• , ,

    Raya Bukan Hari Nak Impress Orang!

    Hari raya ini bukanlah hari kita nak impress orang. Hari raya adalah hari kemenangan kita semua.

    Macam bila kau nak kahwin, kau belanja sampai 20 juta. Siap hutang bank dan semua itu untuk 1 hari je. Sedangkan duit itu kau boleh guna untuk benda lain lepas kahwin.

    Sama sahajalah juga hal Raya ni. Kau sibuk pergi borong di Bangi Sentral. Jem macam setan. Dekat shopping complex pun sama. Pakat semua nak beli macam-macam. Semuanya untuk 1 hari.

    Paling aku tak boleh blah, sanggup berhutang dengan orang sebab nak bayar downpayment kereta. Berhutang dengan Ikea sebab nak sofa baru. Berhutang nak sport rim baru.

    Semua benda bangang ni jadi bila kau ada 1 masalah,

    “Kena lebih dari orang lain.”

    Orang lain itu pula kena lebih dari kau. Gila benda ni. Gila. Dah tua bangka pun tak terlepas dari kegilaan ini.

    Kau suka kena puji baju kau paling lawa paling hebat paling artis paling Che Ta, suka orang puji kereta baru kau, padahal bukan kenyang pun makan puji tu. Ingat balik, apa kau dapat bila orang impress dan puji kau?

    Kau fikirlah, kerja setahun, hutang beribu-ribu kau perabis untuk pujian hanya satu hari. Lepas itu kau merungut lagi 40 hari nak gaji.

    Masa itu baru kau menyesal, kenapalah pergi sibuk tempuh jem berejam-rejam sampai menyusahkan penduduk Bangi.

    Itulah dinamakan balasan. Padan muka.

     

    Mutalib Uthman
  • , ,

    Trending

    Balik Raya Di Kampung?

    Esok lusa, ramai yang akan mula tinggalkan rumah untuk balik kampung oooo balik kampung hati riang. Pada masa yang sama, kena beringat akan rumah yang kita nak tinggal tu, selamat atau tak untuk kita tinggalkan.

    Berikut serba sedikit checklist yang hang, aku dan semua kena check sebelum balik kampung atau pergi mana-mana untuk jangka waktu yang lama.

    Benda ni benda biasa dan kebanyakkan orang dah sedia maklong dengan perkara ni tapi apa salahnya kalau kita mengingati satu sama lain kan. Cewah.

    1. Rumah kena kemas sikit supaya bila balik semula nanti tak stress tengok rumah macam tongkang pecah.

    2. Cabut semua plug barang elektrik yang tak digunakan. Peti ais tu biar la. Kalau tutup juga, busuk la ayam yang ada dalam freezer tu. Terutama TV, Astro, Radio, Ubat Nyamuk dan Unifi.

    3. Buang sampah dalam rumah terutama perut ikan, tulang ayam, mata sotong dan otak udang sebab takut lama-lama tinggal lantai dapur nanti beralaskan ulat sampah.

    4. Beritahu jiran yang tak balik kampung supaya tengok-tengokkan rumah kita semasa ketiadaan kita. Kalau hang tak baik dengan jiran, nasib hang lah.

    5. Beritahu pihak polis (atau group Whatsapp supaya ada yang maklumkan) yang kita ni nak balik kampung. Nanti polis akan mai ronda sekitar rumah kita. Yang ini agak penting.

    6. Pastikan tingkap, pintu belakang, pintu tepi semua dah tutup dan berkunci.

    7. Pasang lampu luar rumah terutama belakang dapur dan pintu hadapan.

    8. Akhir sekali sebelum masuk gear pecut pulang ke kampung, baca la doa pendinding sikit. Tak reti baca doa? Padan muka.

    Okey, Selamat pulang beraya dengan tenang dan gembira!

     

    Mustaqim Mustapa
  • , ,

    Trending

    Balik Raya Dengan Kereta?

    Raya dah tinggal beberapa hari saja lagi. Semua dah sibuk siapkan persediaan untuk beraya. Dari kuih raya, baju raya sampailah ke rumah raya. Beraya sakanlah katakan.

    Tapi bagi yang akan pulang beraya ke kampung halaman dengan memandu kenderaan sendiri nanti, dah buat pemeriksaan kereta ke belum?

    Pemeriksaan kereta ni penting untuk pastikan kereta kita di dalam keadaan yang baik dan selamat. Bukannya apa, supaya raya nanti kita dapat elakkan dari berlaku perkara yang tidak diingini. Perjalanan yang selamat bermula dari rumah.

    Di sini abang sediakan checklist 11 aspek pemeriksaan kereta yang boleh kau buat sebelum pulang beraya nanti. Abang galakkan untuk kau klik butang share supaya dapat dikongsikan bersama teman-teman alam maya yang lain. Sebarkan benda yang baik. Jangan plagiat sudahlah, menitis air mata ni.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Silalah baca dan periksa kenderaan kita ya.

    1. Minyak enjin – Periksa minyak enjin kereta sebelum enjin dihidupkan. Pastikan minyak tu berada di antara paras ‘max’ dan ‘min’ dipstick. Jika dibawah paras ‘min’, kau tambahlah sedikit minyak tu.

    2. Minyak brek – Perlu berada di antara paras ‘max’ dan ‘min’ juga. Tambah minyak brek jika berkurangan dan buat pemeriksaan dengan menekan pedal brek. Jika kurang tekanan di pedal brek, perlulah dibawa ke bengkel untuk periksa sebarang kebocoran atau lakukan proses bleeding untuk mengeluarkan angin berlebihan di dalam system hidraulik brek.

    3. Minyak transmisi (gear) – Pastikan ianya mencukupi. Pemeriksaannya bergantung kepada keadaan sejuk dan ketika enjin dihidupkan. Jika keadaan sejuk, tahap minyak perlu berada di garisan ‘cold’ manakala jika keadaan enjin dihidupkan, ianya perlu berada di tahap garisan ‘hot’ dipstick. Jika kurang, tambahlah minyak transmisi ikut jenis kenderaan.

    4. Minyak stereng kuasa – Stereng kereta juga mempunyai sistem hidraulik, maka minyak ini amat penting untuk memastikan kelancaran pemanduan stereng. Sila periksa agar ianya berada di atas paras minimum.

    5. Tali sawat – Sila periksa keadaan semua tali sawat di enjin kereta. Pastikan ianya tidak merekah, berbulu ataupun kelihatan hamper putus. Seeloknya tali-tali sawat ini ditukar pada setiap 100,000km.

    6. Bateri – Boleh periksa keadaan bateri dengan membaca tanda ‘indicator’ di bateri jika ianya sel kering. Selain itu, boleh juga dibawa ke kedai bateri kereta untuk mengujinya dengan menggunakan alat penguji. Bagi bateri sel basah, sila pastikan paras air bateri mencukupi.

    7. Coolant radiator – Sila periksa radiator kenderaan dan pastikan tahap bendalir ‘coolant’ mencukupi. Ianya untuk mengelakkan suhu kereta melampau ketika perjalanan yang jauh. Seeloknya gunakan bendalir coolant yang disyorkan mengikut jenis kereta. Elakkan daripada mengisinya dengan air paip.

    8. Penghawa dingin – Hidupkan enjin dan penghawa dingin. Pastikan suhunya sejuk dan alirannya lancar. Anda boleh bersihkan penapis yang berada dibawah kotak dashboard anda sendiri. Jika suhunya kurang sejuk, sila tambahkan gas yang mencukupi di kedai penghawa dingin kereta.

    9. Pengelap cermin – Seeloknya tukarlah pengelap cermin bagi memastikan pemandangan kita jelas ketika memandu di waktu hujan. Boleh juga menggunakan bendalir pencuci cermin yang baik untuk diisikan ke dalam kotak bendalir pemancur cermin bagi membantu mendapatkan pemandangan yang lebih baik.

    10. Tayar – Ini antara aspek yang perlu di ambil berat. Pastikan angin tayar mencukupi sebelum memuatkan kenderaan dengan barangan dan keluarga anda. Anda boleh juga mengunjungi ke kedai tayar untuk memeriksa ‘alignment’ dan ‘balancing’ tayar anda di dalam keadaan yang baik. Periksa bunga tayar untuk pastikan ianya tidak botak. Buat pertukaran tayar depan dan belakang jika perlu.

    11. Petrol – Yang ini paling penting antara semua di atas. Kalau dah semuanya ok tapi kereta tak ada petrol pun tak guna. Isilah siap-siap supaya tak pening nak beratur di rnr nanti.

    Akhir kata, semoga perjalanan kita semua selamat menuju ke tempat tujuan dan bersama menikmati hari raya bersama keluarga tercinta.

     

    Shairy Hanapiah
  • , ,

    Trending

    37 Barang Wajib Ada Nak Masak Raya

    Berikut merupakan checklist nak masak raya nanti, pastikan kau orang dah berpakat adik beradik nak beli apa. Tak payah susahkan emak ayah kau pula ya.

    Ada 37 jenis barang dan kau pastikan semuanya ada. Terutama yang jenis keluarga besar. Senarai Barang ini juga kau boleh jadikan sebagai rujukan untuk kasi hadiah / sedekah kepada jiran atau saudara mara kau yang memerlukan.

    Ingat kawan, kita hidup bukan untuk diri kita sahaja. Mari kita raya sama-sama.

    Semoga kau copy-paste dan simpan dalam Whatsapp atau note kau, bukan kau pergi paste dekat status Facebook kau pula. Hangin aku nanti.

    Dan semoga benda kecil ini bermanfaat buat kau semua. Jika ada yang tak cukup, kau tambahlah nanti.

    Selamat pergi pasar ya. Ini senarai wajib tersebut:

    1. Daging.
    2. Ayam.
    3. Santan.
    4. Beras.
    5. Beras Pulut.
    6. Nasi Impit / Ketupat Segera.
    7. Minyak masak.
    8. Rempah kari.
    9. Bawang Besar.
    10. Bawang Merah Kecil.
    11. Lengkuas.
    12. Kunyit Hidup.
    13. Halia.
    14. Cili Merah / Hijau.
    15. Cili api.
    16. Kordial
    17. Gula.
    18. Garam.
    19. Tisu.
    20. Kerisik.
    21. Rempah Ratus (bunga lawang dan sebagainya).
    22. Serai.
    23. Daun Kunyit.
    24. Daun Limau Purut.
    25. Daun Pandan.
    26. Cili kering / cili boh.
    27. Kicap.
    28. Cili sos / tomato sos.
    29. Tepung gandum.
    30. Ikan bilis.
    31. Telur.
    32. Roti.
    33. Gas memasak.
    34. Plastik sampah.
    35. Pencuci pinggan.
    36. Kain lap / tuala kecil dapur.
    37. Surat khabar lama.

    Ini bawang. Ingat, wajib ada ya waktu raya.
    Khairul Hakimin Muhammad
  • , ,

    Trending

    Metal Tak Pernah Comel, Hingga Adanya BabyMetal!

    Jika kita telusuri sejarah muzik genre Metal, ianya suatu yang sangat menakjubkan; baik kepada peminatnya dan juga kepada pengkajinya. Dari zaman lewat 70-an dan awal 80-an yang menyaksikan band-band awal membawa obor-obor pendahulu Metal seperti Iron Maiden, Judas Priest, Black Sabbath, Venom, dan lain-lainnya yang telah membawa dan menjerumuskan muzik ke dalam sebuah lubang yang paling dalam, hitam dan kelam iaitu Metal.

    Ada pelbagai pecahan atau mudah disebut “sub genre” Metal yang berakar-akar dari tunjang utama. Ada yang disebut Heavy Metal, Power Metal, Thrash Metal, Black Metal, Grindcore, Pronogrind, Crust Punk, DBeat, Death Metal, Melodic Death Metal, Folk Metal, dan bermacam lagi. Setiap satu, ada identitinya, ada susunan muziknya, dan paling utama, ada keistimewaannya yang tersendiri.

    Secara mudah, jika kau perlu menerangkan Metal kepada makcik, atau mak kau yang ingin tahu apa maksud tulisan font akar kayu “Darkthrone” di baju hitam tag Gildan kau, kau boleh simpulkan, Metal adalah semacam muzik genre seram untuk buku. Macam novel Stephen King. Kalau yang tempatan, macam novel Tamar Jalis. Ianya seram, kelam, menakutkan, dan bertujuan membuat orang terperanjat.

    Maksudnya, orang awam merasa takut, tak selesa, dan terkejut.

    Ini dapat dilihat dengan jelas, daripada kata-kata Mantas, pemain bass dan penyanyi utama band terawal Black Metal berasal Birmingham, England dengan mengatakan memang menjadi tujuan utama band mereka (Venom) untuk bermain dengan cara mengejutkan orang ramai. Lagi terkejut, lebih bagus, tambah Mantas dalam seisi temu bual beliau dalam dokumentari “Metal Evolution – The Last Episode – Extreme Metal”.

    Namun yang demikian, dalam meniti hari demi hari ke hadapan, fasa muzik Metal juga semakin berkembang seiringan dengan pantasnya teknologi berubah. Anak-anak muda hari ini, yang mungkin lahir dalam era 90-an dan awal 2000, telah mula mencampur aduk, membawa segala bentuk pengalaman, rasa dan duka mereka membentuk muzik Metal dalam bentuk dan acuan mereka sendiri, yang seakan semakin menjauh dari era awal 80-an Metal seperti Metallica, Anthrax, Death dan juga era 90-an seperti Pantera, At The Gates dan lainnya. Seakan sudah ada satu jurang (dibaca: gap) antara yang old timer (dipanggil kepada brader-brader atas 35 tahun) dan mereka yang masih muda (yakni bawah 35 tahun, dalam kes ini).

    Jurang ini, sebenarnya ada baik dan juga ada buruknya. Daripada sisi baik, akan ada banyak interaksi dua hala antara dua generasi Metal ini, mengenai pemahaman mereka mengenai muzik Metal yang bagus dan baik. Sekaligus, ini mencambahkan lagi banyak band baru dengan idealisme baru, juga dengan hala tuju yang lebih progresif dan tersendiri.

    Juga, akan ada keadaan di mana, masing-masing akan tetap dengan ego mempertahankan bahawa band Metal generasi mereka, adalah yang terbaik sepanjang zaman, dan ianya sudah menghampiri tahap ‘cult’ dan tidak boleh dipotong oleh mana-mana band baru. Keadaan ini, membuatkan masing-masing menjadi jumud, terlalu stagnant, tidak mahu mendengar pandangan orang lain, dan sebagainya. Akhirnya, bermasam muka, bergaduh di laman Facebook, kutuk mengutuk, dan lebih parah, mungkin bergaduh!

    Ya. Bergaduh demi Metal!

    Di antara titik-titik, dan keadaan yang menyaksikan pergaduhan para metalheads berlainan era ini, dapat disaksikan apabila ramai metalheads oldtimer, menyatakan mereka tidak suka dan beranggapan band-band Metalcore (band yang mencampurkan eleman Hardcore/Punk dengan Metal) ketika era kegemilangan Vans Warped Tour ketika akhir 90-an dan awal 2000 seperti Poison The Well, Converge, As I Lay Dying, The Darkest Hour dan ramai lagi, sebagai tidak cukup “Metal” dan tidak layak digelarkan sebagai sebuah subgenre baru. Band-band ini kerap dipanggil dengan panggilan mengejek seperti pussy (maaf jika tidak sesuai), lembik, tidak segarang, dan tidak setampil hebat seperti band Metal awalannya seperti Cannibal Corpse, Darkthrone, Burzum dan lainnya.

    Hari ini, senario ini bertambah panas dan semakin menjadi perbualan para metalheads seluruh dunia mengenai sebuah band Metal unik dari Jepun yang dipanggil BabyMetal. Band ini diterajui oleh 3 orang penyanyi iaitu SU-METAL YUIMETAL dan MOAMETAL (nama-nama mereka dieja huruf besar. Bukan tertekan tau). Mereka mengejutkan dunia Metal antarabangsa dengan kemunculan live pertama mereka iaitu di Nippon Budokan yang terletak di bandar perikanan terkenal Jepun; Katsuura. Mereka mengadakan konsert di sini pada Mac 2014, dan dihadiri puluhan ribu Metalheads, anak-anak gadis, budak sekolah, malah ibu bapa bagi menyaksikan kehebatan mereka.

    Mereka dengan dua buah album penuh, dan dua album live di tali pinggang mereka, telah sekali lagi membahagikan para metalheads sedunia, kepada dua kem. Satu, yang menyokong dan menghargai muzik mereka dengan alasan bahawa apa yang mereka bawa adalah satu bentuk evolusi dalam Metal dengan mencampurkan gitar pantas dan harmoni ala Dragon Force, dengan suara vokalis gadis Jepun manja ala Kawaii. Manakala yang menyampah, dan tidak boleh menerima, ialah metalheads yang beranggapan mereka sekadar trendy, poser yang dipatungkan oleh syarikat rakaman dan mereka sendiri seakan tidak pernah tahu apa itu sebenarnya Metal!

    Pergaduhan dan perbincangan ini mewabak ke segenap dunia Internet, baik di Pitchfork, laman web Youtube, di forum-forum Metalheads seperti di Revolver, Metal Maniacs, dan banyak lagi. Kedua-dua belah pihak mengeluarkan hujah dan pendapat masing-masing baik bagi menyokong kewujudan BabyMetal dan juga untuk membantah kewujudan mereka.

    Bagi aku secara personal, selaku seorang metalheads, selaku seorang yang menikmati muzik Metal, seorang yang menyayangi Metal, berpendapat bahawa BabyMetal ialah suatu evolusi dunia Metal, yang sebenarnya semula jadi. Ianya lebih kepada penjelmaan Metal dalam bentuknya sendiri, tanpa ada paksaan, tanpa pernah ambil peduli, dan tanpa “Dont Give a Fuck”(Maaf. Tiada intonasi Bahasa Melayu yang lebih sesuai) kepada sesiapa. BabyMetal, mengingatkan aku kepada rebellious yang ada pada Ata The Gates pada awal 90-an yang bermain Metal dengan sedikit Melodic, namun ganas yang seterusnya menerbitkan sub genre; Gothenburg Melodic Death Metal di samping In Flames, Dark Tranquallity, dan lainnya.

    Akhirnya, dengarkan lagu BabyMetal dari album pertama mereka; iaitu Ijime Dame Zettai yang berkisarkan tentang semangat melawan perbuatan buli. Di Youtube, dicadangkan kalian untuk melihat video live lagu ini di Sonisphere UK; antara festival terbuka Metal terbesar di England.

    BabyMetal, mungkin comel. Tapi, mereka juga layak digelar pemangkin Metal dengan irama segar!

    Amirull Jaafar

  • , ,

    Trending

    Nak Kasi Pelajar Seronok, Cikgu Kena Happeninglah!

    Dek kerana terpengaruh dengan satu scene dalam movie Ron Clark Story di mana Ron Clark yang juga seorang guru telah mengajar subjek sejarah menggunakan muzik rap, aku telah bertindak meniru scene ni untuk mengajar pelajar-pelajar aku.

    Dalam scene tu, Ron Clark telah menghasilkan lirik berkaitan presiden presiden USA dan kemudian dia rap kan lagu ini.

    Para pelajar dia menyukai method ini kerana ia lebih menarik dan lebih senang untuk dihafal. Apatah lagi ia adalah subjek sejarah dan biasanya boleh buat orang bosan. Jadi, dengan menggunakan method rapping ni, para pelajar akan rasa seronok mempelajarinya.

    Aku juga menggunakan method yang sama untuk ajar topik Components of Creativity dan Taxonomy Bloom.

    Aku bagi sub-topik kecil kepada pelajar-pelajar aku dan lepas tu aku suruh mereka baca dan fahamkan dulu. Lepas faham, diorang kena cipta lirik untuk rap kan topik tu di depan kelas agar dapat didengari oleh kawan-kawan lain.

    Untuk bagi pelajar-pelajar aku rasa benda tu mudah dan terutama sekali nak buat diorang rasa selesa untuk rapping, aku pun tunjuk demo. Ha, korang boleh tengok video rapping aku dalam status ni. Amacam? Macam Eminem tak? Kahkahkah!

    ===
    KELEMAHAN
    ===

    Menggunakan method rapping ni aku dapati ada satu masalah utama. Para pelajar aku belum mahir untuk cipta lirik untuk di rap kan.

    Akibat dari situ, kebanyakan lirik yang diorang rap tak berapa nak difahami oleh pelajar pelajar lain. Jadi, setiap kali lepas diorang rap, aku kena buat penerangan semula pasal apa yang diorang rap agar satu kelas faham.

    Untuk atasi masalah ni, boleh jadi, aku kena buat dua benda. Satu, aku yang buat lirik awal awal dan bagi diorang rap kan. Kedua, aku kena bagi masa lebih lama untuk diorang create lirik yang lebih kemas dan padu.

    Ini major weaknesses untuk method ni, yang lain tak berapa terlihat sangat.

    ===
    KELEBIHAN
    ===

    Major advantage bila guna method macam ni, aku dapat lihat sisi lain pelajar-pelajar aku. Mungkin selama ni asyik nampak diorang asyik study dan nak score A je.

    Tapi bila guna method ni, aku dapati ada antara diorang yang nampak berbakat dalam industri muzik. Seolah olah, method rapping ni dah jadi satu sesi ujian untuk cungkil bakat-bakat terpendam para pelajar aku.

    Dengan penggunaan method ni, sebagai pendidik, kita boleh buka peluang kepada para pelajar kita di mana, apabila mereka mahu bekerja nanti, tak semestinya mereka fokus kepada kerja yang tradisi sahaja, tapi mereka boleh buat sesuatu berdasarkan bakat dan keupayaan yang mereka ada.

    Mungkin mereka boleh jadi the next Joe Flizzow ataupun Altimet.

    Selama 9 tahun aku mengajar, aku asyik guna method yang sama. Tapi, pada tahun ni, bila aku ubah, aku dapat lihat banyak perubahan positif especially melihat bakat terpendam pelajar-pelajar aku.

    Selain tu yang paling penting, aku dapat create suasana segar dan menyeronokkan di dalam kelas. Proses pembelajaran tidak patut dilihat sebagai sesuatu yang membosankan, tapi ia patut menjadi satu sesi yang digemari, diminati dan dinanti oleh para pelajar.

    Cumanya, pendidik kena kerja kuat sikitlah untuk jadi lebih kreatif dalam menjadikan persekitaran kelas sesuatu yang happening dan menyeronokkan para pelajar.

    Kalau kau cikgu dan kau nak dapat lebih banyak idea, kau boleh try tonton cerita Ron Clark Story tu. Ambillah method yang dia guna pakai dan cuba sesuaikan dengan kelas kau.

    Aku ni pun try and adjust je, bukan sekali buat terus berkesan. Tapi at least, aku ada buat pembaharuan la dalam kelas aku.

     

    Norizwan Azlan
  • , ,

    6 Jenis Ubat Wajib Bawa Semasa Cuti Raya

    Seronok di pagi Hari Raya. Tidak sia-sia persiapan awal yang dilakukan. Baju melayu berbutang motif keris, segak digayakan dengan samping dan songkok.

    Kuih semperit dan batang buruk dirasa. Enak, tidak terperi rasanya. Di atas meja banyak lagi kuih muih. Semuanya dibeli awal Ramadan lagi daripada rakan sepejabat.

    Tiba-tiba…. “Bang, anak batuk & selesema sejak pagi tadi. Nampak tak selesa langsung”.

    Bingung. Usai solat sunat Hari Raya, berkejaran ke pekan. Klinik kesihatan memang tutup. Klinik 1Malaysia pun sama. Klinik swasta pun tutup belaka. Di kedai farmasi, ahli farmasi juga bercuti.

    Hanya satu fasiliti kesihatan yang tidak tutup. Fasiliti yang setia 24/7 menerima pesakit. Sudah tentulah Jabatan Kecemasan & Trauma.

    Sampai sahaja di hospital, terus ke triage. Mengadu kepada petugas di situ. Pendaftaran awal dilakukan. Melangkah sahaja ke ruang menunggu…. “Masya Allah, ramainya orang. Tidak beraya ke diorang ni?”

    Di tenung angka giliran. Zon Hijau. 1056. Monitor di atas bilik rawatan menunjukkan nombor 1016. Bermakna ada 40 pesakit yang sedang menunggu giliran di Zon Hijau. Ambulans bersilih ganti tiba. Mangsa kemalangan belaka. Terus dibawa masuk ke Zon Merah dan Kuning. Maklumlah, kes kecemasan memang diberi keutamaan.

    Terpandang satu poster. Besar tulisannya, “Jika nombor panggilan tidak dipanggil menurut giliran bermakna kes kecemasan diutamakan.”

    Habis. Sia-sia membuang masa di Hari Raya akibat tiada persiapan awal. Baju dan kuih di beli awal, tetapi ubat-ubatan?

    Sediakanlah payung sebelum hujan. Sediakanlah ubat-ubatan untuk sakit-sakit ringan. Beberapa jenis ubat yang perlu disediakan awal sebelum pulang ke kampung:

    1. Ubat-ubat bagi penyakit sedia ada seperti kencing manis, darah tinggi, asthma dan lain-lain.

    2. Panadol tablet dan sirap. Ini untuk kegunaan jika mula demam dan sakit kepala. Sirap panadol untuk kegunaan kanak-kanak.

    3. Ubat selesema yang boleh juga digunakan jika terkena alahan atau gatal-gatal.

    4. Ubat batuk. Beri kelegaan paru-paru.

    5.Ubat untuk sakit perut. Maklumlah makan tidak dijaga. Perut terkejut. Infeksi virus menyebabkan cirit-birit.

    6. Ubat tahan sakit. Mungkin diperlukan terutama jika paras asid urik tinggi. Lepas pekena berpinggan-pinggan rendang daging lembu dapat pula kesakitan akibat gout.

    Maka, ada beberapa hari lagi untuk membuat persiapan ini. Tindakan anda akan menjadikan cuti Hari Raya anda lebih berbaloi disamping keluarga tercinta.

     

    SazOne Sham
  • , ,

    Trending Hot

    Baru Bayar RM6, Dah Rasa Diri Tauke?

    Benda pakai guna sewa ni walaupun bukan barang kita kenalah guna dan jaga macam kita punya. Tapi entahlah, memang ada orang barang dia pun dia tak jaga. Cawan rumah sendiri pun tak pernah basuh.

    Macam kat Laundry Bar ni. Mesin ni harganya ratus ribu. Kita masukkan token harga RM6 saja, janganlah buat macam tauke kedai ni berhutang dengan kita.

    Dah dia kata sudah ada tersedia sabun, letak juga sabun sampai berbuih-buih. Agaknya nak kena berbuih sampai tak nampak kain baru rasa macam kain tu suci dan bersih. Padahal pernah orang Laundry Bar tegur tak perlu letak sabun banyak-banyak.

    Dah sudah tu mesin patut belum berhenti kita hentikan. Terus jadi error mesin tu, orang lain nak pakai juga terus terbantut urusan.

    Yang benarnya semua langkah dah ditulis, baca dan ikutlah. Kalau tak ikut tu yang bikin payah pada orang lain. Kalau susah sangat nak baca tanyalah, ramai senior di dalam kedai tu. Mahu tak seniornya, dah dua tahun jadi pengunjung tetap Kedai Dobi Layan Diri sejak jaga Uwais dulu.

    Dak, bukan malas. Tapi dalam masa sejam kita boleh selesaikan semua urusan Jabatan Perdobian ni bukankah mudah? Dalam jadual yang sangat padat, benda ni memang sangat-sangat membantu. Betul. Kami keluar awal pagi dan balik senja. Baju kalau di ampaian, dari kering basah semula dicampur bau asap bakar sampah. Tu belum kira hujung minggu yang tak lekat di rumah.

    Samalah macam kereta sewa. Kita hantar wangi dan bersih, dia hantar balik kusyen penuh krim roti, serbuk biskut, serdak keropok. Bukan suruh cuci pun, tapi jagalah. Sewanya RM120, kita kena pi basuh kusyen pula sampai berapa puluh ringgit.

    Sewa bilik hotel, habis bersepah padahal bukannya orang hotel suruh kemas pun. Memadailah letak tuala dalam sinki/tub supaya senang dia nak kutip. Tak nak basuh cawan pun tak apalah, ambil dan letak kat sinki semula.

    Betullah kita bayar perkhidmatan tu. Tapi dengan nilai wang yang kita bayar tu bukan bererti pemberi servis berhutang pada kita. Silap-silap kita yang hutang balik pada dia.

    Sahabat kita nak berniaga. Yang katanya nak membantu ekonomi muslim tu buatlah dengan ikhlas hati.

    Usahlah buat alasan “tolong kawan-kawan” kita tekan sampai orang rugi semula. Dia pun ada keluarga yang perlu dinafkahkan.

    Customer is always right ni falsafah yang tak betul. Jual beli ni kena ada persetujuan. Kalau pelanggan tak ikut arahan, pun sudah langgar persetujuan. Penjual ada hak untuk tolak muamalah tersebut.

    Begitulah sesi leteran hari ini sambil melihat mesin dobi ni satu rosak, satu jalan sendiri tanpa baju, satu dah jadi error dan satu kita dah chup depa potong tang kona.

    Ya ampunnnnnnn.

    Lily Moha

  • , ,

    Pentingnya Beri Content Percuma!

    Nouman Ali Khan – pakar content marketing

    Siapa tidak kenal Nouman Ali Khan, founder dan CEO Bayyinah, satu muka yang biasa kita nampak di Youtube dan FB.

    Misi beliau adalah untuk meningkatkan pemahaman umat Islam dalam pengajian Quran dan juga bahasa Arab.

    Yang bestnya – dia mengajar dengan gaya bersahaja dan gemar menggunakan contoh-contoh simple (atau dalam bahasa beliau – ‘silly examples’) untuk mudah difahami.

    Dalam posting ini saya nak cerita sedikit perjalanan saya, daripada mengenal beliau, mendengar content beliau sehinggalah saya menjadi subscriber Bayyinah.tv ($11 sebulan).

    Satu case study yang sangat bagus untuk para marketer yang mahu menggunakan content untuk tarik pelanggan.

    KRONOLOGI:

    – Pra-2016: Mula mengenal nama beliau daripada Youtube dan newsfeed di FB.

    – Jan 2016: Entah bagaimana, mungkin saya like page beliau atau pernah pergi ke website Bayyinah.com, terkena FB ads tentang kursus belajar bahasa Arab (Arabic with Husna) dengan mudah secara percuma. Saya subscribe dan dapat 5 email di mana dalamnya ada video, 5 hari berturut-turut (beliau guna Infusionsoft untuk email marketing)

    – Feb 2016: Beliau hantar email dan beri offer untuk subscribe kepada Bayyinah.tv dengan harga $11 sebulan. Saya masih tak ready lagi untuk spend. Content free beliau masih banyak untuk dihadam.

    – Mar 2016 – Apr 2017: Saya ubah gaya hidup saya daripada mendengar muzik dalam kereta kepada podcast. Boleh dikatakan setiap hari saya akan mendengar free podcast content beliau. Banyak kali juga beliau sebut tentang offer Bayyinah dalam podcast tersebut. Tapi saya masih tidak membuat apa-apa tindakan. Masih selesa dengan content free beliau.

    – Apr 2017: Beliau hantar email di mana ada 2 minggu FREE trial untuk platform Bayyinah. Lebih 2,000 jam PREMIUM content – unique selling pointnya. Free trial? Siapa tak nak. Saya pun subscribe dan bubuh detail credit card.

    – 2 minggu selepas: Setelah mendengar PREMIUM content beliau selama 2 minggu, rasa seronok pula. Rasanya tidak ada di Youtube. Sekiranya ada pun, mungkin dia cerita sedikit-sedikit dan bukan secara keseluruhan. Saya pun congak sikit dalam kepala, $11 x 4.3 = tak sampai RM50. Oklah tu. Takla mahal. Apabila credit card di-charge, terus “redha”.

    APA SAYA BELAJAR:

    – Teruskan beri free content kepada bakal pelanggan dalam bentuk blog, podcast, public speaking, etc. Bina keyakinan dengan pelanggan.

    – Sentiasa sebut tentang branding/produk dalam setiap free content dan ajak untuk susbcribe/beli.

    – Beri satu “irresistable offer” atau offer yang susah nak ditolak daripada segi free trial/diskaun bila tiba masa.

    – Saya ambil masa setahun lebih untuk menjadi pelanggan – content marketing mengambil masa tetapi sangat, sangat efektif. Sabar!

    Beliau offer saya selepas selesai 5 video – tetapi tidak subscribe

     

    Irresistible offer

     

    Subscribe!

     

    Nadhir Ashafiq
  • , ,

    Boleh Sahaja Guna Kerusi Roda Naik Tangga

    “Kebangangan apakah ini?”

    Hari tu, Himpunan Cerita Lawak ada kongsi satu gambar tangga yang dilabel dengan logo orang berkerusi roda. Di ruangan komen, ada pelbagai komen. Ada yang positif, ada negatif. Salah satu komen negatif adalah seperti yang tertulis di atas.

    Selain itu, ramai melawak tentang tangga itu boleh bergerak sendiri, dan seperti biasa ada perdebatan. Ada insan yang cuba beri penerangan di sana, tapi dimaki dan dipersenda.

    Di sini saya beri beberapa fakta sebelum saya ulas hal ini.

    1. International Symbol of Access (ISA) — Ini nama sebenar simbol yang kita sering panggil logo “OKU”. Secara de facto, logo ini melambangkan fasiliti OKU, namun ia sebenarnya ini melambangkan kawasan kurang berhalangan. Walaupun ia digambarkan dengan gambarajah orang berkerusi roda, logo ini tidak khusus untuk melambangkan kawasan yang mesra kerusi roda sahaja.

    2. Kategori OKU — menurut pembahagian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), OKU terbahagi kepada 6 kategori. Kurang Upaya Penglihatan, Pendengaran, Pertuturan, Mental, Fizikal, dan Pembelajaran. Berkenaan dengan gambar tangga ini, ia menjurus kepada fasiliti OKU bagi kategori Fizikal dan Penglihatan.

    3. OKU Penglihatan — selain untuk elak tergelincir, plat pada bucu tangga itu adalah hazard warning tactile— rekaan permukaan yang memberitahu orang kurang upaya penglihatan yang gunakan tongkat putih, bahawa ada halangan di hadapan. Ada beberapa rekaan tactile: cuodroy, guidance, blisters, lozenges dan lain-lain. Boleh google.

    4. OKU Fizikal — skop kategori ini agak besar. Daripada lumpuh, kudung, tempang, malah anggota kurang sempurna. Ada yang berkerusi roda. Ada pula menggunakan kaki palsu, tongkat, crutches, walking frame, dan orthosis. Mereka ini boleh berjalan tetapi dengan kesukaran. Jadi laluan khas, amat membantu.

    5. OKU — Perlu faham status OKU tidak semestinya kekal. Ada juga orang OKU bersifat sementara. Orang patah kaki dan bersimen, adalah OKU sementara. Begitu juga orang yang kaki bengkak kerana kemalangan atau orang mengalami vertigo(mabuk) kerana jangkitan telinga.

    6. OKU de facto — Adakalanya orang bukan OKU memerlukan fasiliti OKU. Bukan kerana mereka salahguna kemudahan, tetapi kerana kondisi tertentu. Contohnya: warga emas yang lemah, dan ibu-ibu hamil. Sebab itu ada tempat duduk khas untuk warga emas dan ibu hamil di dalam LRT.

    Ulasan:
    Saya rasa, setelah saya kemukan 6 perkara di atas, kalian sudah tahu apa yang pendapat saya tentang gambar ini. Kan?

    Ya! Tangga dengan label “OKU” ini bukan khusus untuk orang kerusi roda. Ia disediakan untuk semua jenis OKU yang boleh memanfaatkan laluan khas buat mereka. Tak dinafikan ada kekurangan dalam fasiliti yang disediakan itu, namun tak usahlah komen negatif pada gambar berkenaan.

    Sebenarnya, ada cara orang berkerusi roda untuk menaiki tangga. Saya sertakan videonya. Saya akui tidak semua boleh lakukan aksi ini, namun ia tidak mustahil. Jurupulih fisioterapi dan jurupulih carakerja di Jabatan Rehabilitasi ada melatih kemahiran berkerusi roda tahap tinggi kepada pesakit agar mereka boleh bergerak bebas dalam persekitaran komuniti.

     

    Boleh tengok video di sini:

    https://web.facebook.com/chaku/videos/pcb.10155412109033351/10155412098698351/?type=3&theater

    Kamarul Ariffin Nor Sadan
  • , ,

    Trending

    Tak Usah Bagi Makanan Pada Gelandangan, Percayalah!

    SAYA NAK BAGI MAKAN PADA GELANDANGAN RAMADHAN NI, Abg Syed. Macam mana ye?

    Kalau saya ditanya, saya kata toksah. Sebab banyak sangat setiap malam ada kumpulan bagi makan, sampai berlebihan sampai basi, sampai terbuang. Banyak sangat group bagi, dari makanan tempah khas nak bagi gelandangan sehingga makanan lebih bukak puasa. Ada je makanan lebih.
    Bagi makan takyah tunggu Ramadhan je.

    TAPI SAYA NAK BAGI JUGAK MAKANAN. Boleh galakkan semangat charity sebab bantu terus golongan dhaif. 
    Mana awak tahu tu dhaif kalau datang sekali sebulan atau sekali setahun. Mana awak tahu. Kalau nak bagi makan, bagilah tempat yang orang belum bagi. Klik ni dan skrol bawah nak tengok mana tempat dan bila malam orang bagi. Sentiasa ada.
    http://ngohub.asia/streetfeeding.php
    Boleh collaborate sesama. Duit atau barang. Bincang dulu jangan main redah je nak bagi.

    TAPI KALAU NAK JUGAK BAGI SENDIRI, tolong bawak plastik sampah ye pasal nak kutip makanan terlebih buang. Sampah dan imej kotor ni yang DBKL marah siap nak halau homeless sebab kotorkan kawasan. Kita yang bagi punca sampah, kita patut bersihkan. Semua group tegar saya tahu bersihkan tempat makan yang mereka bagi kat kawasan mereka.

    Kalau bagi makan sekali setahun. Bustlah max, 40 packs kalau tak plan mana nak bagi, atau bagi kat tempat yang saya cadangkan ni:
    Balai Polis
    Balai Bomba
    Guard houses
    Stesen bas
    Pemandu bas
    Pekerja Petrol Pam
    NGO yang ajar tuition malam
    NGO yang ajar kelas ngaji
    PPR or PPRT
    Surau atau musolla yang kecil-kecil.

    Yang bebudak universiti ni pun kalau nak bagi makan, bagilah kat kampus masing-masing. Ramai jugak yang ikat perut situ. Yelah mungkin tak glamor dan tak de makna nak selfie. Media pun tak singgah.

    Ok, saya tak bagi makan, tapi kesian diorang takde barang. Saya nak bagi barang.
    Jawapan saya, bagilah dan jangan marah if diorang jual balik kat Pasar Karat sebab barang tu dah jadi hak mereka dan boleh dapat duit. Bun Gardenia 0.85sen diorang jual 3-5 singgit satu set sebab banyak orang bagi. Dah banyak sangat. Berus gigi hotel pun ada.
    Masalah bagi barang ni, kita kena kaji tanya itu ke yang diorang nak.
    Tu pasal saya lagi suka bagi kat Universiti Student. Lagi perlu. Tapi takpe terpulang.

    Kenapa Homeless ambil kalau tak perlu? 
    Sebab orang sentiasa nak bagi dan mentaliti yang buatkan mereka rasa mana tau esok tak dapat apa-apa. Yang saya sedih, sebabkan lambakan barang dan makanan, some homeless sanggup tidur picnic bagai di kaki lima sebab takut kalau tidur tempat lain tak dapat barang atau makan. Anak-anak terbiar di tempat yang kurang selamat.
    Kita yang buatkan mereka dan anak mereka kat situ sampai 1-2 pagi sebab takut miss barang orang nak bagi.

    Bukan semua Homeless tak ada rumah. Kiraan cerapan jam 2-4pagi tahun ni menunjukkan seluruh KL warga yang tidur tepi jalan cuma 1000. Seluruh KL. Bukan satu tempat. Max satu tempat 100. Yang lain urban poor dan yang lalu lalang ambil kesempatan. Takpalah kita sedekah.

    Tu lagi satu. Niat kita bagi kenapa? Nak selfie? Nak nampak orang yang lagi susah dari kita untuk dapat keinsafan?
    Mungkin membantu.
    Tapi kita gunakan mereka untuk kepentingan kita, hmm lama-lama kita yang bentukkan budaya menunggu dan terima. Tu yang bila kita kata gelandangan malas, saya selalu tanya mungkin kita yang bentuk mereka begitu.

    Untuk yang nak bagi setahun sekali, collaborate lah dengan group sedia ada. Turunlah padang buat homework kira betapa ramai dah bagi dan betapa banyaknya WASTAGE. Kesenangan sementara ni mungkin buatkan diorang tunggu je.
    Yang bagi time 2 pagi pula, tak logik kot orang nak tidur. Janganlah kacau.
    Yang buat penggambaran dan bagi makan macam orang kaya besar, sudah-sudahlah tu. Investlah in classes yang majukan diri mereka like kelas membaca atau buka meja bantuan atau sponsor Medical facility.

    SAYA NAK BAGI DUIT RAYA.
    Boleh, tapi kalau tak cukup pastu kena serbu jangan terperanjat ya. Kalau dah bagi jangan ungkit pula.

    Nak bagi duit baik guna nak settlekan yuran sekolah anak ke, tambah nilai kredit handphone ke, sponsor penggunaan tandas berbayar ke. Lagi baik. Tapi tak salah nak bagi.

    Bukan saya tak bagi buat amal bagi makan atau barang, tapi realitinya dah membazir. Kita pun nak mereka maju. Boleh bagi makanan lazat tapi tak nak membazir.

    Terus terang lagi, banyak projek lain boleh buat. Be creative sikit.

    Pic bawah is pasar karat. Semua barang orang bagi. Baik bagi diorang duit terus kalau nak bantu. Tapi ini usaha jugak. So maybe boleh tengok tang tu.

    Again yang saya sedih, sebab harapkan barang free, sanggup satu famili berkampung tempat tak selamat takut miss barang. Untuk pengetahuan semua ada jugak homeless sewa 2 bilik sebab satu bilik nak letak barang orang bagi, hoarders. Orang yang betul-betul susah tak ambil banyak barang sebab tak ada tempat nak letak sebenarnya.

    Teruskan beramal, tapi check niat dan implikasi please.
    Mintak maaf pada group yang saya endah tak endah layan bila nak bagi projek bagi makan ni. Dah cliché.

    Banyak lagi nak tulis pasal mentaliti Homeless tapi dah ngantuk.

    Syed Azmi
  • , ,

    Ramadhan Bukan Hanya Milik Orang Kaya Dan Berkelapangan Sahaja

    Aku fikir sudah berlalu zaman apabila penceramah Ramadhani mengambil sikap memperleceh kualiti ibadah para jemaah walau secara umum sekalipun. Sindiran seperti “minggu pertama penuhlah, lepas-lepas tu tinggal satu saf”, “yang muda-muda ni larat 8 rakaat je, yang tua-tua ni 23 rakaat steady lagi”, “10 malam terakhir sibuk bakar kuih raya & jahit baju raya”, “lailatulqadar jadi lailatulkamdar” – sindiran sebegini sungguhpun kedengaran logik pada satu lapisan tetapi boleh jadi ulasan mentah bertaraf hiburan sahaja.

    Dulu-dulu masa aku belajar di bangku sekolah, hatta di universiti pun memanglah aku tak ada masalah nak bertarawih dan mungkin kritikan penceramah Ramadhani tu ada benarnya. Namun setelah aku bekerja baru aku faham penatnya bekerja dan kita secara umumnya kalau boleh nak buat 8 rakaat saja. Manakan adil nak disamakan dengan kudrat orang pencen yang tak buat apa-apa di rumah. Bahkan silap-silap penceramah itu pun mungkin tiada aktiviti lain selain pegang copong berceramah. Maka tiada segan silu bagi tazkirah tarawih pun sampai lupa diri lajak sampai sejam. Mentang-mentanglah dia tak ada ofis nak masuk pagi esok.

    Atau mungkin menjual di bazar Ramadhan, membuat tempahan kuih raya atau menjahit baju raya sehingga mengatasi kualiti ibadah kononnya. Bagi aku kalau seseorang itu memang struggle untuk mencari sesuap nasi demi menyediakan apa yang sekadarnya termampu untuk Aidilfitri bersama keluarga – kalau para pengkritik tidak tahu apa-apa lebih baik diam sahaja. Kalau minta duit zakat kau katakan dia pemalas.

    Bagaimana tidak saf semakin surut di penghujung Ramadhan, bukankah semakin ramai orang pulang ke kampung masing-masing? Semudah itu sajakah jumlah jemaah yang berkurangan berpunca daripada sikap malas jemaah semata-mata?

    Dalam beberapa siri pengalaman aku terlibat dalam aktiviti membantu fakir miskin di bulan Ramadhan, sebenarnya erti Ramadhan yang sebenar masih terlalu jauh buat sesetengah mereka. Kalau majlis itu dibuat di masjid, ya mereka akan berbuka puasa bersama dalam 3, 4 ratus orang tetapi bila waktu solat Maghrib berjemaah, yang ada hanya 1 saf sahaja. Ke manakah yang lain? Balik rumah. Solat? Entahlah, mudah-mudahan. Puasa tak? Entahlah, kalau dah kerja berat sebagai nelayan, petani dan buruh kasar. Kita yang duduk di kerusi empuk di pejabat, berteduh siap dipayung penyaman udara, adakah kita lebih mulia daripada mereka kerana kita puasa dan mereka tak puasa, kita tarawih 23, mereka solat pun tidak?

    ‌Sesungguhnya kelapangan kita untuk beribadat dalam bulan Ramadhan hanyalah semata-mata disebabkan keizinan Allah. Allah lorongkan kesenangan beribadah antara lain sebab kita diberikan kesenangan hidup, maka janganlah diperlekeh mereka yang kualiti ibadahnya konon-konon tidak sehebat kita.

    Jarang sekali aku dengar tazkirah yang praktikal untuk umat Islam yang kesibukan. Ya, tuan-tuan puan-puan memang sibuk, apatah lagi ibu dan isteri. Baik, untuk golongan sebegini apa yang mereka secara minimum, seboleh-bolehnya, jangan tinggal. Mungkin doa Allahumma innaka ‘afuwwun karim, jangan lupa baca setiap kali lepas solat fardu, atau bacalah al-Quran ketika dalam LRT/komuter. Kalau dah pergi kerja setengah jam, balik kerja setengah jam, takkan dalam sejam tak boleh baca satu muka al-Quran. Kalau memandu kereta takkan tak boleh zikir Lailahaillallah 100 kali? 3 minit je pun. Tips-tips sebegini lebih bermanfaat berbanding terpekik terlolong dan disudahi dengan tadahan jabir.

    Maka jangan sempitkan makna Ramadhan dengan hanya tarawih, tadarus semata-mata. Sedangkan bekerja mencari rezeki juga ibadah, memasak dan membuat kerja rumah adalah ibadah, menjaga anak-anak juga adalah ibadah.

    Ramadhan bukan hanya milik orang kaya dan berkelapangan sahaja.

    Mohamed Hadi AH

  • , ,

    Selamat Jalan Atuk Weigang

    Minggu ini ialah minggu yang sukar buat bola sepak negeri Perak apabila dua tokoh utama pergi meninggalkan kita semua. Pada 9 Jun lalu Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan hari ini, 13 Jun 2017, Karl Heinz Weigang pula dijemput tuhan.

    Hal paling menarik apabila membicarakan soal kedua-dua tokoh ini ialah mereka ialah gabungan terbaik ketika kemuncak bola sepak Perak. Raja Ahmad ialah pengurus sewaktu Perak muncul juara Piala FA pada tahun 1990. Pada perlawanan berkenaan Perak menewaskan Selangor dengan jaringan 4-2.

    Lebih menarik perlawanan itu menyaksikan Perak bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menyudahkan perlawanan dengan penuh bergaya. Jika Liverpool berbangga dengan Istanbul 2005, Sejarah Piala FA 1990 ialah kebanggaan Perak.

    Karl Heinz Weigang bukan orang asing dalam bola sepak Malaysia. Siapa mampu menghalang pencapaian terbaik beliau membawa Malaysia ke pentas Olimpik 1980 di Moscow. Namun, akibat percaturan politik antarabangsa, Malaysia memboikot sukan berkenaan dan harapan skuad bola sepak kebangsaan untuk menyinar di sana tidak kesampaian.

    Raja Ahmad membawa masuk Karl Heinz Weigang ke Perak pada tahun 1997 dan hasilnya pada tahun 1998, Perak muncul juara Piala Malaysia menumpaskan Terengganu 5-3 menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

    Di waktu ini Weigang memperkenalkan muka-muka baru yang kemudian menjadi di antara pemain utama negara seperti Khalid Jamlus, V.Saravanan, Indera Putra Mahyudin dan Liew Kit Kong.

    Satu sentuhan ajaib yang pernah dilakukan Weigang ialah membawa masuk penyerang handalan dari Hungary, Laszlo Repasi untuk bersama-sama Perak. Pemilihan teliti oleh Weigang ini jelas berbaloi apabila Repasi muncul penjaring terbanyak Liga-M waktu itu dengan 19 gol dalam 14 perlawanan. Repasi hanya menyertai Perak pada pertengahan musim.

    Sentuhan ajaib Weigang sekali lagi menyinar apabila menghadiahkan Piala Malaysia seterusnya buat Perak pada tahun 2000 selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan menerusi jaringan V.Saravanan dan Khalid Jamlus.

    Weigang pernah membantu Perak mengekalkan rekod sebagai satu-satunya pasukan yang tidak pernah tersingkir di Divisyen Dua dan rekod berkenaan sehingga kini dipertahankan. Pada tahun 2014, Perak berada di ambang penyingkiran dan sentuhan magis Weigang ditagih, beliau bersetuju dan kemudian segala-galanya adalah sejarah apabila di saat-saat akhir saingan prestasi Perak kembali memuncak dan berjaya mengelak daripada tergelincir.

    Musim 2017, Weigang muncul kembali di Perak dan antara kejayaan terpenting beliau dalam tempoh singkat mengemudi pasukan ini ialah berjaya menamatkan rekod 25 perlawanan tanpa kalah JDT. Perak menewaskan pasukan berkenaan 2-1 di Ipoh.

    Karl Heinz Weigang, seorang jurulatih berwibawa yang dihormati kawan dan lawan, Perak seperti menjadi negeri keduanya dan sentiasa bersedia membantu pasukan bola sepak ini apabila diperlukan.

    Selamat jalan Atuk, semoga kita berjumpa lagi.

    Daniyal Kadir

  • , ,

    Hot

    Apa Perlu Buat Dengan Lambakan Harum Manis?

    Apabila pemasaran tidak dibuat, tak perlu kalian berharap produk terjual.

    Dalam kes Harum Manis, walau sudah bertahun ia wujud dalam negara, pasaran tetap terkuncup sekiranya tidak ada ‘reminder’ dalam bentuk iklan, review serta penerangan produk.

    Harga, kualiti, dan logistik akan ikut dapat nama. Produk pun terjual.

    Lihat bagaimana buah strawberry dari Cameron Highland.

    Ia sentiasa dapat sambutan. Di pasaraya, ada sahaja yang ditulis secara hard sell, “Strawberry Cameron, RM4.99 only!”

    Ada juga yang ditulis, Local Strawberry, RM4.99 only.

    Walau ia murah. Kualitinya rendah nak dibandingkan dengan Strawberry Korea yang harganya RM18.90 ke atas. Dari Korea, buahnya besar dan manis. Namun, yang jadi pilihan ialah yang dari Cameron.

    Harum Manis boleh sahaja dijual begitu. Walau ia bermusim, ia tetap boleh. Syaratnya semua petani / pengusaha bukan sahaja bijak menguruskan tanaman, mereka juga perlu pandai memasarkan produk, walau ia agak mahal.

    Di Pahang, apabila sampai musim Durian Musang King, ia juga begitu. Boleh dijumpai di tepi jalan sepanjang Bentong-Karak, bersepah di Bangi, malah di pasaraya besar juga ada sudah siap pek dengan harga yang agak mahal. Dan ia terjual dengan baik.

    Harum Manis juga perlu ada ejen begini.

    1. Angkut buah, jual tepi jalan di bandar. Jadikan ia sebagai buah Malaysia, bukan buah di Perlis sahaja.

    Jual di Pasar malam, pasar tani di bandar, Pekan sehari, longgokkan dengan harga mahal kalian. Beritahu yang ia merupakan harum manis.

    2. Pasang ejen untuk masuk ke dalam kedai/pasar raya. Jadikan produk Malaysia yang ada di mana-mana.

    3. Negeri Perlis sendiri, jika ini sudah dijenamakan sebagai emas di Perlis, mungkin sudah sampai masa untuk masukkan kos pemasaran di media, termasuk media sosial. Buatlah iklan pakai Mak Cin ke Mak Hang ke untuk promosi yang Harum Manis sudah masuk musim.

    Pasti menjadi.

    4. Satu lagi hal. Apabila ia barang lokal. Buatlah harga lokal. Meletakkan harga yang mahal kemudian kau nak banding dengan mangga sedap dari Thailand, susah weh.

    Orang kita, hanya faham tentang sedap dan makan sekejap. Jadi boleh fikirkan semula bab harga.

    Begitulah. Sedang Coke, Cadbury, BMW pun iklan merata-merata walau produknya laku keras di mana-mana, inikan produk kita.

    Kena remind, remind, remind. Baru orang ingat dan nak beli.

    Kau lupa tag line Qu Puteh? Sampai satu negara sebut. Itulah pemasaran.

    Dan untuk Perlis, marilah jadikan Harum Manis sebagai Buah Malaysia. Ia lebih bertambah manis nanti. Dari menanam sampai terjual, pasti semakin istimewa!

    Khairul Hakimin Muhammad,
    Peminat Harum Manis, setiap tahun beli berkotak-kotak okeh.

  • , ,

    Trending Hot Popular

    Penyakit Eksklusif Melayu-Islam

    Orang Melayu-Islam secara khususnya ada satu jenis penyakit yang dipanggil “exclusivity”. Mungkin dalam bahasa yang mudah dipanggil penyakit memonopoli hak eksklusif. Lebih senang faham lagi, tamak pada sesuatu yang bukan hak mereka.

    Sewaktu bulan puasa di Libya dulu, aku adalah lelaki Islam tunggal di dalam villa kami menetap di Tripoli. Waktu berbuka memang sangat meriah, sebab makcik pembantu rumah akan masak sedap-sedap dan kami akan makan ramai-ramai. Semua akan menunggu azan Maghrib dahulu baru akan makan. Semua akan mendahulukan aku yang berpuasa untuk mengambil makanan dan menjamah makanan sebelum diorang makan.

    Boss aku, seorang freethinker, seminggu sekali paling tidak akan membelikan aku kurma Ajwa untuk berbuka. Sebab dia kata Arab yang jual kurma tu bagitahu ini antara kurma yang bagus, maka dia belikan aku kurma Ajwa. Aku makan dan aku simpan buat stok. Sebab berlebihan.

    Hari-hari lain ada ketikanya dia akan membawa pulang air susu yang dicampur almond, yang menjadi minuman tradisi orang Libya ketika berbuka. Nikmat betul diminum sejuk, tapi itu cerita lain lah.

    Bagi yang bukan beragama Islam, kawan-kawan aku ini melihat bulan Ramadan di Libya itu sebagai sesuatu yang sangat istimewa. Selain daripada kehidupan yang separa mati, kerana sebahagian waktu siang digunakan untuk tidur dan bermalas-malasan, Ramadan juga adalah bulan yang istimewa dengan pelbagai hidangan yang luar biasa. Makcik pembantu rumah yang lengannya ada tatu ular pun akan menyediakan hidangan yang “rare” sedikit, khususnya untuk akulah, sebagai satu-satunya manusia yang berpuasa di dalam villa tersebut.

    Di Malaysia pula, setiap kali berbuka puasa di luar, aku selalu ternampak boss bukan Islam yang membawa pekerjanya, habis diangkut satu pejabat, kadangkala dengan anak isteri masing-masing datang berbuka puasa. Meriah sungguh.

    Faktor makanan adalah faktor utama yang memeriahkan mereka, kerana kau tahu sahajalah kalau buffet di hotel, makanan yang disediakan kalau boleh mahu berasal dari segenap pelusuk dunia. Peluang diambil mereka untuk bergembira dengan makanan sambil mengembirakan hati para pekerja Muslim mereka.

    Selepas berbuka mereka berhenti seketika untuk solat Maghrib atau kemudian langsung Isyak dan berterawih. Boss dan keluarga masih setia menunggu di meja. Selepas solat atau sehingga selesai terawih, mereka akan makan dan berbual semula sehinggalah waktu buffet berakhir pada jam 10 malam. Meriah.

    Sesudah selesai boss akan pergi ke cashier untuk membuat bayaran. Muka ceria senyum lebar sambil masih boleh gelak berdekah-dekah lagi. Tak pula aku jumpa lagi yang melenting meraung menjerit marah sebab satu kepala kena bayar RM188 atau RM220. Meriah. Ramadan setahun sekali.

    Bulan Ramadan ni, kau pergilah ke mana sahaja, meriahnya memang terasa. Sama ada di sebuah daerah kering di Iraq, atau pun kawasan Islam minoriti di Dubrovnik. Sebenarnya, orang bukan Islam memang terasa akan kemeriahan bulan Ramadan ini, mudahnya kerana makanan seperti yang aku ceritakan tadi, walaupun bukan daripada sudut kerohanian. Mereka tahu berlapar seharian itu, kalau bertemu makanan nikmatnya sangat unik. Apatah lagi kalau dapat mengembirakan hati orang yang berpuasa. Kau tengok sahajalah di bazar Ramadan, bukan Islam turut sama bergembira kerana makanan.

    Bukan senang kau nak berjumpa tepung pelita duduk setempat dengan martabak, berjiran pula dengan ayam percik yang sebelahnya ada orang jual air tebu. Atau pun memilih seribu satu jenis kuih yang munculnya setahun sekali sahaja, dan hanya di bulan Ramadan.

    Tahun lepas, kerajaan Jerman yang tidak bersunat itu, telah menghapuskan cukai makanan di premis menjual barang makanan dan restoran milik orang Islam. Ini untuk memastikan harga makanan terkawal dan tidak melambung tinggi pada bulan Ramadan seperti di kebanyakan negara Islam. Mereka tahu bagaimana mahu mengembirakan hati orang Islam, seperti yang aku ceritakan tadi. Mereka faham bagaimana perasaan orang yang lapar bertemu dengan makanan.

    Berkongsi kegembiraan dengan semua umat manusia ini, aku rasa tidak pernah dilarang dalam mana-mana agama sekali pun. Apatah lagi untuk yang tahu dan faham rahsia di sebalik “sekolah” Ramadan ini, yang sepatutnya penuh dengan toleransi, dengan kesabaran, dengan rasa syukur dan rasa faham dengan kesusahan mereka yang tidak mampu. Atau paling tidak menjadi medan menguji kemampuan menurunkan lemak di dalam badan.

    Kalau kau sebagai orang Islam boleh menerima konsep Islam itu sebagai universal, mengapa kau juga tidak boleh menerima pakai Ramadan sebagai universal? Jika kau boleh menerima konsep bahawa Nabi Muhammad adalah rahmat kepada seluruh alam, mengapa kau tidak boleh menerima konsep bahawa segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu juga, termasuk Ramadan di mana kau terpaksa berpuasa ini, sebagai satu rahmat untuk seluruh alam?

    Tapi itulah, pakai kopiah jadi imam, zakarnya bersunat dua tiga kali sekalipun belum tentu boleh faham tentang perkongsian kegembiraan di bulan Ramadan ini. Seperti yang aku bagitahu pada permulaan tadi, orang Melayu-Islam ini, ada penyakit “exclusivity”. Kau fikir Ramadan ini hanya milik orang Melayu. Seperti mana kau fikir perkataan “Allah” itu juga milik orang Melayu, dan lain-lain perkataan yang kau cedok daripada bahasa Arab, Sankrist dan Inggeris, adalah milik eksklusif orang Melayu.

    Kau rasa dalam Islam ini, orang Melayu adalah eksklusif kerana itu lah, Islam orang Melayu adalah yang paling betul, tepat, berkualiti dan terus masuk syurga. Kau pula melihat bukan Islam adalah sesuatu yang tidak perlu masuk dalam lingkungan kehidupan kau beragama, kerana mereka makan babi, dan kau, walaupun kau tidak sembahyang, kau minum arak dan kau tidak berpuasa tapi kau tidak makan babi. Bukan?

    Cuba bayangkan jika kau memandu, di Lebuhraya Utara Selatan untuk pulang berhari raya. Jalan penuh sesak dengan kereta, dan kau pula terlupa membawa makanan atau pun berhenti membeli minuman untuk berbuka. Sampai waktu berbuka dengan kereta yang masih lagi bergerak perlahan kau hanya ada satu kotak kecil kurma, yang kau dapat semasa pergi servis kereta sebelum balik kampung. Budak cashier bukan Islam yang bagi kurma itu mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya kepada kau, dan mengingatkan kau supaya hati-hati memandu.

    Kau ambil kurma itu dan kau jamah untuk kau berbuka puasa. Kau ada rasa bersyukur tak? Kau ada rasa terdetik nak berterima kasih tak? Kau ada rasa lega tak kerana dapat makan? Kau ingat budak cashier tu tahu ke tidak kurma yang dia bagi itu sudah menjadi satu-satunya makanan kau untuk berbuka pada hari itu? Walaupun kau tidak terbit rasa bersyukur, tidak terlintas rasa mahu berterima kasih?

    Jadi, apa masalah kau dengan menerima pemberian daripada orang bukan Islam untuk berbuka puasa? Atau sebagai tanda ingatan untuk kau yang berpuasa? Apa masalah kau dengan orang yang memberikan kurma? Atau orang bukan Islam yang menghulurkan makanan untuk orang yang berpuasa? Puasa kau cacat? Esoknya kau terus murtad?

    Pedulikan segala garis politik yang cuba dibawa oleh dua tiga biji kurma itu, kerana aku sudah menelan ratusan kurma Ajwa yang diberikan oleh seorang freethinker, dan hari ini aku masih lagi seorang Islam.

    Zulhazry Mohd Yusoff

  • , ,

    Cabaran Hidup Bersama Selepas Berkahwin

    Berubah selepas setahun?

    Sepanjang menguruskan kes, permerhatian kami mendapati :

    1) Warna sebenar pasangan dalam rumahtangga akan terdedah seawal seminggu dan selewat-lewatnya 3 bulan selepas berkahwin.

    Sanguine yang mempunyai kelemahan yang jelas mengikut pemerhatian kami berpotensi untuk mendedahkan ‘the true color’ lebih awal jika dibandingkan dengan melancholy yang selalu menyembunyikan fikirannya.

    2) Kecenderungan untuk mengawal perubahan sikap pasangan adalah berdasarkan personaliti mana yang lebih berkuasa.

    Contohnya si isteri yang choleric (bersifat tegas) akan mengawal suami yang phlegmatic (bersifat mengikut sahaja).

    3) 90 peratus pasangan yang baru berkahwin menghadapi masalah untuk menyesuaikan kehidupan diri sendiri dengan pasangan masing-masing.

    Phlegmatic mungkin agak mudah menerima corak kehidupan pasangannya namun personaliti yang lain agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan phlegmatic.

    4) Ini pula dapatan yang sangat mengejutkan!

    Kebanyakan personaliti yang tidak mampu menyesuaikan diri dengan corak kehidupan pasangan berkecenderungan untuk mendedahkan perasaan tidak puas hati mereka di medium sosial peribadi. Facebook yang paling banyak.

    Ini biasanya berlaku selepas setahun perkahwinan.

    Masalah rumah tangga ini boleh dikesan melalui beberapa corak penulisan :

    A. Mendedahkan perasaan tidak puas hati kepada pasangan atau isu yang ada kaitan dengan masalah tersebut.

    B. Penulisan tentang keluarga agak berlainan dengan corak penulisan di awal perkahwinan dan selalunya terselit dengan emosi negatif.

    C. Kecenderungan beberapa personaliti untuk mencari semula orang-orang penting (yang ada sentimental value) dalam kehidupan sebelum perkahwinan.

    Di sini dapat dijelaskan kenapa si isteri atau suami yang kembali mencari pasangan cinta lama dengan niat awal untuk berkongsi masalah tetapi akhirnya timbul masalah lain pula.

    Masalah ini boleh berlaku kepada mana-mana personaliti.

    Inilah sebahagian dapatan yang diperolehi oleh kami. Ia bukan bersifat mutlak dan masih banyak kekurangan yang perlu dibahaskan.

    Namun kita perlu berubah sekarang. Belajar memahami diri anda dan pasangan anda. Jangan tunggu selepas setahun dan anda akan dipaksa untuk berubah ke arah yang tidak disukai!!

    Semoga kita mendapat sedikit pencerahan.

     

    Iimran Za
  • , ,

    CPR Hanya Guna Mulut?

    Tengah seronok membeli belah di Kota Raya, tiba – tiba nampak seorang pakcik berumur 60an rebah tak sedarkan diri. Tangannya mencengkam dada.

    Apa nak buat?
    A. Panggil bantuan orang ramai untuk menghubungi 999.
    B. Keluarkan telefon bimbit dan rakam video untuk Facebook Live.
    C. Pandang tempat lain. Buat – buat tak nampak dan sambung membeli belah di kedai lain.

    Hah? Cepat pilih jawapan yang jujur.
    Harap harap jawapan anda A: panggil bantuan.

    Tapi apa nak buat sementara tunggu ambulans? Dengan jalan ‘jam’ & pemandu Malaysia yang gemar menggunakan lorong kecemasan, pasti agak lama sebelum ambulans sampai.

    Pasti anda pernah lihat di kaca TV pelakon tampan seperti David Hasselhoff melalukan cardiopulmonary resuscitation (CPR).

    “Tapi saya geli nak buat ‘cium – cium’ di khalayak ramai. Takut ada penyakit berjangkit pula.”

    ‘Cium – cium’ yang dimaksudkan adalah mouth to mouth ventilation. Bukan cium semata mata, tapi memberikan bantuan nafas.

    Kalau geli atau risaukan jangkitan kuman, jangan risau. Jangan menjadikan ia sebab untuk tidak membantu mangsa. Bantuan CPR awal, meningkatkan kebarangkalian mangsa selamat (increase chances of survival).

    Lakukan HANDS ONLY CPR. Hanya gunakan tangan tanpa pernafasan mulut ke mulut. Bagaimana caranya?

    1. Keadaan sekeliling perlulah selamat. Pastikan diri anda dalam keadaan selamat terutamanya. Jika mangsa di tempat yang bahaya, bawa mangsa ke tempat yang selamat. (DANGER)

    2. Tepuk bahu mangsa dan panggil mereka dengan kuat. Ini bertujuan mengenalpasti jika mangsa mempunyai tindak balas. Pada masa yang sama lihat jika mangsa bernafas dalam tempoh 10 saat. (RESPONSE)

    3. Jika mangsa tidak bernafas atau tidak memberi tindak balas, panggil ambulans dengan membuat panggilan ke talian 999 dan minta dapatkan AED (Automated External Defibrillator). (SEND FOR HELP)

    4. Letakkan tangan anda dalam genggaman (tangan dominan menggegam tangan bukan dominan) di tengah dada atau bahagian bawah tulang dada (lower half of sternum).

    5. Tekan dada mangsa sedalam 5-6cm atau 2 inci. Pastikan dada kembali semula ke keadaan asal selepas setiap tekanan dada. (Allow complete chest recoil).

    6. Tekan dada pada kadar 100 hingga 120 seminit. Jika lihat kempen di US dan UK, mereka menggunakan tempo lagu Staying Alive dari Bee Gees. Jika ada cadangan lagu Malaysia, sila letakkan cadangan di ruang komen.

    7. Jangan berhenti menekan dada mangsa sehingga ambulans tiba. Jika ada orang lain bersama anda, lakukan tekanan dada ini secara bergilir bagi mengelakkan keletihan dan kepenatan yang akan mengurangkan kualiti tekanan dada.

    Chain of Survival: pengesanan awal kejadian cardiac arrest dan permulaan awal CPR meningkat peluang mangsa selamat

    Boleh ingatkan langkah – langkah ini?
    Mana yang dah ada sijil Basic Life Support tu, sila buat betul betul ya. Ikut langkah DRSABCD. Hands only CPR ini, untuk orang awam. Sekurang – kurangnya tidak lah duduk melangut sahaja.

    Boleh kan? Anda boleh menyelamatkan nyawa. Semuanya di tangan anda.

    Aturan (sequence) D-R-S-A-B-C-D dalam Basic Life Support

     

    Kedudukan tangan untuk tekanan dada (chest compression).

     

    http://www.nhs.uk/video/Pages/vinnie-jones-how-to-perform-cpr.aspx
    Link untuk kempen Hands only CPR oleh British Heart Association yang menggunakan rentak lagu Staying Alive oleh Bee Gees

     

    Ahmad Firdaus

  • ,

    11 Memori Ramadan Yang Hampir Sama Dengan Semua Rakyat Malaysia

    Duduk-duduk tepi jalan sebelah petang sambil menunggu pelanggan beli kuih muih kami, teringat pula pada bulan puasa zaman kanak-kanak dulu. Seronoknya bukan kepalang. Nak dibezakan dengan zaman sekarang cukup jauh berbeza.

    Masa tu mana ada facebook, youtube, wechat dan KLCC. Jadi hidup kami memang banyak masanya bersama keluarga dan kawan-kawan.

    Antara yang diingati ialah:

    1. Sahur sama-sama adik beradik dan mak ayah.

    Hui, ni masa emas. Sekarang kalau nak dapat cukup susah nak kumpulkan semua. Bila dapat pun, entah-entah ada yang dah beristirehat di alam lain. Masa dulu ni lah masa nak dengar mak terjerit panggil sorang-sorang nama anaknya. Yang peliknya, memang mak je kan biasa sedar bangun sahur ni.

    Abah pula bila kita bangun rupanya dia senyap-senyap tengah makan kat meja dapur. Haha.

    2. Sesi ngaji ramai-ramai adik beradik.

    Dah siap makan sahur sementara nunggu azan subuh kita pun pakat ngaji ramai-ramai. Berlumba-lumba siapa khatam dulu. Main tipu ada juga. Rasa macam kena tinggal jauh, selak lebih sikit muka surat Quran tu kahkah.

    3. Waktu imsak.

    Masa nak nunggu waktu imsak masuk, semua jadi ustaz dan ustazah. Ya lah, waktu tu mana tahu waktu imsak tu waktu berhati-hati. Pantang terlebih waktu imsak, tengok siapa yang masih makan atau minum. Kalau ada terus kita isytihar batallah puasanya. Pandang je ke jam. Huhu. Tak sabar keluarkan fatwa.

    4. Sesi borak sesama ahli keluarga.

    Lepas siap sahur, ngaji dan solat subuh maka tibalah sesi ni. Abah biasa jarang turut serta. Biasa dia suka duduk di sejadah atau di masjid solat subuh atau dah sambung tidur hihi. Tinggal lah kita adik beradik bercerita macam-macam.

    Mak lah yang melayan sampai habis. Pasal sekolah, kawan, cikgu, saudara mara dan hari raya. Inilah facebook kita zaman dulu.

    5. Waktu sunyi.

    Ia berlaku selepas siap sesi borak-borak. Biasa mula jam 7.30 pagi sampailah 10 ke 11 pagi. Yang dengar hanya bunyi di dapur. Mak setia berjaga nak buat kuih raya. Yang lain dah terpukang atas katil, lantai dan kerusi untuk tidur sepuas-puasnya.

    Mandi pun tak sempat. Silap-silap siapa yang tak tidur masa tu memang nyesallah tak dapat tidur, tak ada aktiviti boleh buat. Duduk termenung aje lah layan perasaan.

    6. Waktu nazak.

    Aduh, tengahari. Panas. Tekak kering. Rasa nak berbuka je. Kita dulu mana tahu kecil-kecil mak ayah tak boleh paksa anak-anak puasa. Yang tahu puasa tu wajib untuk semua orang Islam. Tinggal puasa kena ganti jawabnya.

    Ya lah, masa kita kecil-kecil mana nak tanya apa-apa kat orang tua kita, patuh dan taat atas semua arahan dan kata-kata mereka.

    Bila kita cakap tak daya dah, mesti mak atau ayah akan cakap “Tak lama dah, sikit je lagi”. Padahal jam baru pukul 2 petang. Huhu.

    Mak ayah kita sebolehnya umur 5 tahun dah suruh puasa. Lepas tu berlawan dengan jiran tanya anak dah tinggal berapa hari puasa. Kahkah.

    7. Drama Rumah Kedai.

    Sungguh aku kata, inilah drama terbaik bulan Ramadan yang tak boleh lawan sampai sekarang. Masa ni semua tak nak main basikal. Tak nak panjat pokok. Tak nak jumpa kawan. Pakat berkumpul depan tv takde remote. Suka sangat tengok.

    Petang-petang layan sampai episod terakhir. Kalau miss sehari, ibarat Ramadan tak lengkaplah tahun tu. Khurafat betul. Kihkih.

    8. Ronda keliling kampung.

    Ni selepas habis tengok Rumah Kedai. Dah petang-petang sangat naiklah motor keliling kampung. Tengok geng-geng abang besar meronda sambil berkonvoi sedap je. Macam best je dapat gitu. Tapi kita masa tu tak pandai bawa motor lagi. Duduk aje lah di belakang atau dalam raga motor kat depan. Kahkah.

    9. Waktu paling sibuk.

    Masa nak sediakan juadah berbuka. Masa ni dia punya dapur tu macam kat Chow Kit. Sibuk bukan main. Janganlah masuk tak tentu pasal, memang kena sembur ngan suara Lata Mangeshkar lah kau jawabnya.

    Bila nak berbuka, berbaris ramai-ramai ambil nasi. Paling tenang abahlah, menghadap je semua dah sedia depan mata.

    Bila dah buka semua diam menghadap makanan. Kalau ada pun yang mulut riuh itulah yang selalu ajak berborak.

    10. Kuah kacang.

    Ni mesti ada. Boleh kata tiap-tiap hari. Setiap keluarga pasti ada makanan istimewa dia. Kalau keluarga kami, inilah dia. Baik waktu berbuka ataupun bersahur. Mesti ada mak buatkan. Ada masa buka puasa cuma hirup kuah kacang je.

    Ya Tuhan, sedap sangat!

    Kau apa tahu, risau sangat naik jerawatlah kutillah apalah. Aku ni pasal kuah kacanglah antara yang mengekalkan kekacakan diri sampai sekarang.

    11. Solat tarawih.

    Masa ni memang meriah. Masjid penuh. Budak-budak pun penuh. Dapat hari baik, kami solat tarawih ekspres. Tak ikut imam. Solat sendiri-sendiri kat belakang. Sebab nak cepat keluar masjid main mercun. Sebab tu sekarang aku marah kau orang budak kecil main mercun kawasan masjid. Bising kau tahu tak!

    Bila dah siap main, cepat-cepat masuk masjid. Dah rakaat terakhir witir, imam pun dah duduk tahiyat akhir. Kami cepat-cepat juga duduk tahiyat akhir. Penuh je kat belakang geng-geng main mercun duduk tahiyat akhir. Baik je muka semua. Bila bagi salam semua senyum ke kawan-kawan. Kahkah.

    Itulah sedikit sebanyak kenangan dulu-dulu. Kalau boleh dikembalikan, memang nak dikembalikan semua masa tu. Lalui dan buat puas-puas sekali lagi. Tapi tak dapatnya. Tuhan dah bagi sekali masa untuk kita lalui zaman kanak-kanak tu.

    Selebihnya pandai-pandailah kau orang tambah kenangan tu. Makin diingat kenangan dulu-dulu, makin banyak pula lori lalu. Lori lalu sampai berhabuk-habuk masuk ke mata. Pedih pula jadinya. Huhu.

    Kau orang yang nak merasa berbuka dengan adik beradik, mak dan ayah tu sempat lagi. Pakat-pakatlah. Cuti ni baliklah. Biar habis sikit duit, yang penting silaturrahim kekal berpanjangan tak berputus.

    Kalau ada yang keruh, jernihkanlah. Biar mak dan ayah tersenyum manis tengok semua anak-anaknya dapat berkumpul kembali bersama. Pasti keriuhan zaman kanak-kanak kita kembali, walau dalam suasana yang berbeza!

     

    Ws Adli W Muhammad
  • , ,

    Cara Menunaikan Solat Tahajud Untuk Noob

    Kedapatan ramai yang bertanyakan saya tentang bagaimana untuk solat tahajud. Apakah ada cara tertentu daripada mula bangun tidur sehingga selesai mengerjakan tahajud?

    Saya pun tak berapa pandai, tapi saya temukan antara perkara sunnah yang diceritakan dalam hadis yang boleh kita amalkan. Semoga bermanfaat.

    1. Bangun daripada tidur dan duduk bukan terus berjogging atau mencari telefon atau membuka Facebook dan update ‘done bangun sedia untuk tahajud’.

    2. Menggosok mata kesan tidur.

    3. Membaca doa bangun daripada tidur. Kalau tak tahu, boleh cuba tanya anak-anak. Depa kebanyakannya ingat dan tahu. Kita bukan tak tahu, kita terlupa je. Bukan membaca newsfeed daripada Facebook atau membaca buku teks Alam dan Manusia.

    4. Baca 10 ayat akhir daripada surah Al Imran, Al Quran.

    5. Mencuci tangan kerana kita tidak pernah tahu di mana letaknya tangan ketika tidur. Lainlah kau ada CCTV.

    6. Bersiwak/Gosok gigi/Berwuduk/ Mandi junub yang mana terlebih baik buat kita. Juga tidak perlu diupdate di Facebook. ‘Done mandi junub’.

    7. Solat tahajud seperti yang Rasulullah SAW ajarkan. Solat 2 rakaat atau 4 atau 6 atau 8 dan disudahi dengan witir 1 atau 3 atau 5 rakaat.

    8. Beristighfar. Memohon keampunan daripada Allah. Yelah, kita manusia yang dijadikan dengan penuh dosa. Maka, kena sedar diri dan cepat-cepat bertaubat. Mati tidak pernah ada tarikhnya buat kita.

    9. Membaca Al Quran dengan penuh kefahaman dan tadabbur. Tak tahu? Tak faham Al Quran? boleh belajar weh.

    10. Jangan buat sendiri sahaja. Ajak kaum keluarga juga. Ajak isteri. Ajak suami. Ajak anak-anak. Ajak mak ayah. Ajak orang dalam FB ni. Kita sama-sama hidupkan malam.

    Allah SWT berfirman dalam Al Quran pada surah Al-Isra’ ayat: 79 yang bermaksud: “Dan dari itu hendaklah engkau gunakan sebahagian waktu malam itu untuk melaksanakan solat tahajud, sebagai solat sunnah untuk dirimu, mudah-mudahan Tuhan akan membangkitkan engkau pada kedudukan yang terpuji”.

    Tak best lagi macam tu janji Tuhan?

    ikhlas,
    Lutfi Lokman
    #mutalis kuat tidur.

    P/s : sila semak dan rujuk dengan ustaz masing-masing jika ada kekeliruan dan pertanyaan.

  • , ,

    Vitamin Di Bulan Ramadan

    Bulan Ramadan sering dijadikan medan manusia yang berpuasa untuk mengamalkan gaya pemakanan seimbang walaupun apabila tiba di bazar Ramadan di sebelah petang niat itu nampaknya sudah tidak lagi seimbang. Ramai juga dalam kalangan kita menganggap wujud keperluan untuk mendapatkan vitamin atau sebarang mineral tambahan bagi menguatkan tubuh untuk beribadah di sepanjang bulan ini.

    Jika kau terfikir untuk mengambil sebarang vitamin atau mineral tambahan, beberapa perkara penting harus kau fikirkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

    Sebarang vitamin atau mineral tambahan diperlukan jika kau mengalami masalah kekurangan nutrisi dalam badan atau mungkin kau mengamalkan gaya pemakanan yang tidak mengikut aturan sewajarnya. Namun, jika kau mengambil vitamin atau mineral secara semulajadi melalui amalan pemakanan sihat, maka sebarang keperluan tambahan adalah pada tahap minima.

    Pengambilan vitamin atau mineral tambahan ini adalah berbeza mengikut umur, tahap kesihatan, jantina, keadaan tubuh dan sebagainya. Misalnya golongan berusia 50 tahun ke atas disarankan untuk mengambil vitamin B12. Manakala wanita mengandung pula digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi zat besi tinggi dan sebarang makanan sihat yang mengandungi vitamin C. Pengambilan Folic Acid juga penting untuk golongan wanita seperti ini.

    Golongan warga tua, kalangan manusia berkulit gelap dan mereka yang kurang terdedah kepada cahaya matahari perlu mengambil lebih vitamin D.

    Walaupun wujud keperluan terhadap vitamin atau mineral tambahan ini, kita perlu sentiasa beringat bahawa kedua-duanya bukanlah pengganti kepada diet seimbang yang menjadi keperluan wajib setiap manusia. Keperluan pengambilan vitamin dan mineral secara semulajadi adalah lebih penting untuk melindungi kesihatan kau.

    Sebelum kita mengambil sebarang vitamin atau mineral tambahan, wujud keperluan untuk berbincang dengan doktor berhubung keperluan pemakanan kau. Beberapa perkara yang perlu difikirkan termasuk kekerapan pengambilan makanan kau, halangan dalam diet atau sebarang alergi kau terhadap sesetengah makanan dan sebagainya.

    Keperluan untuk berbincang dengan doktor sebelum kau mengambil apa-apa vitamin atau mineral adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan yang berlaku malah kesan sampingan ini boleh memberi kesan buruk jika kau tidak mendapat maklumat awal dan sewajarnya.

    Selepas mendapat maklumat lengkap dari doktor, kau juga boleh merujuk hal berkaitan keperluan pemakanan vitamin dan mineral tambahan ini daripada ahli farmasi dan pakar pemakanan yang bertauliah. Selain itu, kau juga boleh melawati laman web yang banyak menyediakan maklumat berguna berkaitan hal ini seperti MedlinePlus.

    Jika kau mengambil sebarang vitamin atau mineral tambahan dan kemudian kau dapat merasakan sebarang perubahan atau kesan sampingan yang berlaku kau harus dengan segera berhenti daripada mengambil vitamin atau mineral tambahan itu. Langkah berikutnya sudah tentu kau perlu mendapatkan rawatan perubatan secara profesional.

    Kesimpulannya, keperluan paling penting ialah diet seimbang dan semulajadi wajar dijadikan amalan dan jika wujud keperluan untuk pengambilan vitamin atau mineral tambahan, maka rujuk kepada doktor, ahli farmasi dan pakar pemakanan bertauliah sebelum membuat keputusan. Selamat berpuasa sehingga ke penghujung.

     

    Daniyal Kadir
  • , ,

    Kisah Keli Dan Kura-Kura Serta Kaitannya Dengan Buli Di Negara Kita

    Di depan bakery saya ada taman rekreasi yang ada tasik besar. Di dalam tasik tu ada banyak ikan keli. Ikan karp dan kura-kura.

    Ikan kelinya ya ampun, besar-besar sangat. Ada yang sebesar dan sepanjang betis orang dewasa. Gemuk-gemuk. Saya pernah bagi ikan-ikan ni makan. Sekali saya campak roti-roti ke dalam tasik, berkerumun ikan-ikan ni datang berebut makanan.

    Seperti biasa ikut hukum binatang, yang gagah dan besar akan kenyang. Yang kecil dan lemah akan ketinggalan. Paling saya kesian ialah kura-kura.

    Dengan pergerakan yang perlahan, geng kura-kura ni memang jarang sekali dapat peluang untuk mendapat makanan yang saya campakkan itu.

    Semuanya disambar oleh ikan-ikan keli hitam yang besar dan gagah. Saya terpaksa mencampakkan jauh daripada gerombolan ikan-ikan keli besar ni untuk memberi peluang kura-kura ni merasa rezekinya.

    Kesian kura-kura yang lemah.

    Tadi, dalam perjalanan ke bank, saya terserempak dengan seekor kura-kura yang sedang melintas jalan dengan lemah sekali. Jaraknya kira-kira 500 meter dari tasik yang penuh dengan ikan-ikan keli ganas tu. Seberang jalan tu adalah Masjid Hussein.

    Ada dua buah kereta hampir melanggar kura-kura tersebut. Saya tak sampai hati. Saya berhentikan kereta. Turun dan angkat kura-kura lemah tu. Niat saya nak masukkan dia semula ke dalam tasik.

    Tetapi memandangkan saya parking kereta di tengah-tengah jalan dan tidak mematikan enjin kereta, saya serahkan kura-kura tu kepada guard yang ada di situ.

    “Bang, tolong lepaskan balik kurakura ni dalam tasik boleh tak? Tersesat rasanya ni. Kesian dia,” kata saya.

    Pak guard kata ok dan saya terus ke kereta. Tetapi, sepanjang perjalanan saya ke bank dan sehingga ke saat ini, saya sangat terganggu dengan tindakan saya menolong kura-kura itu.

    Adakah ia satu tindakan yang betul? Mengembalikan dia ke tasik yang penuh dengan keganasan keli-keli besar tu. Kembali ke tasik yang walaupun makanan banyak dicampakkan manusia, hanya keli ganas yang berpeluang dapat.

    Geng kura-kura lemah hanya menjadi mangsa pijak untuk keli mengaut rezekinya.

    Dan lebih membuatkan saya rasa bersalah adalah apabila saya kaitkan nasib kura-kura ini dengan apa yang berlaku pada pelajar-pelajar asrama yang menerima nasib malang dibuli, dipijak dan didera semasa hidup di asrama.

    Saya sangat tak suka perasaan ini. Saya seperti mahu patah balik mencari kura-kura yang dah bersusah payah naik ke darat itu. Meletakkan dia semula di atas jalan dan membiarkan dia bebas daripada keli-keli jahat di tasik.

    Saya membayangkan dalam keadaan lambat itu dia berusaha keras untuk naik ke darat. Melarikan diri daripada kejahatan keli-keli ganas.

    Dia berjaya pergi begitu jauh, tetapi manusia yang bernama Zalina ni mengembalikan dia semula ke tasik itu. Sebab manusia ini merasakan dia lebih layak di sana.

    Maka kembalilah kura-kura ke tasik itu. Hidup bersama keli-keli jahat yang hidup atas hukum binatang – yang lemah harus bersedia untuk dipijak kepalanya. Harus sedar diri di mana kedudukan kau sebagai kelompok yang lemah. Jangan banyak merungut walaupun kepala dipijak hari-hari.

    Kesian kura-kura tu. Saya masih rasa menyesal sampai sekarang.

    Zalina Yahaya

    Mengenang pemergian Zulfarhan Osman Zulkarnain dan mereka yang pernah menjadi mangsa kepada kehidupan berasaskan hukum binatang.

  • , ,

    Bagaimana Mangsa Buli Boleh Menjadi Raksasa

    Akhirnya, saya jumpa juga di Google. Inilah design buaian yang sama dengan kisah saya dibuli dulu sewaktu kecil. Tangan saya dihulur keluar di ruang (anak panah) itu, lantas pembuli beramai-ramai melompat di tempat duduk lagi satu. Lalu, tangan saya dipatahkan, bersama hilai tawa mereka.

    Saya terlentang, memandang langit. Meraung semahunya. Melihatkan keadaan saya waktu itu, para pembuli meluru balik ke rumah masing-masing kerana cemas.

    Akhirnya, tinggal saya seorang. Dalam keadaan siku yang longlai. Tangan saya lembik. Saya terus menangis dengan kuat.

    Syukur. Tidak lama kemudian, datang seorang jiran yang terdengar jeritan saya. Saya dapat bantuan daripadanya.

    Pengalaman hitam itu, tidak berakhir di situ.

    Setiap kali pulang dari Tadika Al-Arqam, setiap hari, ya, setiap hari, para pembuli ini pasti menunggu saya di luar pagar. Ada saja ideanya untuk menyeksa fizikal dan mental saya.

    Mereka akan berlakon seolah kami ni rakan baik, pegang bahu saya dan saling tertawa. Kemudian, saya diheret ke lorong belakang rumah (backstreet), untuk dibuli.

    Antara yang masih saya ingat. Tangan saya pernah diikat di tiang papan gelongsor, dan perut saya diterajang berkali-kali.

    Ada sekali tu, mereka patahkan batang tebu kering, dan melibas saya. Dalam banyak pengalaman, inilah yang paling saya ingati, kerana inilah detik saya pertahankan diri. Entah dari mana kekuatan diri ni datang, sebab dah tak tahan sangat kena bantai, lalu saya patahkan batang tebu masak, dan melawan balik.

    Walau saya hampir kalah jua, syukur saya diselamatkan oleh sergahan pakcik saya, Pakcat. – Itupun pakcik saya ingat, kami sedang bergurau pada asalnya, dan menyangka saya yang over-react kepada mereka. (Dia datang di saat scene saya melibas, bukan scene saya dibantai).

    Saya tak ingat apa sebab saya dibuli rakan sebaya masa tu.

    Tapi, daripada tiga orang, dua daripadanya adalah anak ustazah. Saya masih ingat namanya sehingga kini. Seorang H. Dan seorang A.

    Ibu dan ayah tidak tahu langsung saya dibuli, lagi pula mereka setiap pagi perlu ke tempat kerja. Adik-adik saya yang kecil pula dijaga oleh orang gaji.

    Saya masa tu, tak sedar langsung, kenapa saya tak laporkan hal ni kepada ibu bapa. Mungkin, sebab saya rasakan jawatan “Anak Ustazah” tu terlalu mulia, dan saya yang naif waktu itu, menyangka diri saya memang ‘deserve’ to be bullied.

    Tuan-tuan.

    Ini adalah satu khianat sosial paling besar terhadap seorang mangsa buli. Kerana kekuatan estim dirinya telah hilang, sampaikan muncul sikap terasa diri ‘deserve’ to be bullied; inilah seteruk-teruk penderaan. Psychological threat.

    Ada satu lagi bencana yang berlaku terhadap saya, selepas melalui hari-hari hitam yang panjang.

    Baca sambungan ini…

    Setelah dua tahun alami kisah hitam tu, saya dan para pembuli berpisah, kerana beralih ke sekolah rendah. Sekolah kami berdekatan namun masih di daerah yang sama.

    Saya bersyukur Allah cepatkan ketinggian saya. Dalam masa sama, saya cepat matang, dan berani. Saya begitu pantas membesar menjadi leader.

    Saya kepalai anak-anak di taman perumahan kami. Kami bina markas sendiri, di situlah kami bertemu dan bermain. Idea “Nak main apa kita hari ni?”, mereka sering harapkan saya yang menjawabnya.

    Pantang besar, kalau saya dapati ada rakan kami dibuli oleh anak taman yang lain. Saya akan ketuai rancangan balas dendam yang teliti. Kami akan berperang. Serang hendap dari belakang bukit. Bersenjata kayu dan batu. Ada sekali tu, mercun bola dibakar dengan sumbu panjang, dengan bot mainan kayu, kami alirkan mercun tadi ke laluan longkang, ke arah markas musuh.

    Ada sekali tu, kami menyelinap di balik bukit, nantikan bas sekolah musuh kami lalu di situ. Lalu berlakulah perang hujan batu.

    Selain saya bergerak berkumpulan. Saya juga bergerak solo. Di mana kepimpinan saya diketahui oleh sekumpulan anak dari taman lain. Mereka perlukan bantuan saya. Jauh tu jarak antara Jalan Perjiranan dan Taman Rinting.

    Sesekali pergi melawat sepupu di Taman Kobena, JB, tu pun nak jugak abang ni datang backup. Sepupu saya dibuli di sana.

    Lebih dahsyat, kami pernah ada wujudkan kumpulan penyiasat sendiri. Kerana terpengaruh dengan Lima Penyiasat Sekawan, Enid Blyton, saya mengajak tim kami tumpaskan edaran dadah di kawasan perumahan kami. Kami pernah hancurkan markas dadah. Bakar. Curi, tanam, dan hancurkan jarum-jarum suntik. Bahayanya kerja kami masa itu, sampaikan adik saya hampir diculik oleh pengedar. (Ini cerita lain yang panjang)

    Masa tu, saya tak sedar, betapa dahsyatnya perubahan diri saya waktu itu. (Bila dah dewasa, baru saya terfikir akan hal ini.) Saya menjadi lebih buas. Saya tidak tahu The Power of Forgiveness. Saya tak kenal erti karma, atau takdir. Saya cuma faham satu perkara, “Api dibalas api. Air dibalas Air.” Yang saya tahu, mangsa buli perlu pembelaan. Saya anggap semua orang layak menjadi leader, dan para pembuli adalah “The Worse Leader.”

    Masa itu, apa yang berlaku kepada para pembuli saya yang terdahulu? Mana pergi H? dan A?

    Setelah mendapat ‘kuasa’, saya menjejak H dan A ke lubang cacing. Saya pernah minta rakan-rakan mencari juga.

    Ada satu hari tu, saya ada menyertai satu pertandingan di sebuah sekolah berhampiran. Pertandingan peringkat Zon. Saya dapat berita, H ada bersekolah di situ. Saya sempat terserempak dengan H sewaktu di kantin. Aku dah macam harimau lapar masa tu. Dendam lama aku pun muncul, hati mendidih, kalau bukan kerana ramainya orang, aku mungkin dah lama terbang tendang je perut kau kat situ, kan. (Eh, TER’aku-aku’ pulak).

    Si H ni masa nampak saya, dia dah macam cacing kepanasan. Mundar-mandir. Saya tahu dia kenal betul dengan wajah saya. Pelanduk takkan lupa dengan perangkap. Ini bukan pelanduk yang dulu. Yang jelas, tubuh saya lebih tinggi dari si H. Termasuk tingginya estim saya untuk menang saat itu.

    Saya dan rakan-rakan, merancang untuk menculik si H ni bila dah habis pertandingan. Pintu pagar depan belakang kena jaga. Namun sedih sekali, si H ni telah hilang dari radar. Kami gagal mencarinya.

    Tuan-tuan,

    Saya sampai sekarang, jujur, walau sudahpun besar, sudahpun beristeri dan punyai anak, jauh di lubuk hati ini, masih berdendam dengan Si H dan A.

    Tak payahlah nak bajet-bajet suci nak nasihat aku, “Maafkanlah dia…” “Lupakanlah kisah lama…” “Ala… kau dah besar, bro. Chill lah.”

    Anda tak tahu, apa yang telah dilalui oleh mangsa buli. Lebih menakutkan, jika si mangsa cenderung menjadi raksasa. Dalam statistik pun jelas menunjukkan, banyak jenayah berpunca daripada si penjenayah yang berasal daripada pengalaman menjadi mangsa.

    Saya cukup bersyukur, kerana saya dihadiahkan pengalaman ditampar Ustaz, berpusing, rebah ke lantai, yang akhirnya saya menjadi Al Irfan Jani yang baru. (Ustaz Fakih, saya ingat lagi nama dia. Semoga beliau dirahmati Allah sentiasa. Ok ni cerita lain.)

    Mangsa, adalah orang paling layak ditanyakan, “Salah siapa sebenarnya?”

    Menjadi bapa, sebuah hal yang amat menakutkan bagi saya, apatah lagi Al-Amin tak lama lagi akan masuk sekolah tahun depan.

    Apa yang saya takutkan?

    Saya tidak pernah bimbang jika anak saya dibuli. Sungguh. Kerana ia menjadikan saya sehingga kini. Namun, saya paling takutkan, jika anak saya menjadi PEMBULI.

    Semua ibu bapa, perlu pantau keadaan anak-anaknya sewaktu tidak bersama. Kita perlukan ‘mata-mata’ atau ‘spy’ yang terlantik. Siapakah ‘Spy’ tidak berupah ini?

    Jawapannya, JEMAAH.

    Hidup berkeluarga tanpa jemaah, menjadikan ‘Aku, semakin Aku.’

    Saya pernah ceritakan kenangan hitam ini pada seorang Sensei di Jepun dulu. Dan saya nyatakan ketakutan saya ini, “Takut anak saya jadi PEMBULI.”

    Sensei saya ajar, kita sebagai mak ayah, kena selalu jemput kawan-kawan anak kita bertandang ke rumah. Ayah kena kenal kawan-kawan anaknya. Ayah kena tanya pandangan kawan-kawan anaknya, mengenai siapakah anaknya (jangan tanya berdepan anaklah). Menurut sensei saya, ini antara tips yang diberi oleh Jabatan Sosial. Masyarakat Jepun juga tidak kurang hebatnya dengan budaya buli, bagi yang belum tahu.

    Satu hal yang saya sedari.

    Mereka yang membuli, kalau kita perasan, hidup mereka tiada senang di muka bumi.

    Contohnya, saya tercari-cari Senior S ni, yang dulunya pernah membuli kami. Sewaktu di asrama lelaki, kami pelajar lelaki Tingkatan 4 disusun secara sisi. Dari hujung koridor sampai ke hujung satu lagi. Senior S ini menumbuk dada kami, seorang demi seorang. Alasannya, “Hari ni aku stres studi, jadi aku tak puas hati dengan korang semua.”

    Kini, apa yang berlaku oleh Senior S ini? Wallahu alam. Saya pasti tidak keruan hidupnya dibelenggu rasa bersalah, hadapi doa-doa laknat dari para mangsa. Lebih risaukan dia, andai mangsa ada yang telah pergi menghadap Allah lebih dahulu.

    Macam mana nak minta maaf?

    Allah, mendengar sayu pinta Hamba-Nya yang dikhianati.

    Buat para ayah ibu, jangan risau andai anak anda dibuli. Namun, risaulah dengan lebih, jika anak kita yang jadi pembuli.

    Kerana, anak yang jadi pembuli juga adalah mangsa.
    Dan, mangsa, lahir dari raksasa.
    Adakah anda raksasa itu?

    Al Irfan Jani

  • , ,

    Sebelum Berniat Nak Viral, Buat Ini Dahulu

    Tahun ini merupakan tahun ke-11 Facebook merajai aplikasi sosial media di negara kita. Bermula pada tahun 2004 di California, Amerika Syarikat, kemudiannya membuat pecutan ke semua negara di dunia bermula pada 2006, Facebook terus sahaja mendapat kepercayaan penuh dari semua manusia, syarikat serta semua pertubuhan yang mahukan hubungan yang dibina atas talian ini.

    Dikatakan, di negara kita sudah ada 21.2 juta akaun telah dibina. Dan kita tersenarai antara negara paling aktif menggunakan medan itu untuk bersembang, bersosial, berinteraksi malah untuk memenuhkan poket sendiri.

    Antara perkara rumit yang berlaku di dalam menggunakan Facebook ialah kepenggunaan yang dibuat oleh segelintir manusia untuk menjadikan perjuangan mereka di laman sosial ini adalah sekadar memaklumkan mereka bukan berada dalam dimensi sebenar manusia.

    Ini sukar.

    Pada tahun 2006-2008, jika kalian masih ingat, Wall Facebook digunakan sekadar untuk meluah perasaan. Maka bermulalah era menutup wajah para bos-bos, keluarga serta mana kawan-kawan yang tidak sekepala untuk dibantai hidup-hidup secara tikam belakang. Habis semua dicanang kemudiannya dijadikan pemuas hati setiap manusia.

    Pada tahun 2009-2012, bermula era perniagaan yang dibawa ke dalam medan ini. Facebook dijadikan ruang untuk mendapatkan wang dengan mudah. Letak sahaja produk, harga serta detail-detail.

    Maka rancaklah aktiviti kalian. Apabila Page dibina oleh Facebook dan semakin lama semakin disukai, maka Facebook juga mengetatkan kawalan yang mana semua Page yang dibina perlu menggunakan FBAds untuk mendapatkan reach dan engagement.

    Pada penghujung 2012, bermula era Viral. Era ini era ketakutan berlawan dengan era kehebatan. Siapa rakam, siapa dapat berita, siapa sebarkan paling awal, dia hero.

    Jika kalian masih ingat, peluang viral ini menjadi keseronokan buat sesiapa sahaja. Sama ada berita baik atau buruk, pakat nak kongsi dengan mudah. Lebih lagi jenis kaki rakam tak tentu hala.

    Masih ingat kes Kiki Stering Lock? Cuba tonton kembali, ada berapa ramai jantan-jantan di sekitar tersebut, namun haram tak membantu.

    Dan tiba-tiba perakam menjadi hero kerana berjaya mengaibkan Minah yang membuat salah ini dan diraikan kejayaan tersebut dengan caci maki dan menghina sampai ke keluarga dan keturunannya.

    Haih, dia buat satu kesalahan. Kita juga sedang berbuat benda yang sama.

    Begini kawan-kawan, untuk merakam atau menulis sesuatu yang diniat nak diviralkan, kalian perlu tanam perkara ini:

    1. Apa kesan positif dari menyebarkan keadaan tersebut. Jika lebih banyak negative, elok fikir semula dan buang video atau tulisan tersebut.

    2. Jika berhadapan dengan situasi yang sukar untuk mengubah suasana. Seperti makluman banjir, malapetaka, bencana, maka ia perlu disebarkan dengan segera. Pastikan maklumat yang mahu disebarkan itu lengkap dan terperinci supaya semua penduduk Facebook membaca dan memahaminya dengan jelas.

    3. Jika ada kesalahan yang berlaku di hadapan mata, berani untuk tegur. Bukan rakam dan sebar. Jika pergaduhan berlaku akibat tegur, maka berundur dan terus ke balai polis.

    4. Jika kalian berada dalam situasi tidak boleh berbuat apa-apa, contohnya melihat pergaduhan di jalan raya dan kedudukan kalian di dalam apartment, maka rakam dan sebarkan ke Facebook Polis secara PM Inbox terlebih dahulu sebelum terus ke media sosial

    5. Ada kelebihan jika polis dan penguasa menyediakan nombor WhatsApp kepada orang awam untuk menyebarkan perkara buruk berlaku di kawasan sekitar. Ia mungkin membantu dengan lebih cepat perkara tidak elok daripada ia tersebar dahulu baru mahu selesaikan isu. Orang awam mungkin tak berani nak main-main mempergunakan nombor whatsapp tersebut kerana data pemilik telefon semuanya ada di dalam database.

    6. Boleh untuk rakam sebagai bukti pengadilan di balai polis atau mahkamah. Namun bukan untuk sebar dan memalukan pesalah.

    7. Jika kalian menulis untuk menjawab satu-satu isu yang ada kaitan dengan hidup kalian seperti penceraian, masalah keluarga, masalah hidup di tempat kerja dengan mengutuk dan menghina si polan dan si polan, dan perkara itu menjadi viral, kalian perlu tahu yang si polan itu boleh melawan di mahkamah walau di peringkat awal semasa kalian dibuli, kalian adalah mangsa keadaan. Cara yang betul ialah membuat laporan polis.

    8. Jika kalian cuba untuk memburukkan produk, dengan mengambil gambar kemudiannya mengemas kini status di Facebook tanpa bukti kukuh, juga kalian boleh dicabar di mahkamah. Cara terbaik ialah buat aduan di kaunter pelanggan. Sekiranya tidak dilayan, terus ke tribunal pengguna.

    9. Jika kalian ingin menulis surat terbuka. Ia perlu ditulis dengan kadar rasional yang tinggi. Kerana ia boleh jadi bahan bukti untuk melawan kalian kembali di mana-mana mahkamah jika ada ayat atau perkataan yang cuba dikaitkan dengan memberi malu kepada institusi / orang perseorangan tersebut.

    10. Perakam yang merakam aksi kejahatan seperti penderaan kanak-kanak, wanita dan selalu berada dalam suasana jahat, perlu berani seperti dia berani semasa merakam untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. Please.

    Walaupun ada banyak isu boleh diselesaikan dengan memviralkannya, namun jika kalian lihat, ia sememangnya bersifat positif. Jika ia ada unsur negative, maka kalian perlu berundur.

    Era ini merupakan era aib mengaib. Sekiranya kita tersilap, tergeser, tersalah sedikit, kita akan jadi mangsa buli siber yang cukup kejam.

    Makanan mahal, up di Facebook.

    Ada telur lalat di ayam goreng, up di Facebook.

    Pekerja kurang ajar, up di Facebook.

    Kereta baru beli ada problem, up di Facebook,

    Maka kena sita dan dapat malu. Seeloknya, terus ke KPDNKK dan buat laporan, itu yang bagus. Ingat kawan, hari ini kita malukan mereka, boleh jadi nanti Tuhan pula malukan kita, atau keluarga kita sendiri dengan kesilapan kecil yang kita juga boleh lakukan.

    Niat untuk memperbaiki keadaan perlu hadir dalam suasana menegur. Bukan memberi aib dan menghancurkan terus sebuah institusi.

    Begitulah.

     

    Khairul Hakimin Muhammad
  • , ,

    Diari Ramadan Andy Sulaiman

    Kau adik beradik ramai. Dan dalam ramai itu kau yang paling kerap berada bersama keluarga.

    Abang, kakak dan adik kau duduk jauh, jarang sekali dapat pulang dan berkumpul bersama.

    Kau juga tidak bernasib baik seperti adik beradik kau yang lain. Mereka berjaya tetapi kau tidak berjaya seperti mereka.

    Mereka ke universiti tetapi kau hanya tingkatan 5. Mereka belajar di luar negara dan kau hanya di institut kemahiran sahaja.

    Dan di bulan Ramadan ini, kedua orang tua kau menjadi sangat sensitif. Hati mereka menjadi lembut tidak seperti biasa.

    Segala kenangan mereka bersama kau adik beradik satu persatu muncul di ingatan mereka ketika ini.

    Bagaimana kau dulu tidur sekatil bersama adik beradik kau, pagi-pagi ayah kejutkan kau semua dengan berbagai ragam liatnya kau semua nak bangkit sahur bersama.

    Dan di waktu berbuka, masing-masing dengan ragam yang boleh memecahkan jantung mak. Yang ini nak makan ini, yang itu order nak makan itu.

    Dan ayah, dengan 2 tangan berkulit hampir kecut berbekalkan duit gaji yang masih berbaki, membeli apa yang kau nak di bazar Ramadan sebagai hidangan untuk kau semua berbuka puasa.

    Dan ketika ini, di saat ini, bila hanya kau yang bersama mak dan ayah, kau akan terdengar kata ayah, “Tengok kuih ini teringat kat abang kau.”

    Kau akan dengar kata mak, “Mak masak ni tadi, terkenang lagi kakak kau dulu. Sukanya dia bila dia tahu mak masak ini.”

    Lalu kau secara tidak sengaja timbul 1 perasaan kurang enak di hati.

    Perasaan cemburu bila nama kakak atau abang atau adik yang disebut-sebut. Hampir setiap hari di bulan puasa kau terdengar ayat yang sama.

    Api cemburu kau yang selama ini kecil menyala kerana kau tidak berjaya seperti mereka, mula marak menyala. Mula terasa membakar hati.

    Keindahan berbuka dan bersahur bersama mak dan ayah makin pudar dibakar rasa.

    Sedangkan kau lupa dan kau tidak sedar, kau lah yang paling berjaya di kalangan adik beradik kau yang sudah lama menetap di kota.

    Kau diberi anugerah paling hebat dari Tuhan, dapat hidup bersama atau dapat berada dekat dengan mak ayah walaupun kau sudah dewasa.

    Kau diberi ruang untuk berbakti kepada mereka selepas mereka mencurahkan segala bakti dan keringat pada kau seawal kau sehari usia.

    Perlukah rasa cemburu bila mak ayah sering menyebut nama adik beradik kau yang lain itu ada dan terus bersarang di jiwa?

    Sedangkan kau lah juara kerana terus dapat memberi khidmat terbaik buat mak ayah di kala mereka menghabiskan sisa umur yang ada.

    Dan jauh di sudut hati mereka kalau boleh mereka mahu melihat kau kesemuanya berada setiap hari di hadapan mata mereka.

    Cubalah kau tanya adik beradik yang sedang bergelut mencari hidup di kota. Pasti, pasti ada antara mereka jika diberi pilihan, mereka ingin pulang hidup bersama mak ayah semula.

    Buang jauh-jauh rasa kurang enak kau pada ibu bapa, buanglah.

    Kau insan terpilih, teruskan berbakti kerana sebelah kakimu sudah berada di Syurga asbab daripada restu mereka berdua.

    Andy Sulaiman
    Rindu tidak terkata.

  • , ,

    Boikot Israel; Boikot Yahudi, Zionis, Atau Boikot Apa Sebenarnya?

    Palestin – Israel ni, bukan cuma pasal Islam vs Yahudi.

    Ia pasal penjajah vs dijajah.
    Ia pasal yang menindas vs yang ditindas.
    Ia tentang pelaksana ideologi fasis Zionis yang membunuh warga Palestin semenjak April 1948.

    Di Palestin tu, ada Muslim, ada Kristian (tapi dah tinggal 3% saja agaknya), ada Baduwi. Di Israel tu, ada juga far-right Zionis, moderate Zionis, far-left Zionis, non-Zionist Jewish, non-Jewish Zionis.

    Di Palestin ada Palestinian Authority (Fatah), yang kuat di Tebing Barat (yang kawasan Palestin, dipecah Zone A, B, C oleh Zionis macam itu tanah diorang) dan Hamas di Gaza. Fatah ni, lebih kurang proksi Israel saja.

    Tempat yang kena tekanan paling teruk adalah di Gaza. Wilayah yang bersaiz 40km panjang, 12km lebar. Tapi ditekan ke dalam lagi 3km sebagai buffer zone oleh penjajah Israel. Siapa masuk kawasan tu, ditembak tanpa warning. Ada 1.5 juta penduduk dalam tu. menjadikan tempat paling padat dalam dunia. Lautan pula, cuma pergi maksimum, 12 batu nautika, kalau lebih, kena tembak.

    Gaza telah dihancurkan segala infrastruktur mereka. Lapangan terbang, pelabuhan, sekolah, kebanyakan hospital pada 2001 dan blockade oleh Israel serta Mesir dilaksanakan sejak daripada itu. Halangan ekonomi, perubatan, pendidikan, barangan keperluan. Di selatan dihalang Mesir, di timur tanah dan pagar Israel, di laut kapal perang IDF. Pegawai Israel pernah memberitahu Max Blumenthal, dalam bukunya, Goliath,

    “Kami catu makanan mereka supaya mereka tak dapat makanan yang cukup, tapi tak mati,” sambil ketawa.

    Apabila Boycott, Divestment and Sanction (#BDS) dilancarkan, oleh Omar Barghouti pada 2005 bersama isterinya, warga Israel, Israel memandang enteng terhadap usaha itu. Tindakan yang dianggap sia-sia. BDS ini bertujuan memberi tekanan ekonomi kepada Israel melalui boikot yang dilancarkan ke atas entiti-entiti yang menyalurkan kewangan bagi Israel meluaskan penjajahan dan penyeksaan terhadap warga Palestin. G4S misalnya, menyediakan sistem tahanan dan seksaan tahanan Palestin yang ada berumur 9 tahun hinggalah 60-an. Intel telah membantu Elbit membuat sensor pada smart missile yang disasarkan di Gaza yang berpendudukan padat. Sumbangan kewangan McD melalui United Jewish Fund, telah menggalakkan operasi peluasan jajahan Israel ke atas tanah Palestin. Walaupun McD Asia Tenggara telah diambil alih oleh syarikat dari Saudi, tidak ada kenyataan yang dikeluarkan mengatakan mereka telah tidak memberi dana kepada UJF seperti yang KFC pernah buat.

    BDS ini nampak lemah and remeh, namun serangan demi serangan ke atas Palestin yang mendedahkan kekejaman Israel dan disebarkan melalui Facebook dan lain-lain media sosial telah membuka mata banyak pihak. Gereja Presbyterian di Amerika telah divest (keluarkan pelaburan) dari syarikat-syarikat Amerika yang melabur di Israel. Stephen Hawking pernah boikot secara akademik apabila menolak menyertai konferens yang disertai Shimon Peres. Produk Sodastream telah diboikot sehingga ditutup kilangnya apabila membuka kilang tersebut di kawasan jajahan yang dimiliki Palestin. BDS sampai ke tahap yang menjejaskan Israel apabila Times of Israel melaporkan, Israel akan kehilangan 40 bilion NIS setahun jika BDS tidak dihalang. Sehingga Israel melobi US, Perancis untuk mewujudkan akta bahawa sesiapa yang memboikot Israel adalah anti semitik dan merupakan satu jenayah.

    Terkini, sesiapa yang pernah promosikan BDS dihalang masuk Israel di Ben Gurion Airport dan diharamkan masuk Israel seumur hidup. BDS, sesuatu yang dianggap remeh, akhirnya membuka mata ketakutan Israel.

    “Never underestimate the power of common man” – Chennai Express.

    BDS adalah collective effort (usaha kolektif) masyarakat dunia untuk menekan Israel supaya menghentikan penjajahan dan kekejaman mereka. Mengembalikan Palestin kepada sempadan 1967 (usaha Hamas). Semakin memberikan kesan walaupun dipandang sinis pada awalnya.

    Akhir kata, fahamkan Boycott, Divestment and Sanction, objektif dan tujuan akhirnya, sebelum pukul rata semua benda.

    Ahmad Zahiruddin Saruji

  • , ,

    Hot Popular

    Kenapa Perlu Boikot Wonder Woman Dan Gal Gadot?

    Wonder Woman digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai kuasa luar dan kekuatan kerana dirinya yang bersusur galur daripada keturunan dewa-dewi. Kerana cintanya kepada seorang manusia, dia menggunakan kekuatannya untuk menghentikan Perang Dunia.

    Hebat, kan?

    Tapi, bila keluar saja berita filem ini akan diboikot oleh Lubnan dan disokong oleh gerakan aktivis Palestin. Ramai yang kata mengarut. Antara alasan ringkas yang dimainkan oleh media adalah sebab Gal Gadot itu orang Israel.

    Bukan. Bukan sekadar itu.

    Tindakan memboikot filem tersebut yang diwar-warkan bukan hanya kerana dia orang Israel. Tapi kerana pendiriannya menyokong kuat IDF (Israel Defence Force) yang telah banyak sangat membuat kekejaman kepada warga Palestine, di Gaza khususnya. Dia sendiri bekas IDF.

    Pada 2014, dalam operasi Protective Edge yang dilancarkan Israel yang telah berlangsung selama 50 hari, seramai 2,139 warga awam Gaza telah terbunuh di mana 508 daripadanya adalah kanak-kanak. 20,000 rumah kediaman hancur musnah dan dianggarkan Gaza memerlukan tempoh 3 dekad untuk membangunkan semula Gaza. Operasi ini dilancarkan atas alasan Hamas telah melancarkan ribuan roket ke Israel. Yang mana ia sebenarnya bermula apabila 3 orang remaja Israel telah mati didakwa dibunuh di zon larangan tentera di Tebing Barat dan Israel mendakwa pembunuhnya ialah warga Palestin (tiada bukti pun) telah berjaya melarikan diri ke Gaza. IDF menyerang.

    Maka, Gaza telah dibom IDF berterusan selama 50 hari. Semasa bulan Ramadhan 2014 dan semasa World Cup sedang berlangsung.

    IDF ini adalah evolusi daripada militia pengganas Irgun dan Stern Gang yang bertanggungjawab melakukan kemusnahan dan keganasan semasa merampas tanah warga Palestin.

    Pada bulan April 1948, militia Irgun ni telah mengepung perkampungan Deir Yassin dan melaksanakan pembunuhan beramai-ramai. Direkodkan, 254 orang telah dibunuh, 175 daripadanya wanita, di mana 35 orang daripadanya mengandung. Menachim Begin, ketua militia tersebut berbangga dengan mengucapkan tahniah kepada pasukannya dan mengatakan Tuhan telah memilih mereka untuk menghapuskan mangsa-mangsa mereka. Tak lama selepas itu, Menachim Begin telah diangkat menjadi Perdana Menteri pertama Israel.

    Lepas tu, militia Irgun ini telah dijadikan asas kepada pembentukan IDF.

    Kejahatan IDF yang merupakan militia Zionist ini tidak sekadar itu sahaja. Terlalu banyak kekejaman yang dibuat. Membaca dokumen yang merekodkan kekejaman mereka pun dah cukup buat darah kita menggelegak.

    2008, dalam Operation Cast Lead, Israel telah menyerang Gaza yang tiada sebarang pertahanan. Bom yang menyebarkan serpihan kecil besi yang akan memotong dan menebusi apa saja telah dijatuhkan. D.I.M.E – Dense Inert Metal Explosive. Serangan darat pula, memang tujuan askarnya membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui. Sekumpulan wanita yang mengibarkan bendera putih ditembak mati, keluarga yang sedang makan dibom. Ibrahim Awajah, kanak-kanak berusia 8 tahun, dibunuh di hadapan ibunya. Tidak habis di situ, mayatnya digantung dan dijadikan latihan menembak tentera Zionis.

    Terlalu banyak kekejaman IDF jika nak diceritakan. Sesiapa yang menyokong IDF memang manusia yang telah hilang moralnya. Orang Israel bukannya naif sangat tak tahu askar dia buat apa bila menyerang Gaza. Diorang menyokong setiap kali perang ke atas Gaza dilancarkan. Kes Elor Azaria membuktikannya. Elor Azaria ni membunuh warga Palestin yang cedera dan terbaring dengan headshot. Tapi, orang Israel mengangkat dia sebagai hero dan membuat bantahan bila mahkamah Israel jatuhkan hukuman penjara 18 bulan sebab kesalahan tu.

    Jadi, bila Gal Gadot ni berlakon sebagai watak utama dalam filem yang kononnya tunjuk kebaikan akan mengatasi kejahatan, kekuatan sepatutnya digunakan untuk keamanan, menunjukkan sikap yang amat hipokrit.

    Atas sebab tu, pemboikotan filem ini adalah perlu pada pendapat aku. Jika kau ada semangat kemanusiaan, kau akan bertindak sama.

    Ahmad Zahiruddin Saruji

  • , ,

    Cheapskate Bazar Ramadan

    Bagi siapa-siapa yang nak berjimat ketika ke Bazar Ramadan, pergilah 15 minit sebelum azan Maghrib.

    Kau usha makanan, nampak makanan tu tinggal sikit, kau tanya harga dengan ayat,

    “Agak-agak semua ni berapa ringgit nak bagi pada saya? Tinggal sikit lagi ni?”

    Penjual tu takkan berfikir panjang untok bagi kau diskaun. Silap-silap harga patut RM12, dia bagi kau RM2 je.

    Jangan tanya harga ikut kuantiti. Tanya harga ikut harga borong.

    Atau,

    Kau tanya harga makanan, lepas tu kau tak jadi ambil kuantiti yang kau nak. Contoh,

    “Kak, saya nak 5 cucuk sosej tu. Berapa harga boleh bagi saya?”

    “RM5 dik.”

    “Oh la.. Yeke. Takpelah. Bagi saya 3 cucuk je lah.”

    Biasanya, peniaga akan termenung sesaat, lantas berkata, “Takpelah dik. Ambik je 5 cucuk RM3.”

    Dah jimat lagi.

    Kalau bertanya tentang harga air, tanyalah tentang air yang dah siap berbungkus dengan soalan:

    “Satu berapa?”

    “Satu RM3 dik.”

    “Oh yeke. Ni kalau dua, agak-agak boleh bagi saya berapa?”

    “Ambiklah RM5, dua bungkus.”

    Dah jimat lagi. Silap-silap, kalau kau ikut trick yang kedua tadi, dia bagi terus free satu.

    Atau, kalau confident kau tinggi, kau boleh terus direct je pada penjual tu dengan ayat,

    “Ala.. Kak, harga kuranglah sikit ya. Waktu berbuka pun dah nak masuk ni.”

    Murahkan senyuman ketika bercakap tu. Buat eye contact. Ini kau nak minta diskaun tapi muka straight je macam robot tak ada ekspresi. Bahasa kena manis. Puji banyak-banyak. Nak siap berdoa supaya penjual tu murah rezeki pun tak kisahlah. Asalkan kau bahagiakan penjual yang bagi kau diskaun tu.

    Budi pekerti penjual kat Bazar Ramadhan ni lain macam sikit kalau dah hujung-hujung waktu nak berbuka. Itulah peluang kau untuk lebih berjimat ketika membeli-belah di sana.

    Lagipun, kalau makanan tak habis kat gerai diorang, membazir je. Kan Nabi kata, kalau makanan tak habis, syaitanlah yang akan menghabiskannya.

    Jadi, kau habiskanlah makanan-makanan tu.

    Mufarwa Farid

  • ,

    Belajar Kelas Pastri Di Kuala Lumpur Woih!

    Kalau kau semua berminat nak tambah skil membuat kek dan pastri, sangatlah digalakkan untuk menghadiri kelas membuat kek dan pastri.

    Jadi, yang berada di sekitar Kuala Lumpur, Puan Mazmin dan The Gourmet Whisk ada menyediakan pelbagai kelas membuat kek dan pastri. Tinggal kau nak datang dan belajar saja.

    Kek dan pastri dari The Gourmet Whisk ni memang sedap-sedap belaka. Rugi kalau kau tak belajar dari mereka yang pakar.

    Orang dari Palembang pun datang belajar, takkan kau yang di Kuala Lumpur nak tengok saja?

  • , ,

    Orang Gastrik Masih Boleh Puasa-Lah!

    Kawan aku ada gastrik yang teruk. Malah sebelum puasa ini sahaja dia kerap ulang alik ke hospital untuk mengambil suntikan Bascopan dan sebagainya. Namun, jika kau nak tahu, masa puasa, dia ok. sepanjang dia hidup, kata dia, dia tak kena serangan gastrik yang teruk. Relaks-relaks masih boleh berpuasa dengan baik. Apa yang dia buat ialah:

    1. Semasa berbuka, dia mula dengan menjamah buah kurma dengan air masak. Ini untuk beri perutnya menerima makanan yang lembut-lembut sahaja dulu. Kurma itu, kau kena dapatkan yang paling lembut sekali. Macam jenama Rotab.

    2. Kemudian, dia pastikan dia makan nasi dengan lauk yang tanpa pedas dan masam. Selepas beberapa suap, baru dia ambil sambal yang dia suka. Itu pun dengan jumlah yang sedikit.

    3. Dia pastikan untuk tidak memakan dengan load yang banyak semasa berbuka. Sekadar sudah rasa selesa, dia berhenti. Kadang-kadang dengan terlalu kenyang juga akan menyebabkan perutnya sakit.

    4. Selepas tarawih, dia akan dapatkan minuman susu kultur seperti Yakult dan Vitagen. Ini untuk beri bakteria baik masih ada di dalam perut, bimbang-bimbang jika ada rembesan acid, akan menyebabkan dia cirit-birit. Juga beliau ambil buah-buahan yang manis seperti tembikai, mangga dan betik.

    5. Kemudian, lebih kurang ½ jam sebelum tidur, beliau akan meminum secawan air. Ini untuk memberikan perutnya masih dalam mood selesa dan berehat semasa tidur.

    6. Semasa sahur, beliau akan pastikan makan nasi. Yang penting sekali ialah isteri beliau akan memastikan beliau meminum secawan milo panas sebelum imsak. Dan di dalam milo itu punya 1-2 sudu oat untuk menampung perutnya semasa berpuasa.

    7. Setakat beberapa tahun berkahwin, beliau masih ok semasa berpuasa. Asasnya ialah memilih makanan yang betul untuk berbuka, moreh dan bersahur. Dan banyak-banyak berdoa supaya dapat berpuasa dengan baik sekali. Jika kalian sudah tahu yang kalian ada sakit tersebut, maka elakkan terus dari awal untuk menjamahnya. Janji dapat beribadah, kan?

    8. Elakkan stress. Biasanya, apabila stress juga akan menyebabkan gastrik menyerang. Oleh itu, nak tenangkan diri, banyak-banyak ambik wuduk dan terus sahaja mengaji Quran. Pasti berjaya!

    Semoga kalian dapat manfaat dari perkongsian ini ya. Selamat mencuba dan teruskan berpuasa.

     

    Musa Nuwayri