in ,

12 Perkara Tentang Ayat-Ayat Cinta 2 Yang Wajar Kau Tahu

1. Menonton filem ini selepas membaca novel semestinya melancarkan banyak pemahaman. Ada bahagian yang terlompat namun masih dalam struktur yang bagus.

2. Fahri masih Fahri. Susuk kebaikan yang dibawa dari Ayat-Ayat Cinta diteruskan ke sini.

3. Mana yang merindukan lakonan bersahaja Fazura, inilah filemnya. Awal 2018 lagi beliau sudah muncul sebagai penyeri kuat di dalam pawagam.

4. Cinematografinya saya puji. Itu memang kelebihan filem-filem dari Indonesia, namun Ayat-Ayat Cinta 2 ini punya kelembutan dalam memberi sudut memandang yang cukup cantik.

5. Banyak kali diperlihatkan beberapa buku, malah perkataan dan ayat yang dipaparkan sebagai mesej. Sangat bagus dan memberi impak yang besar dalam diri saya.

6. Momen Fahri dan Misbah di dalam masjid semasa skrip “Jangan Menipu Allah” adalah sesuatu yang paling berkesan sekali.

7. Jika kalian terfikir tiada wajah Negara Indonesia di dalam filem ini, boleh jadi ya. Namun, seperti yang Fahri katakan, Pancasilanya itu ada di hati.

8. Kebijasanaan Tuan Pengarah dalam meletakkan pelakon memang dipuji besar oleh saya. Bront Palare melakonkan watak Yahudi jahat dengan cukup berkesan. Rasa nak tumbuk perut dia.

9. Plot Kiera yang mahu menikahi Fahri dalam rayuan dan ketidakwarasan atas janji, cantik sekali disusun.

10. Ada ramai wanita di dalam filem ini. Dan nyata, memilih mereka dalam melakonkan watak-watak disamping Fahri, adalah sebuah keindahan yang dibawa dari novel kepada sebuah filem agung.

11. Kita akan saling teringat momen hebat di dalam Ayat-Ayat Cinta kerana lagu dendangan Rossa sering kedengaran.

12. Nyatanya filem ini membawa kebaikan dalam memberi budi. Kejauhan kepada kejahatan, kemusnahan kepada kekejaman dan semestinya kecintaan terhadap cinta itu sendiri.

Tahniah Bapak Habiburrahman El-Shirazy, semoga kita ketemu ya!

Di pawagam sekarang kawan-kawan, Ayat-Ayat Cinta 2.

Khairul Hakimin Muhammad,
Musuhi permusuhan itu Khairul!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

Leave a Reply

10 Fakta Sedih Mengenai PIBG

Guru Bangsa Tjokroaminoto: Filem Sejarah Dan Politik Yang Wajib Ditonton