in ,

7 Tips Dari Kristina Kuzmic Untuk Kau Terus Sengsara

Gambar : http://www.amessagewithabottle.com

Kebanyakan orang akan berusaha untuk kekal tenang dan bahagia. Itu normal.

Tetapi, ada juga orang yang sengaja membiarkan diri mereka dalam keadaan serabut dan sengsara. Mereka suka kelihatan berbeza.

Kristina Kuzmic telah kongsikan 7 tips bagaimana untuk memastikan hidup kau orang sentiasa serabut dan sengsara. Jika ini yang buat kau happy apa salahnya kan?

Jika tips ini tidak berkesan, jaminan wang dikembalikan. Haha

1. Komplain untuk semua benda. Jika tak cukup dengan komplainn kau perlu merengek itu tak boleh, ini tak cantik, sana jauh, sini buruk. Hanya komplain! Jika kau berjaya menghabiskan masa hanya tahu komplen dari bersyukur kau sudah selangkah ke alam kesengsaraan. Tahniah!

2. Jika ada masalah, kau hanya perlu salahkan orang lain! Jangan bertanggungjawab atas apa pun. Sebab semua tu salah orang lain. Bukan salah kau pun.

3. Jangan jadi diri sendiri. Jadilah seperti yang orang lain fikir kau perlu jadi. Ini agak susah kerana orang berbeza mahu kau jadi orang berbeza bagi fikiran mereka. Jadi kau perlu take notes setiap apa yang mereka fikirkan. Pastikan kau berusaha untuk puaskan hati mereka semua.

4. Setiap hari jika ada masalah kecil, kau perlu merungut tentang masalah itu sehingga ke hujung hari. Merungutlah setiap jam tentang apa yang telah berlaku. Jika perlu, telefon kawan-kawan dan adukan masalah tersebut pada mereka. Biar semua orang tahu masalah kecil yang kau telah lalui itu.

5. Cari benda negatif dalam diri orang lain. Andai kata tak jumpa, jangan berdiam diri. Teruskan mencari segala kekurangan yang ada sampailah kau jumpa sesuatu untuk dikritik. Bila boleh kritik barulah kau berjaya mencipta musuh. Barulah hebat! Kau pernah dengar istilah Makcik atau Pakcik Bawang? Haaa itulah diri kau!

*bonus : Jika kau berjaya untuk tips ini, kau adalah bakal calon ibu mertua dari neraka. Hebat tu!

6. Kau mesti ada jangkaan yang semua orang wajib suka kau! Wajib! Jika mereka tak suka, kau ada alasan untuk membenci mereka. Syabas! Ini yang kau mahu.

7. Be a jerk! Jangan dekat langsung dengan kebaikan. Jadilah orang paling menjengkelkan. Kebaikan tu ibarat “happy pills” jadi kau kena jauhkan diri dari kebaikan. Nescaya kau akan lebih sengsara. Haha

Tips : korang tak perlu buat semua perkara dalam masa sehari. Boleh pilih perkara 1,3,7 untuk hari ini dan 2,4,6 untuk hari esok dan seterusnya.

Selamat mencuba dan selamat menjalani hidup yang miserable dan serabut. Ingat tips ini money back guaranteed. Pasti menjadi!

Dilla Nasir
Im not a jerk.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bercuti di Hong Kong?

Berapa RM Nak Masuk Dalam Salam Kaut?