, ,

10 Tempat Terbaik Untuk Bisnes Pada Tahun 2016

Sweden's flag is seen near the Stockholm Cathedral in Gamla Stan or the Old Town district of Stockholm, Sweden, June 9, 2010. REUTERS/Bob Strong/File Photo - RTX2B510

Tahun baru 2017 baru berusia 19 hari. Muncul desas desus tentang kegawatan Ekonomi yang bakal kita alami tidak lama lagi.

Ada juga pesanan supaya tangguh dulu niat nak beli kereta atau rumah baru kerana kemerosotan ekonomi yang bakal melanda nanti.

Entah betul atau tidak.

Forbes ada terbitkan artikel ‘Tempat Terbaik untuk Bisnes pada Tahun 2016’.

1. Sweden

Sebut saja Sweden pastinya IKEA terus bermain di fikiran kita. Selain itu, Volvo, Electrolux, H&M, Skype, dan ‘Candy Crush Saga’ juga dihasilkan di Sweden. Terbaru aplikasi muzik ‘Spotify’ yang mempunyai 40 juta pelanggan berbayar.

Dengan mengamalkan Dasar Perdagangan Bebas Sweden mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak $493 Bilion pada tahun 2016.

2. New Zealand

Di tempat Kedua dengan Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2016 sebanyak $174 Bilion. Walaupun negara kecil masih lagi mampu mencatatkan pertumbuban ekonomi jauh mengatasi Negara besar yang lain.

3. Hong Kong

Berada di tangga ketiga dengan mencatat $310 Bilion pada 2016. Negara yang bergantung pada perdagangan Antarabangsa berjaya mengatasi negara besar yang lain.

4. Ireland

Mencatat $298 Bilion dan pertumbuhan ekonomi sebanyak 26.3% pada tahun 2016. Dengan kadar inflasi 0% sememangnya layak berada di kedudukan terbaik berbanding negara lain.

5. United Kingdom

Berada di kedudukan ke-5 walaupun dilanda krisis Brexit. Menurut pakar masih belum masanya untuk menilai sejauh mana Krisis Brexit mempengaruhi ekonomi negara tersebut.

6. Denmark

Negara yang mempunyai kepakaran tinggi dalam teknologi di bidang pertanian. Juga dipenuhi dengan syarikat terkemuka dalam bidang farmaseutikal, perkapalan dan sumber tenaga. Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak $295 Billion pada tahun 2016.

7. Belanda

Negara yang ekonominya ke-6 terbesar di Eropah. Memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan di Eropah. Tahun 2016 berjaya mencatat $753 Billion.

8. Finland

Pendapatan per kapita negara ini pada tahun 2016 hampir menyamai Sweden dan Belanda. Kekuatan utama negara ini pada import dan eksport. Kadar inflasi pada tahun 2016 adalah -0.2%.

9. Norway

Kestabilan ekonomi negara ini bergantung pada sektor swastanya. Kaya dengan sumber semulajadi dan sumber minyak dan gas.

10. Kanada

Merupakan negara dengan Industri Teknologi Tinggi. Kanada hampir menyamai Amerika Syarikat dalam sistem ekonominya. Berkembang maju dalam sektor pembuatan, perlombongan, dan perkhidmatan.

Malaysia negara tercinta pula berada di kedudukan ke-44 dalam senarai penuh. Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak $296 Billion. Kadar inflasi pula dicatatkan pada 2.1% untuk tahun 2016.

Masihkah kau ingat suatu masa dahulu dengan ‘Kempen Inflasi Sifar’?

 

Muhammad Hilmi Omar

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selamat Menduduki Takhta, Ketua Menteri Sarawak!

10 Manusia Terkaya Di Dunia 2016