in ,

5 Penyakit Rare Sehebat Watak X-Men

Gambar : https://movieweb.com

Bright Side berpendapat penyakit adalah sesuatu yang sering dikaitkan dengan bahaya dan membimbangkan. Namun, ada juga diantara penyakit ini setanding dengan kuasa-kuasa luar biasa. Ini adalah antara penyakit yang jarang dijumpai namun membuatkan mereka kelihatan seperti hero dalam filem X-Men.

1. Super memori

Hyperthymesia adalah keadaan ingatan dimana seseorang mampu mengingat kesemua pengalaman hidup mereka secara terperinci. Terdapat hanya 60 orang di dunia yang di diagnosis sedemikian. Pesakit juga mampu mengingat semua memori mereka walaupun dari zaman kanak-kanak. Mereka boleh menceritakan semula isi dalam buku yang mereka pernah baca bertahun lalu sama seperti mereka baru membacanya semalam.

Yang menyedihkan, penderita gejala ini tidak boleh melupakan kenangan-kenangan yang mereka ingin lupakan lebih-lebih lagi kenangan pahit yang mereka pernah alami. Mereka terpaksa ingat semuanya walaupun tanpa rela.

Seorang penulis Australia bernama Rebecca Sharrock, bercerita yang beliau pernah dibalut dengan selimut berwarna merah jambu ketika usianya hanya 7 hari. Ingatan beliau ini unik. Beliau mampu membacakan petikan daripada buku Harry Potter tanpa meninggalkan satu perkataan pun. Walau bagaimanapun, beliau tidak menganggap Hyperthymesia ini sebagai ‘hadiah’, malah dia juga mengeluh tentang sakit kepala, insomnia, dan semakin cepat letih.

2. Anti-sakit

Analgesia Kongenital adalah keadaan di mana seseorang tidak dapat merasakan sakit pada fizikal tubuh badan. Walaupun sindrom ini jarang ditemui, 40 kes telah dilaporkan di sebuah perkampungan di Sweden. Penyakit ini memang seakan super power yang hebat kerana mereka yang mengidapinya tidak langsung merasa sakit pada tubuh badan mereka sekaligus menjejaskan kesakitan mental mereka juga.

Namun, sindrom ini boleh membahayakan pesakit jika ada penyakit lain yang mengganggu kesihatan tubuh badan mereka. Juga berbahaya kepada anak-anak kecil yang mana jika mereka mencederakan diri sendiri semasa bermain contohnya berlaku kecederaan yang boleh merosakkan mata mereka, tergigit lidah atau tulang mereka patah, tetapi mereka tidak perasan dan tidak merasa sakit tersebut. Nampak tak bagaimana sindrom ini boleh menjejaskan mereka?

3. Serba boleh

Sindrom Savant adalah keadaan rare yang terjadi kepada sesetengah individu yang mengalami gangguan neurodevelopmental, seperti Autisme dan sindrom Asperger. Mereka ini tergolong dalam kalangan orang yang sangat berbakat dalam muzik, lukisan, pengiraan, kartografi, dan binaan model 3D.

Penghidap penyakit Savant mempunyai kemampuan untuk mengira dengan mudah pendaraban nombor 3-digit atau menamakan hari pada bulan-bulan akan datang tanpa melihat kalendar. Misalnya, Stephen Wiltshire mampu melukis peta London secara terperinci selepas hanya melakukan satu pusingan penerbangan merentasi seluruh bandar tersebut.

Ramai antara mereka mempunyai bakat yang luar biasa dalam beberapa bidang. Tetapi ramai juga yang sering menunjukkan rasa tidak berkeyakinan, termasuklah mengalami masalah mental. Salah satu contoh terkenal adalah Forrest Gump dari novel Winston Groom.

4. Tahan sejuk

Sebagai tambahan kepada orang yang tidak merasa sakit, ada juga orang yang tidak merasa sejuk. Sebagai contoh, Wim Hof ​​merupakan orang Belanda yang telah mengejutkan seorang doktor dengan keupayaannya yang mampu untuk menahan sejuk yang melampau. Hanya sekadar memakai seluar pendek, dia mampu berendam dalam ais selama 120 minit, bahkan boleh berenang di bawah takungan air yang beku.

Pakar mendakwa ini adalah satu fenomena yang unik, tetapi Wim sendiri berpendapat bahawa keupayaan untuk bertahan dengan cuaca atau rasa sejuk ini adalah hasil daripada latihannya sahaja.

5. Paling berani

Penyakit Urbach-Wiethe merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku yang membawa kepada ketiadaan rasa takut. Hanya 300 kes yang diketahui, dan 1/4 daripada mereka berlaku di Afrika Selatan.

Pesakit paling terkenal adalah seorang wanita Amerika dengan nama panggilan S.M. (inisial ini telah diberikan untuk merahsiakan identiti sebenarnya). Para penyelidik cuba menakutkannya dengan cara yang berbeza. Mereka memberikan labah-labah dan ular beracun, menunjukkan filem seram, dan menguncinya dalam rumah-rumah berhantu. Kesemuanya sia-sia.

S.M. menceritakan tentang situasi menakutkan yang sebenarnya langsung tidak menakutkan beliau, iaitu beliau pernah diserang dengan seseorang bersama sebilah pisau dan kejadian kes keganasan rumah. Ketua kumpulan penyelidikan mendapati bahawa hal ini sangat menghairankan dan merisaukan kerana S.M. telah hilang keupayaan untuk menilai bahaya.

Jangan sangka seseorang yang ada penyakit adalah orang yang hanya terlantar di katil sahaja. Walaupun nampak seperti penyakit-penyakit ini hebat, tetapi sindrom ini mampu memudaratkan pesakit. Mungkin kau salah seorang yang ada sindrom ini?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Jibam : Filem Deep Yang Perlu Ditonton Ramai

Ini Adalah 9 Dasar Dalam Ideologi Liberalisme