanding orang yang terperangkap dalam monolog dengan soalan yang salah.

Contoh: Saya benci melihat diri sendiri di TV. Saya tak pernah melakukannya. Maka saya tidak akan menjadi lebih baik sampai bila bila.

8. Anda Adalah Cerminan 5 Orang Di Sekeliling Anda

Perhatikan setiap karya penulisan, seni dan dunia perniagaan. Jarang jarang sekali orang menjadi lebih baik secara individu. Mereka menjadi lebih baik secara berkumpulan.

The Beats: Jack Kerouac, Allen Ginsberg, William Burroughs dan beberapa orang lagi.

Pengaturcara komputer: Steve Jobs, Bill Gates, Ted Leonsis, Paul Allen, Steve Wozniak dan beberapa orang lagi yang muncul dari Homebrew Club

Dunia seni pada tahun 1950-an: Jasper Johns, De Kooning, Pollack, dan sebagainya, kesemua mereka tinggal di JALAN YANG SAMA di Downtown New York.

YouTube, LinkedIn, Tesla, Palantr, dan dalam sesetengah situasi, Facebook, dan beberapa syarikat lain yang muncul dari geng yang dipanggil “PayPal mafia”.

Kesemua individu ini boleh sahaja mencipta secara individu. Namun demikian, manusia itu sifatnya adalah mamalia berkelompok. Kita perlu bekerja dalam kumpulan untuk menambahbaik diri. Cari kumpulan terbaik, luangkan sebanyak mungkin masa dengan mereka dan perhatikan diri anda menjadi lebih baik. Setiap satu kita mencabar yang lain, bersaing dengan yang lain, menghargai hasil kerja yang lain, mencemburui yang lain, dan bergilir gilir mendahului antara satu sama lain.

9. Lakukan Dengan Banyak

 

Apa yang anda lakukan setiap hari lebih bermakna berbanding dengan apa yang anda lakukan sekali sekala.

Saya ada kawan yang hendak menguasai kemahiran melukis. Tapi dia fikir dia perlu berada di Paris, dalam persekitaran yang terbaik. Namun, dia tak pernah berjaya sampai ke Paris. Sekarang dia duduk dalam kubikel bawah lampu kalimantang, menyiapkan kertas kerja sepanjang hari.

Tulis setiap hari, bina jaringan kerjasama setiap hari, bermain setiap hari, hidup secara sihat setiap hari. Sukat kehidupan anda berdasarkan berapa kali anda lakukan sesuatu. Bila anda mati, adakah anda menulis hanya dua kali? Atau 50 ribu kali?

10.Cari Plan ‘Jahat’ Anda

Sampai satu masa, mentee akan melawan tauke dan menjadi lebih baik dari mentornya. Pengurus dana pertama yang pernah bekerja dengan saya sekarang ini membenci saya. Saya memulakan dana saya sendiri dan dana milik beliau telah gulung tikar. Plan ‘jahat’ saya pada asalnya adalah ingin menjadi lebih baik berbanding beliau.

Bagaimana?

Selepas melalui semua langkah di atas, anda akan temui karakter unik anda yang sebenar. Dan bila anda berkata kata melalui karakter unik and itu, dunia akan mendengar sesuatu yang baru. Guru dan kawan lama anda barangkali tidak mahu mendengar kata kata itu. Tapi jika anda terus menerus berada di sekeliling orang yang menyayangi dan menghormati anda, mereka akan memberi dorongan kepada karakter baru anda.

Pujangga pernah menyebut “tiada wujud idea baru”. Tapi sebenarnya ada.

Kesemua idea idea silam yang digabungkan dengan karakter baru anda. Anda adalah rama rama cantik yang berjaya keluar dari kepompong lama.

Sekarang adalah giliran anda untuk mengajar, menjadi mentor, mencipta, berinovasi, mengubah dunia. Untuk menghasilkan sesuatu yang tidak pernah ada siapa siapa lihat sebelum ini dan barangkali mereka tidak akan lihat lagi selepas ini.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply