in ,

Mengembalikan FELDA Yang Dulu

Januari lepas, akhirnya tanah yang hilang sekitar 3 tahun lepas itu dikembalikan semula tanpa kos. Ianya pernah menggegarkan negara yang mana kontroversi membabitkan tanah FELDA tercetus selepas Berita Harian mendedahkan,

“FELDA berisiko kehilangan tanah miliknya bernilai RM270 juta di Jalan Semarak bagi tujuan pembangunan KLVC menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak 2015”

Jika diikutkan, Laporan Polis yang dibuat sendiri oleh Tan Sri Shahrir Samad pada 12hb Disember 2017 itu menandakan yang Pengerusi Felda ini sangat serius tentang kehilangan 16 geran tanah tersebut. Dan ianya menjadi sebuah perkara yang cukup pedih untuk ditelan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sehingga hari ini, projek KLVC masih diteruskan dengan baik. Malah, Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan untuk mencapai terma projek yang lebih baik lagi dan menguntungkan ke 2-2 belah pihak.

Di dalam Berita Harian, 15hb Januari 2018, ditulis:

“Semua tanah yang terbabit dalam pindah milik tanpa pengetahuan dan kelulusan kita (sebelum ini) telah kembali kepada FELDA berserta dokumen untuk melaksanakan proses pindah milik.

“Daripada 16 geran (tanah terbabit), satu geran berada di Pesuruhjaya Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Pejabat Tanah Kuala Lumpur. Tiada kos yang terbabit dalam pindah milik itu,” kata Pengerusi Felda semasa sidang media yang dibuat untuk menerangkan kes ini.

Sejak itu, khabar angin tersebar menerusi media sosial mendakwa Synergy Promenade akan menyerahkan semula tanah yang dimajukannya bagi projek KLVC kepada FELDA.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017; Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.

Semasa kami duduk mengadap Tan Sri Shahrir, saya sendiri tak akan lupa apa yang beliau cakap, katanya beliau kini seorang tua yang mahu mengembalikan Felda kepada asal.

Semuanya perlu ada intergriti, kebijaksanaan dan pengurusan yang paling baik demi peneroka, rakyat dan semestinya kepada negara sendiri.

Felda adalah asset besar kepada kita semua. segala hal yang pincang, ianya perlu dibawa ke meja penguasa dan tindakan perlu diambil sesegera yang mungkin. Dan melihat usaha keras yang dijalankan oleh Tan Sri Pengerusi sendiri, saya kagum.

Sehinggalah tanah itu dikembalikan, kemudian ditubuh Jawatankuasa Khas, kemudiannya hasil laporan audit forensic diguna sebagai dokumen siasatan pihak SPRM dan Polis, saya sentiasa berharap dan berdoa semoga kes sebegini tidak berlaku lagi.

Dan kita juga doakan dan berharap semua yang masih bersama Felda, kekal teguh bersama. Berdiri dan bergabung demi menjadikan Felda ini terus membawa wadah terbaik untuk rakyat.

Ia dibina dengan penuh kasih sayang, memupuk nilai manusia yang hidup bermajmuk dan kini menjadi sebuah empayar besar yang tidak boleh ditandingi mana-mana organisasi lain di mana-mana.

Dari membina rumah untuk peneroka, hinggalah kini mempunyai asset dan nilai berganda bangunan, export dan import, Felda meneraju ekonomi negara dengan baik dan bagus sekali.

Syukur dan tahniah dari kami.

Felda, #BalikAsal.

Khairul Hakimin Muhammad,
Felda Mayam, 1988-1989,
Felda Jengka 3, 1989-1994.
Felda Jengka 2, 1994-1997.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kerja YB Bukan Sekadar Bagi Sekampit Beras, Pak Cik!

Model Penanaman Kolektif Terbaik Dunia