,

5 Jenis Kasut Bagi Lelaki Budiman Seperti Kau

Ini 5 JENIS KASUT LELAKI budiman harus miliki telah saya kongsikan. Tuan-tuan yang kacak bergaya boleh membacanya.

 

OXFORDS

Lelaki kelihatan lebih tampan dan penuh kelelakian ketika mengenakan sepasang sut tradisional bersama tali leher dan menyarung sepasang Oxfords hitam klasik di kaki.

Ini penampilan sempurna seorang lelaki budiman yang harus dimiliki.

Memakai kasut Oxfords klasik sewaktu ke pejabat mahupun acara formal, semi-formal, minum petang mahupun bersantai, ia tetap menarik.

Sarungkan Oxfords klasik setelah memakai sepasang stokin bersih dengan warna bersesuaian berserta tali kasut yang baik dan sempurna.

Inilah dikatakan keperibadian lelaki sejati.

 

14310380_1044829488968797_2193376648278831395_o

 

CHUKKAS

But Chukkas terkenal dan sinonim dengan lambang kasualnya. Padankan ia dengan sepasang chinos atau jeans kegemaran Tuan-tuan. Kesannya wow!

Terdapat pelbagai jenis dan warna Chukkas boleh disuaipadankan dengan pakaian kasual tuan-tuan yang budiman. Antaranya ialah coklat, hitam dan tan suede.

Boleh sarungkan Chukkas ketika aktiviti mahupun acara santai bersama teman juga famili. Pasti kelihatan segak bergaya walau mendukung anak yang comel di lengan sasa. Cewah!

 

14409645_1046618735456539_6933355590872286864_o

 

DRESS BOOTS

But direka untuk memberi kehangatan kepada kaki ketika cuaca sejuk pada zaman dahulu. Diperbuat daripada kulit dan direka mengikut kesesuaian gaya hidup pada masa itu. Kebanyakan but yang dibuat adalah untuk kegiatan memburu atau aktiviti menunggang kuda.

Ada yang mengatakan but tidak sesuai dipakai pada majlis rasmi sebaliknya sesuai dipakai ketika melakukan kerja-kerja kasar di tapak pembinaan mahupun bertani.

Namun, kini ramai lelaki mula memakai but dan menjadikan ia sebahagian daripada pakaian kasual mereka. Melihatkan perkembangan terkini, ia menjadi satu pilihan bijak malah mampu dikenakan dengan sut mahupun pakaian kasual.

Terdapat pelbagai sebab lelaki suka memakai but. Antara yang utama ialah:-
+ Kalis air : ia mampu menahan kaki basah lencun

+ Ketahanan : mempunyai penebat tunggal dan dalaman yang berlapis jadi ia mampu tahan lama

+ Serba boleh : sesuai dikenakan dengan pakain formal, semi-formal mahupun kasual

+ Perlindungan : memberi kehangatan kepada kaki sewaktu cuaca sejuk (jika di luar negara-jalan berais)

+ Gaya : but yang pelbagai guna pada satu masa dahulu kini menjadi gaya terkini pilihan lelaki budiman

Walaupun Malaysia tiada musim sejuk seperti negara luar, namun Tuan-tuan masih boleh menyarungkan dress boots ini ketika hujan mahupun musim tengkujuh.

Ia berbaloi untuk dimiliki kerana mempunyai kedua-dua unsur daripada kasut Oxfords dan Chukkas. Selain bergaya dipakai, ia melindungi kaki para lelaki budiman sekalian.

 

dressboots2

 

SNEAKERS

Sejak kebelakangan ini sneakers telah menjadi trend dan pilihan sebagai kasut kasual. Ia menjadi pilihan ramai kerana jauh lebih selesa daripada kasut olahraga.

Terdapat banyak pilihan sama ada bertali, tanpa tali, bercorak, berwarna-warni mahupun polos untuk digayakan bersama jeans, khakis juga pakaian kasual lain.

Bagi lelaki budiman dan wanita anggun, sneakers menjadi pilihan dan sesuai dipakai seharian mahupun hujung minggu. Sesuai dipakai ketika keluar menghadiri acara sukan, minum petang yang santai atau barbeque di laman rumah.

Memiliki sepasang sneakers di dalam almari kasut kita adalah keputusan yang baik. Memang bergaya buat bapa-bapa mithali menemani anak di padang permainan.

 

sneakers

 

ATHLETIC SHOES

Sama ada para lelaki budiman bersenam mahupun tidak, setiap lelaki perlu memiliki sepasang kasut sukan yang selesa dan bersesuaian dengan aktiviti sukan mereka. Memiliki sepasung kasut sukan yang baik merupakan satu keperluan jangka panjang.

Kasut sukan disarungkan ketika melakukan aktiviti sukan. Berbeza sama sekali dengan sneakers yang lebih santai dipakai ke luar kota.

Ikat tali kasut sukan tuan-tuan dengan kemas dan mari beriadah untuk kesihatan badan yang sempurna.

 

asics

 

 

Zalea Yusoff

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Lebih Hero Dari Hero Abang Bomba I Love You

Walau Apapun, Anak Muda Wajib Stay Relevan