in ,

10 Atlet Terkaya Di Dunia 2016

Sudah hampir sebulan tahun 2016 meninggalkan kita, namun pelbagai peristiwa yang berlaku tetap dalam ingatan.

Tahun 2016 juga merupakan tahun cemerlang untuk beberapa atlet terkemuka dunia dan hari ini ayuh kita lihat senarai 10 atlet terkaya dunia tahun 2016.

  1. Christiano Ronaldo

Di tempat pertama, pemain bola sepak terbaik dunia yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Untuk tahun 2016, Ronaldo mencatat jumlah kekayaan mencecah USD88 juta (RM391 juta). USD56 juta (RM249 juta) adalah wang gaji dan hadiah kemenangannya sebagai pemain bola sepak manakala USD32 juta (RM142 juta) adalah penajaan daripada jenama-jenama terkenal dunia termasuk Nike, Tag Heuer, Sacoor Brothers dan Monster. Ronaldo kini mempunyai lebih 200 juta pengikut di laman sosial di seluruh dunia.

2. Lionel Messi

Saingan terdekat Ronaldo, Lionel Messi berada di tempat kedua untuk tahun 2016. Kontraknya sebagai pemain Barcelona cukup mewah dan beliau merupakan keagungan paling penting dalam sejarah kelab berkenaan. Tahun 2016 menyaksikan Messi mengumpul jumlah gaji dan hadiah kemenangan sebanyak USD53.5 juta (RM238 juta) dan jumlah tajaan sebanyak USD28 juta (RM124 juta) menjadikan kekayaan terkumpul pemain ini untuk tahun lalu berjumlah USD81.5 juta (RM362 juta).

3. LeBron James

Tempat ketiga menjadi milik pemain bola keranjang sensasi dari Amerika Syarikat, LeBron James. Secara keseluruhannya James mengumpul jumlah kekayaan sebanyak USD77.2 juta (RM343 juta) dengan USD23.2 juta (RM103 juta) adalah wang gaji dan hadiah kemenangan manakala USD54 juta (RM240 juta) adalah jumlah penajaan yang diterima beliau sepanjang 2016.
4. Roger Federer
Roger Federer berada di kedudukan keempat dan beliau merupakan salah seorang pemain tenis yang dianggap paling berjaya dalam sejarah sukan berkenaan. Untuk tahun 2016, jumlah kekayaan keseluruhan Federer mencecah USD68 juta (RM302 juta) dengan USD8 juta (RM36 juta) hasil wang kemenangan manakala USD60 juta (RM267 juta) lagi ialah nilai tajaan yang diterima beliau daripada jenama-jenama unggul seperti Nike, Rolex, Mercedes-Benz dan Credit Suisse. Ini menjadikan Federer sebagai atlet yang menerima jumlah tajaan tertinggi untuk 2016. Sepanjang karier tenis profesionalnya selama 18 tahun, Federer telah mengumpul wang kemenangan berjumlah USD98 juta (RM436 juta).
5. Kevin Durant
Di tempat kelima seorang lagi pemain bola keranjang, Kevin Durant. Sepanjang tahun 2016 beliau mengumpul kekayaan berjumlah USD56 juta (RM249 juta) dengan USD20 juta (RM89 juta) datang daripada gaji dan wang kemenangan manakala USD36 juta (RM160 juta) adalah jumlah tajaan yang diterima. Tahun 2016 menyaksikan Durant melancarkan jenama seluar dalamnya sendiri hasil kerjasama dengan Neff and Foot Locker. Selain itu, Nike juga telah melanjutkan kontrak Durant bernilai USD300 juta (RM1.3 bilion) selama 10 tahun.
6. Novak Djokovic
 
 Pemain tenis kelahiran Serbia, Novak Djokovic berada di kedudukan keenam. Beliau mengumpul kekayaan untuk tahun 2016 berjumlah USD56 juta (RM249 juta) dengan hadiah kemenangan sebanyak USD22 juta (RM98 juta) dan jumlah keseluruhan tajaan mencecah USD34 juta (RM151 juta). Tahun ini melihatkan Djokovic menerima penajaan daripada Uniqlo, Adidas, Head, ANZ, Peugeot dan Seiko.
7.  Cam Newton
 

Di tempat ketujuh ialah pemain American Football terkemuka, Cam Newton. Pada tahun 2016 beliau mencatatkan jumlah kekayaan sebanyak USD53 juta (RM236 juta) dengan USD41 juta (RM182 juta) adalah hasil gaji dan wang kemenangan manakala baki USD12 juta (RM53 juta) adalah hasil tajaan. Newton mengharungi musim gemilang sepanjang 2016 dan pada 2015 beliau menandantangani kontrak bernilai USD103.8 juta (RM461 juta) dengan jenama Panthers. Selain itu, jenama sukan terkemuka Under Armour turut menaja Newton.

8. Phil Mickelson

Di tangga kelapan ialah jaguh golf, Phil Mickelson. Sepanjang 2016 beliau mengumpul kekayaan berjumlah USD53 juta (RM236 juta) dengan USD3 juta (RM13 juta) ialah wang kemenangan, manakala USD50 juta (RM222 juta) ialah hasil penajaan yang diterima daripada jenama-jenama besar termasuk Callaway, Barclays, Rolex dan Amgen.

9. Jordan Spiet

Bintang muda golf berusia 23 tahun, Jordan Spieth berada di kedudukan kesembilan dengan jumlah kekayaan terkumpul untuk 2016 ialah USD53 juta (RM236 juta). Daripada jumlah berkenaan, USD21 juta (RM93 juta) ialah hasil wang kemenangan dan USD32 juta (RM142 juta) lagi ialah jumlah tajaan yang diterima beliau. Spieth berjaya menarik penajaan daripada Under Armour dan Titleist.

10. Kobe Bryant

Legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant bersara pada tahun 2016 dan beliau akan dikenang sebagai penjaring terhebat di Liga NBA di belakang Kareem Abdul-Jabbar dan Karl Malon. Untuk tahun 2016, Bryant mengumpul jumlah kekayaan sebanyak USD50 juta (RM222 juta) dengan masing-masing USD25 juta (RM111 juta) untuk gaji, wang kemenangan dan jumlah penajaan yang diterima. Walaupun sudah bersara Bryant masih lagi menerima penajaan daripada Nike, Hublot dan Panini. Sepanjang kerjayanya selama dua dekad Bryant berjaya mengumpul kekayaan berjumlah USD680 juta (RM3 bilion).

Daniyal Kadir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Jenis-jenis “Menunjuk” Yang Kau Perlu Tahu

Jenama-Jenama Paling Berharga Di Dunia 2016