, ,

5 Prinsip Asas Perniagaan Dari Brian Hill Ini Bagus Untuk Semua Peniaga

Sejak aku berhenti kerja dan menjalankan perniagaan sendiri, ramai yang cakap hidup aku lebih senang dan mudah sebab dah jadi bos dan ada syarikat sendiri. Dah boleh relaks dan tak perlu pening-pening.

Untuk makluman semua, dari rekod laporan SSM pada tahun 2014 sahaja, sebanyak 29,180 buah syarikat telah membuat pembatalan nama, 1,744 buah syarikat telah mengalami penggulungan dan 26,966 buah perniagaan yang terdiri dari milikan tunggal dan perkongsian juga telah tutup dan tidak aktif.

Angka tersebut amat besar dan menunjukkan sebenarnya perniagaan ini adalah sesuatu yang berisiko. Jadi peniaga sebenarnya bukanlah mudah dan lebih relaks malah jika kita tidak benar-benar merancang pelan perniagaan kita, tidak mustahil kita juga akan termasuk dalam golongan tadi.

Brian Hill, penulis buku “The Pocket Small Business Owner’s Guide to Business Plans” ada kongsikan 5 prinsip asas yang boleh digunakan oleh para peniaga dalam merancang pelan perniagaan yang strategik.

Asas utama adalah kita perlu menetapkan objektif masa panjang iaitu visi perniagaan kita. Visi ini amat penting untuk menentukan hala tuju perniagaan kita. Dengan adanya visi, apa yang kita rancang dan jalankan akan fokus menuju ke arahnya. Ini bagi mengelakkan kita dari terbabas dari landasan.

Kemudian, kita harus kenal pasti kebolehan, kekuatan dan kelemahan yang kita ada dan buat perbandingan dengan pesaing-pesaing yang ada di pasaran. Kurangkan kelemahan sedikit demi sedikit dan tingkatkan kelebihan kita agar kita nampak lebih kompetitif.

Letakkan sasaran jangka masa pendek yang boleh diukur dan dicapai. Kita boleh merancang pelan sasaran satu demi satu dan juga boleh lebih terperinci. Tetapi pastikan sasaran itu boleh diukur bagi kita menganalisa tahap pencapaian kita pada setiap pelan sasaran.

Pemahaman peniaga tentang industri yang diceburi juga penting. Peniaga harus memahami cabaran dan potensi bidang yang diceburi agar dapat membuat anggaran yang terbaik buat perniagaannya. Jika peniaga tidak mempunyai pemahaman dan pengetahuan yang diperlukan, teruskan belajar dan kuasainya. Pergi ke kelas-kelas atau beli buku berkaitan dan baca.

Yang terakhir, para peniaga harus bersedia untuk berubah mengikut keadaan semasa. Jangan terlalu statik dengan cara lama atau konvensional. Kena up-to-date dalam ilmu dan teknologi agar perniagaan kita tidak tercicir berbanding pesaing-pesaing kita. Kita kena fleksibel dan terus berevolusi untuk pastikan kita terus relevan di pasaran.

Mungkin ada lagi asas-asas yang lain selain dari di atas ni yang boleh dipraktikkan oleh para peniaga. Yang penting, kita jangan duduk diam dan relaks. Dapatkan input yang baru dan praktikkan.

Jika asas kita betul dan teguh, inshaa Allah tak akan goyang ditiup cabaran. Dan barulah kita dapat mengecapi kejayaan dan nikmatnya berniaga.

 

Shairy Hanapiah

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pesanan “Kurangkan Bercakap, Banyakkan Buat Kerja” Ini Relevan Untuk 100 Tahun Lagi

Makan Zaitun, Ikut Sunnah, Tak Sakit?