in ,

3 Kesilapan Bisnes Berkedai Yang Kau Kena Tahu

Gambar : FB Najah Farahin

Najah sebenarnya nak share ni supaya adik-adik tak ulangi kesilapan yang sama Najah pernah buat. Bila buat silap ni sakit ui. Ibarat macam kulit tu disiat-siat dan dicurahkan cuka epal pedihnya tau? Tapi ada hikmahnya. Kita belajar dari kesilapan dan move on kan!

Kesilapan Pertama.
Buka kedai tanpa simpanan standby. Najah sebelum ni pernah menyewa kedai bakery dengan sewa yang agak mahal juga. Dah tu pula kos overheadnya tinggi. Bila cashflow agak tercekik Najah tiada simpanan standby untuk cover. Jadi sebagai peringatan, sebelum berkedai pastikan anda mempunyai sekurangnya standby 3 bulan sejumlah wang modal untuk rolling stok anda serta bayaran sewa kedai, gaji pekerja serta overhead yaa.

Kesilapan Kedua.
Tidak mengira secara detail kos barang jualan. Kesilapan Najah adalah tidak belajar tentang pengiraan kos bahan secara terperinci. Najah masih terbawa-bawa sistem berniaga dari rumah. Jadi bila kita berkedai, sangat berbeza. Perlu mengambil kira kos sewa, gaji pekerja,letrik, gst dan lain-lain.

Kesilapan Ketiga.
Tidak maintain top up stok. Stok kedai mestilah penuh. Walau kita buka kedai apa pun dan bisnes apa pun anda. Stok mesti penuh dalam kedai. Supaya pelanggan seronok masuk dalam kedai kita. Jadi bila barang banyak dalam kedai bolehlah upsell, daripada pelanggan nak beli satu barang, tiba-tiba terbeli 2-3 barang. Kan bagus tu! Kesilapan Najah, tak sempat production bakery nak kejar untuk penuhkan stok. Sebab kedai besar. Rak pun banyak. Jadi rak cepat saja kosong. Tak sempat nak topup. Sepatutnya jika Najah tak sempat nak buat semua, Najah perlu ambil vendor untuk supply produk yang kita tak buat. Hanya ambil komisyen saja. Masyuk la juga. Sama-sama berkongsi rezeki. Jadi kedai pun sentiasa nampak banyak barang. Ini tidak, Najah tamak nak buat semua benda. Kesudahannya, tak sempat.

Share jika anda rasa ia bermanfaat.

Najah Farahin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ini Sukatan Masak Nasi Lemak Dari Pemilik Gerai Paling Power di Negeri Sembilan

Bakteria Baik Pertama Malaysia