in ,

13 Februari: Hari Pahlawan Orang Patani

Tahukah anda, pada 13 Februari, sesetengah orang Patani menganggap hari ini adalah Hari Pahlawan.

Lima tahun dulu pada tarikh ini, pada dinihari sekumpulan lelaki bersenjata yang dipimpin seorang pemuda bernama Mat Rasul bin Ibrahim atau nama Thai-nya Maroso Chantrawadee yang pernah berkerja di Malaysia, telah menyerang sebuah kem tentera marin di daerah Bachok, Narathiwat.

Serangan tersebut gagal. 16 orang lelaki bersenjata itu termasuk Mat Rasul telah terkorban.

Lewat media, pihak kerajaan memberitahu kegagalan serangan Mat Rasul dan kawan-kawan yang dianggap pengganas itu hasil kerjasama penduduk tempatan sendiri yang membocor rahsia. Atau dengan kata lain penduduk telah bersama kerajaan bukannya pengganas.

Namun, di hari pengebumian jenazah Mat Rasul dan kawan-kawan yang dikebumi tanpa mandi jenazah di kampung halaman masing-masing, ratusan hingga ribuan orang datang memberi penghormatan terakhir.

Di kampung Mat Rasul sendiri, ratusan orang datang, memaksa pihak berkuasa mengepung kampung tersebut bagi mengelak lebih ramai lagi yang datang.

Dalam serangan itu, pihak kerajaan menang, tapi gagal menawan hati sebahagian orang Patani.

Sejak itu nama Mat Rasul dan kawan-kawan diangkat sebagai pahlawan oleh sesetengah orang Patani. Pada hari ini 13 Februari mereka mengingatinya. Semoga dirahmati Allah.

Isma Ae Mohamad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ini Antara Karya Agung P. Ramlee Yang Terbengkalai

Ernie Zakri Penyanyi Gempak Dengan Pakej ‘Brain And Vocal’