in ,

10 Fakta Sedih Mengenai PIBG

Gambar : https://pibgkisas

1. Mesyuarat Agung PIBG tiada sambutan. Ramai guru dari ibu bapa yang hadir biasanya.

2. Ahli yang tidak hadir mesyuarat paling banyak mempersoalkan keputusan PIBG yang ditetapkan pada hari mesyuarat. Ini paling menjengkelkan.

3. Tidak ramai yang bayar sumbangan PIBG semata-mata kerana ianya tidak wajib.

“Anak aku tak bayar pun, semua program sekolah dia boleh masuk.

Semua kemudahan yang PIBG sediakan seperti kipas, dewan, tiles, apa jua yang dibeli guna dana PIBG, anak aku tetap boleh guna seperti murid lain. Buat apa aku bayar?”

Hal ini disebarkan pula supaya kawan-kawan dia dan ibu bapa lain turut serta tidak bayar sumbangan PIBG.

Berbahagialah kalian mengambil dan menggunakan hak orang lain.

4. Belum pernah seumur hidup aku dengar, mana-mana PIBG yang mana 100% ibu bapanya bayar. Ada sekolah hanya 30% sahaja ibu bapa yang bayar. Sedih kan?

5. Duit sumbangan RM100/murid 90%-100% ibu bapa datang ambil. Tiada alasan bekerja, sakit dan sebagainya. Tiba hari mesyuarat PIBG, berjuta alasan sampai. Sedih lagi.

6. Guru dan AJK PIBG difitnah makan duit PIBG. Duit PIBG kalau nak keluar waima RM1 mesti ada tanda tangan Bendahari dan YDP PIBG. Dan semua duit yang masuk dan keluar diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung PIBG.

Tak datang mesyuarat, kemudian buat fitnah dan sebarkan. Yahudi betul perangai itu.

7. AJK PIBG dan guru-guru bertungkus lumus kumpul dana untuk tabung PIBG. Turun naik syarikat dan kedai cari sponsor. Buat jualan dan sebagainya.

Bila ada dana dan baik pulih sekolah atau buat program untuk murid, yang tak bayar sumbangan itu paling banyak mempertikai. Itu tak kena ini tak kena. Sepatutnya begitu, sepatutnya begini.

Kalau kena kat kau, kau rasa macam mana?

8. Ibu bapa yang miskin lebih ramai yang bayar sumbangan PIBG. Yang hanya punya motor buruk, yang hanya kerja buruh. Yang kerja dalam aircond dan datang dengan kereta menjalar, itu yang paling liat nak bayar.

Ini realiti yang sangat menyedihkan.

9. PIBG yang disokong kuat oleh ibu bapa mampu berikan keselesaan pada infrastruktur sekolah dan kemudahan untuk murid.

Lihat sekolah cina, hampir semuanya ada dewan tertutup siap aircond dan dewan terbuka berbumbung untuk aktiviti outdoor. Semuanya dibuat guna dana PIBG. PJK masih boleh dijalankan walau hari hujan atau panas terik.

Tapi kebanyakan dana PIBG sekolah kebangsaan, nak tukar meja murid yang reput pun tak lepas.

10. Anda hanya perlu menyimpan 14 sen sehari untuk bayar duit sumbangan PIBG berjumlah RM50 setahun. Tapi itu pun ramai yang gagal buat. Dan sangat ramai yang merungut mahal.

Ini 10 FAKTA SEDIH tentang PIBG.

Kau baca dan hayatilah elok-elok. Kongsilah agar ramai yang tahu fakta sedih ini. Jangan biarkan 10 fakta ini terus bersedih selamanya.

Kita dah berada di abad ke 21, mentaliti zaman Firaun itu buanglah. Sokong PIBG untuk anak-anak kita juga. Usah berkira lagi untuk pendidikan anak-anak kita.

Ibu bapa cakna, anak-anak terbela. Begitulah.

Mohd Fadli Salleh

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

“Tiada Sekolah Terawal Di Dunia, Melainkan Dari Rumah Sendiri.”

12 Perkara Tentang Ayat-Ayat Cinta 2 Yang Wajar Kau Tahu