in ,

21 Mac Hari Menghargai Kanak-kanak Sindrom Down Sedunia

Tahukah kalian bahawa hari ini merupakan Hari Sindrom Down Sedunia? Hari Sindrom Down Sedunia ini dipilih oleh Persatuan Sindrom Down Sedunia dan WHO sempena keunikan tiga kromosom (mewakili bulan Mac) pada pasangan kromosom 21 (mengambil tarikh 21). Pertama kali disambut adalah pada tahun 21 Mac 2006.

Manusia normal mempunyai 23 pasang kromosom. Namun bagi mereka yang mempunyai masalah Sindrom down, kromosom ke-21 berlaku lebihan salinan atau menjadi 3 bentuk kromosom dan menyebabkan gen-gen tersebut berekspresikan secara berkebihan. Gejala yang paling jelas dapat dilihat adalah pada wajah anak mereka yang mempunyai bentuk kepala mendatar pada bahagian depan (wajah) dan belakang, tulang kepala lebih kecil dari ukuran normal, telinga yang letaknya lebih rendah daripada normal, hidung kecil, batang hidung tertekan ke dalam, lidah agak menjulur, kelainan gigi, leher pendek dan lebar.

Anak-anak Sindrom Down mempunyai sikap yang cukup ramah, periang, lembut, dan mudah bertoleransi. Hanya sesetengah daripada mereka mempunyai sikap sebaliknya.

Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon berkata, Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia ini disambut untuk memberi kesedaran kepada semua tentang golongan ini juga boleh menikmati semua hak asasi manusia dan kebebasan fundamental secara penuh dan efektif.

Jika kita ada masa depan yang cerah, mereka juga ada. Tapi semangat mereka datangnya dari kita.

Selamat Menyambut Hari Sindrom Down Sedunia.

APEMAZING

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Sudah Diangkat Tinggi Pun Martabat Wanita Melalui Bahasa

Anak Malaysia Sudah Sampai Ke Litar MotoGP Dunia!