in ,

24 Jam Malam Di Svalbard, Tanda Kiamat Sudah Dekat?

Gambar : FB Safuan Borhan

Aku menulis selepas beberapa hari pulang dari bumi Svalbard. Svalbard? Korang tahu ke dekat mana? 95% dari orang yang aku sembang tak pernah dengar pun tempat nama Svalbard.

Ok pertama, Svalbard ni negara, tapi bukan negara. Pelik tapi benar kan? Lebih tepat Svalbard ni ialah wilayah autonomi bawah Kerajaan Norway. Kesemua pentadbiran di sini berhubung dengan Kerajaan Norway kecuali beberapa perkara. Perkara paling jelas ialah undang-undang keluar masuk wilayah ini tidak tertakluk kepada kerajaan Norway, tetapi berdasarkan peruntukan yang termetrai hasil ‘Svalbard Treaty’. Nak tau lebih lanjut korang boleh baca perjanjian ni dan korang pasti terkejut! Kenapa terkejut tu korang kena baca sendiri atau pun tunggu aku cerita pasal ‘Svalbard Treaty’ dalam topik khusus.

Sekarang kita masuk pada topik. Sebahagian orang terkejut bila aku cerita yang sekarang ni di Svalbard 24 jam malam. Siap ada yang tanya ni tanda-tanda kiamat dah dekat ke? Memang tak dinafikan semakin hari semakin dekat kita dengan kiamat. Tetapi fenomena ini sebenarnya telah berlaku sejak dahulu lagi. Korang tak tahu mungkin sebab geografi dapat B kan? Meh sini aku explain.

Kita boleh klasifikasikan bumi ini kepada 2 hemisfera; utara dan selatan. Disebabkan bumi ini bulat, jadi pada suatu masa, hanya sebahagian bumi yang terkena pancaran matahari. Ni sebab kenapa bila Malaysia siang, Amerika malam. Dan disebabkan putaran bumi pada suatu tempoh pula (Jun-Ogos) sinaran mentari dominan pada hemisfera utara yang menjadikan siang panjang manakala sebaliknya pada hemsifera Selatan. Tempoh ini disebut sebagai musim sejuk di hemisfera utara, manakala musim panas di hemisfera selatan. Jadi bila korang tengok peta. Semakin jauh sesuatu tempat itu dari garisan khatulistiwa di hemisfera utara, semakin dominan sinaran matahari. Bermakna semakin panjang siangnya. Hingga suatu titik berdekatan kutub utara, kawasan tersebut terkena sinaran mentari berterusan. Bermakna siang 24 jam. Nak mudah, hipotesis yang saya boleh bagi untuk tempoh tersebut (Jun-Ogos) ialah;

Di hemisfera utara- semakin jauh sesuatu tempat tu dari garisan khatulistiwa, semakin panjang siangnya.
Di hemisfera selatan- semakin jauh sesuatu tempat tu dari garisan khatulistiwa, semakin panjang malamnya.

Dah faham? Cuba aplikasikan kefahaman anda tu untuk musim yang lain pula. Disember-Februari di mana mentari dominan pada hemisfera selatan. Anda terbalikkan sahaja apa yang anda faham di atas tadi. Saya terus bagi kesimpulan;

Di hemisfera utara- semakin jauh sesuatu tempat tu dari garisan khatulistiwa, semakin panjang malamnya.
Di hemisfera selatan- semakin jauh sesuatu tempat tu dari garisan khatulistiwa, semakin panjang siangnya.

Berdasarkan penjelasan tadi, sekarang korang dah fahamkan kenapa Svalbard 24 jam malam sekarang? Sebabnya sekarang ialah musim sejuk di hemisfera utara dan Svalbard terletak 78 darjah ke utara. Dah nak dekat dah dengan kutub utara. Jadi pada waktu ini Svalbard tidak terkena sinaran mentari selama hampir 4 bulan. Sebab tu lah memanjang 24 jam malam. Sebaliknya pada waktu ini, di antarctica sana, mereka mengalami 24 jam siang untuk bebrapa tempoh.

Ok ada paham tak? Kalau faham maknanya Allah dah rezekikan kefahaman tu dekat hang. Kalau rasa bermanfaat, pakat-pakatlah share supaya orang lain pun dapat manfaat juga. Kalau tak faham, komen bagi tau apa yang tak paham. Ada masa aku cuba terangkan setakat pengetahuan aku.

Wallahu A’lam.

Safuan Borhan

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

War And Peace: Adaptasi Sastera Russia Yang Wajar Ditonton

Apa Yang Disampaikan Dari Telefilem Pok Ya Cong Codei?